Tuesday, July 20, 2010

BBQ di Rumah Encik Salmizi

Hari Sabtu tu selepas aku habis latihan lifeguard di UiTM aku balik ke rumah sewa. Aku mahu menyiapkan tugasan untuk presentation hari Isnin. Tetapi aku dan rakan-rakan juga ada jemputan ke rumah pensyarahku yang mengajar subjek Structure. Encik Salmizi mengadakan majlis Hari Lahir anaknya jadi dia anjurkan BBQ di rumahnya di Putra Heights. Dekat sangat dah dengan rumah aku.



Ni semua yang hadir ni budak kelas aku la nie. Masing-masng seronok makan.





Bahan mentah yang diperam dengan rempah. Sedap beb!


wallaweiii!! siapa yang tidak akan telan air liur kalau terlihat ayam dan daging dipanggang sebegini rupa?sungguh menggiurkan...slurrpppp~



Yang bakar makanan mentah ni pun kawan-kawan aku. Kagum dengan mereka! Thanks korang sebab aku ni datang-datang terus makan.hihi..




Best lah rumah Encik Salmizi ni. Ada landscape separa tertutup macam ni best jugak. Relax aje..


tak cukup makan di luar, makan di dalam pulak. Ehehe.. (gurau je..tak pasal-pasal kang kena sekeh di studio pulak..)


Comel je tengok budak-budak. Main aje kerja tak payah pikir masalah.



nak makan puding pulak.Pencuci mulut.




Solat Magrib di bilik. Tapi terjumpa bantal comel. Tumpang amek gambar jap En.Salmizi.hehe..jangan marah..


best betul laa rumah ni! siap ada kerusi urut lagi.Fuiyohhh!! Patutla muka En.Salmizi berseri-seri aje macam tak penat ke apa. Ada mesin mengurut. Hee ni kalau letak kat studio pun best jugak nih. Tak balik rumah pun takpe.Tidur aje sambil diurut.



Itu dia Duan tengah mengurut. Aku penat je tunggu turn taw. Tapi ramai budak laki pun menunggu. Aku mengalah ajela.. (cewahhh..padahal..)


Cuba cari mana satu Encik Salmizi! hah? yang hujung pakai baju kotak-kotak ni? tak mungkin!!! Encik Salmizi yang berdiri kat belakang, sebelah kanan dan memakai kaca mata.


AMARAN : Gambar di atas bukan Encik Salmizi.


Lihatlah budak ini. Dahlah datang makan best-best. Urut pun nak best-best. Entah apa yang Shan tekan-tekan entah.


Fuiyooooo!! Aku macam jakun je tengok mesin ni.


Muka masyuk,best giler diurut. Benci! Jeles laaaa! =( it was supposed to be my turn..

Tapi takpelaaa..dapat party bag ni pun best apa..ada cokelat choki-choki..Nyum2..



Dah makan best-best, diurut best-best, lepas tu nak mengimbau kembali zaman kanak-kanak pulak kat sini. Ni mesti dulu-dulu main barbie doll ni lepas tu dah besar baru teringin nak main mainan ala-ala Otromen dengan Transformers.


Tak dapat diurut pun takpe. Sebab dapat lepak kat home theatre rumah Encik Salmizi. Best! siap tengok DVD konsert Celine Dion lagi. Apakah? macam tak malu pulak kami ni, buat macam rumah sendiri pulak.huhu..


Ni semua nak mengimbau zaman kanak-kanak lah nie main mainan. Yang Laida ni pulak birthday dah lepas..tapi nak berangan lah tu party ni untuk dia. Hahaha.. (jahat lak aku nih)

Laida tengah praktis menjaga budak. =P

yang depan tu merajuk sebab berebut mainan. Tapi tak dapat sebab Duan lebih tinggi. Jadi kononnya Duan abang la,macam kena ikut aje apa abang nak. Adik selalu kena buli.

Lepas puas bermain dan berehat sebab nak sidai perut, kami pun pulang ke Shah Alam. Jalan sangatlah sesak. Benci gila bila ada I-city kat sini. & jaringan jalan raya di kawasan ini sangatlah tak sistematik. Nasib baik perut dah kenyang. Kalau tak mesti dah mengamuk hentak-hentak kaki.

Nota Kecil Hari Itu:


Terima kasih kepada Encik Salmizi yang menjemput kami semua. Makanan memang sedap. Rumah Encik Salmizi pun best! Rumah kita dekat. Boleh la datang beraya pulak. (dalam hati bercita-cita nak kutip duit raya dari Encik Salmizi.)

Malam tu aku siapkan slide powerpoint untuk presentation hari Isnin. Kena siapkan awal sebab esoknya aku kena ke studio untuk buat model site.





2 comments:

  1. Thank you sophie..
    Nice story..
    Nanti Raya, insyaallah buat open house.

    thanks,,
    salmizi

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...