Sunday, March 27, 2011

Hati Kering Harini

Haii.. akhirnya aku update. Aku akui aku sedikit sibuk sejak akhir-akhir ini. Aku sedang memulakan bisnes kecil-kecilan tetapi kena kerja besar-besaran. Huwaaa.

Ok sebenarnya aku nak cerita hal tadi. Masa aku sedang duty di kolam renang UiTM. Kamu sedia maklum kan kalau kolam renang ni kena pakai baju renang la dari material Lycra or Spandex ke. Macam tadi, ada seorang budak perempuan berbangsa Cina, dia pakai baju mandi ala-ala Britney Spears tu yang nampak perut tu. Seksi aww. So aku tegur la baik-baik cakap tak boleh pakai. Kalau dia betul-betul nak swim ada ruang untuk sewa baju. Dia okey aje, Tak marah bila ditegur malah cakap sorry lagi.

Berbeza halnya dengan seorang akak MELAYU  ni. Dah lah akak. Tapi maaf, aku tak dapat nak respect kau wahai kakak. Dia pakai baju inner. Baju yang ala, perempuan-perempuan bertudung suka pakai tu kalau baju sleeveless ke mesti pakai inner kat dalam. Memang tak la aku nak benarkan dia swim berpakaian begitu kan. Aku sebenarnya tak suka marah-marah. Tapi akak ni memang tak paham-paham bahasa. Dan dia punya kawan lagilah over.

Aku tegur baik-baik cakap tak boleh pakai baju begitu. Kalau taknak shower duduk tepi aje. Tapi dia dengan kawan dia bertubi-tubi tanya aku

Kakak: Kenapa tak boleh pakai macam ni? Apa salahnya? Biar la.Bla..bla..bla.. Eleh, macam bagus je korang ni.

Aku: Kak, kat sini universiti. Ada rules & regulation. Material kain macam ni tak boleh bawak masuk dalam pool (perlukah aku explain yang chlorine tu bersifat menghakis dan warna baju tu akan..bla..bla..blaaa? )

Kawan kakak tu: Alaaa..biar jelah dia mandi pakai baju ni (sambil buat muka kerek nak mampos)

Aku: Kak, maaf tapi akak kena keluar. Kalau akak betul-betul nak swim, boleh sewa baju renang kat bilik tu.

Kawan kakak: Elehh, tahulah korang saje je kan taknak bagi dia pakai baju ni sebab nak kaut untung paksa orang sewa.

Aku: Kalau taknak akak kena keluar, ok.(dalam hati rasa macam nak cilikan aje mulut akak tuh)


Mula-mula aje akak tu duduk kat tepi-tepi tak masuk dalam air.Lepas tu dia degil gak nak masuk dalam air. Aku siap bunyikan whistle lagi suruh keluar pool tapi dia buat bodo jugak. Argh, sialan juga kakak ini. Kawan dia yang kerek gila tu pergila swim sorang-sorang. Then akak yang pakai inner tu still tak puas hati. Dia merungut lagi.

Kakak tu: (muka masih tak puas hati) Kenapa tak boleh pakai macam ni? Kat public pool lain boleh aje pakai.

Aku: (dalam nada yang pissed off giler) KAK, KALAU AKAK RASA SUSAH SANGAT  NAK IKUT RULES KAT SINI, KAT SHAH ALAM NI ADA LAGI SATU POOL. PERGI LA KAT PUSAT AKUATIK SHAH ALAM!!

Aku rasa mungkin orang lain pun dengar gak lah aku marah akak tu. Sebab sebnarnya memang sangat annoying doh orang-orang macam ni. Dulu boleh lagi la masa aku mula-mula jadi lifeguard agak berlembut la. Sekarang jangan harap. Naik kepala pulak orang-orang awam ni. Maintenance pool bukan murah woh kalau nak repair bagai ni. Cuba korang bagi idea sikit macam mana aku nak buat muka bengis everytime aku duty? Aku rasa muka aku dah habis ketat dah bila duty. Tapi bila kena berdepan dengan orang-orang yang banyak cekadak ni. Haiii.. Nauzubillah..

p/s: ohya, tadi aku dapat tahu kawan Bash yang bekerja di zoo meninggal dunia baru-baru ni sebab sampan yang dinaiki di tasik zoo itu terbalik masa beliau sedang mahu menjalankan tugas. Sayangnya arwah tak pandai berenang. Jadi arwah mati lemas. T_T  Korang..belajar lah berenang ok. Sedihlah kalau dengar berita orang mati lemas.

Saturday, March 19, 2011

Dairi

Kamu ada dairi tak? Kalau ada, bagaimana rupa bentuk dairi kamu? Aku ada dairi. Tapi bukanlah dairi yang betul-betul dairi dimana aku akan tulis semua rahsia hati aku. Perghh banyak pula masa aku nak ber-emo-an menulis isi hati pula nanti kan.

Macam aku ni, setiap tahun aku mesti ada satu diary planner. Tak kisah lah macam mana pun rupa dia janji tebal sebab aku tahu aku ni suka menulis dan biasanya bila dah hujung tahun sampai tak cukup muka surat dah aku tulis. So, kenapa aku nak cerita tentang dairi harini?

Sebenarnya aku agak kecewa dengan dairi aku semenjak dua menjak ni.dah dua tahun la kira. Aku rasa dairi aku membosankan T_T  sebab tak berapa nak warna warni sangat. Dan terasa macam sangat skema mempunyai dairi begini. Ahh.tiada seni dan warna menarik T_T

Meh aku cerita pasal dua jenis dairi yang aku ada.

Ini ialah dairi sekarang. Warna oren. Memang tak pernah hilang lagi sebab warna ang-ang. Aku selalu dapat dairi ala-ala eksekutif ni sebab hurm, ayah aku lecturer jadi selalu lah jugak dapat benda alah ni tiap tahun. Tapi dia nak guna satu aje. Yang lebihnya akulah tu yang cilok.

Huwaaa..kau tengok lah dalam dia. Siap leh letak business card. Padahal business card pun takdek. Masa aku keluarkan dairi ni masa jumpa kawan-kawan kan, diorang gelakkan aku. Cakap "perghh kau ni, belum kerja lagi tapi planner dah macam CEO"  Sebab semua info penting aku suka catat dalam ni. Bukan pada hp.

So biasalah planner macam ni mesti ada calender setiap bulan. Part ni aku memang paling suka sebab aku boleh merangka jadual aku dengan baik. Aku boleh bulat-bulat, buat bintang ke,ikut suka hati cekadak aku. Then,Sebab ada kelas swim, jumpa kawan, jumpa client (ni memang tipu lah) boleh lah isi kan. Kalau gi kelas agama pun aku catat dalam ni juga isi-isi ceramah ustaz. Sebab aku suka semuanya dalam satu. Tak suka sekerat dalam beg, sekerat dalam pencil box.

Tapi kan, aku paling menyampah sebab ada grid line. Aku paling tak suka dairi yang ada garisan melintang macam ni sebenarnya. HUwaaaa.. T_T  Sebab entahlah, macam ada tendency untuk menulis mengikut garisan. Macam..Hurmm..korang paham kot maksud aku. Aku rasa untuk mengurangkan kebosanan menulis pada dairi ini aku harus membeli pen berwarna-warni Stabilo tu lah.

Ok yang dairi oren ni dairi sekarang.

Yang kat bawah ni dairi dua tahun lepas. 

Corak tiles Islamic. Aku beli masa lawatan belajar di Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur.


Aku suka sebab dia kosong. Aku boleh tulis ikut suka hati cekadak aku. Boleh senget-senget. Sampai nak tulis pun terteleng habis kepala aku.

Part ni aku paling suka. Kadang-kadang pergi library duduk-duduk bukannya baca buku. Pergi amek buku gambar best-best lepas tu melukis. Kalau buku ni ada garisan, kan ke tak best. Tak feel lah aku nak melukis maah..

Tak cukup dengan lukis pakai pen artline aku bantai water color pulak. Erkhh.. Tapi aku kena sidai kejap sebab tak boleh tutup selagi belum kering. Heee..macam-macam jugak aku ni eh.


Aku suka. Sebab entahlah. Aku bebas menulis sambil melukis. Ada tips exam la. Macam-macam.


Pen pulak haruslah berwarna warni sikit. Yang ni aku salin strategi dan pembelajaran berkesan. Sebab aku ni kalau jumpa info yang menarik yang aku rasa bagi manfaat kat aku, aku suka salin supaya bila aku belek balik, aku akan motivate diri aku berulang kali.

Yang ni pula ala-ala luahan hati sebab rasa down giler masa study. Aku macam tulis surat untuk diri aku sendiri la " Dear Sofiya,I know it is a bad day for you. But you'll never cry, wouldn't you? bla..bla..bla..Be heartless Sofiya." hah lebih kurang gitu la. Giler motivated lah kononnya bila baca. Sekarang bila baca balik tersenyum aje. Dah habis belajar dah rupanya aku ni.

 Dan disebabkan takde kalender yang kotak-kotak ikut bulan tu. Al-maklumlah kertas dia blank je semua. Makanya aku dengan bajet hebatnya buat kalender aku sendiri. Sempo-sempoi sudah lah. Yang pangkah tu semestinya countdown untuk submission day bagi projek. Siap ada note kecik " SUBMISSION DAY WOI !!"  Dan masa tu pula nak raya makanya ada note "RAYA-Makan ketupat! Yeyeay!" Boleh pula begitu kan. Dah nama pun dairi. Dairi= tempat luahan isi hati cekadak sanubari anda. Paham tak?

So korang ada dairi tak? siapa yang cakap isi dalam handphone a.k.a gadgets tu.. Baik diam. (-_-') Aku memang traditional sikit.  =P

Salah satu cita-cita berangan aku ialah untuk design dairi sendiri. Ataupun paling simple sekarang ni aku kena tukar dairi baru. hukhukk.. Aku cari kertas kosong then pergi bind. =B




Friday, March 18, 2011

Drama Indonesia Kadang-kadang Boleh Buat Sakit Jiwa.

Aku terpanggil untuk buat entri ni bukan apa. Aku ingatkan aku aje yang merasakan sebegini tetapi ada orang lain juga yang merasakan apa yang aku rasa. Heh. Dan entri mereka sangat lah terkesan untuk meluahkan apa yang aku juga turut rasa.

Aku takde niat pun nak mengutuk drama dari seberang apatah lagi drama Melayu kita pun apa kurangnya seperti kata MatLutfi falam video dia la kan.Tapi sekarang ni aku nak berkata tentang drama Indonesia.  Korang boleh terjah entri dari blogger kreatif ini:

(sangat suka blogger ini sebab entry dia kreatif  dan original)


(selalu tergelak dengan entri kartun dia)


Aku pecah gelak aje lepas baca entry mereka nih. Teknik zooming tu memang tak diragui lah. Asyik kecik besar kecik besar aje. Betul cakap cEro. Perkara mudah yang sepatutnya adalah 2 saat boleh mengambil masa berjela-jela. sampai beratus-ratus episod. Dan aku sokong Abang Odio dengan apa yang dia katakan. Kadang-kadang aku sedikit rasa menyampah dengan watak perempuan yang kuat menangis ni. Asyik-asyik nangis. Asyik-asyik nangis. Kalau drama Melayu, macam dalam drama Natasha lakonan Fahsha Sandha tu. Asyik nangis aje kerjanya. So aku nak menyeru lah perempuan-perempuan di luar sana. ececece..Bajet first lady. Kahkah. Kalau ada orang di luar sana yang buli kamu, stand for yourself! Jangan biarkan diri anda dibuli! 


p/s: teringat masa pergi Langkawi tu ada kawan aku yang lelaki asyik buli perempuan. Dia grab lifejacket dari belakang, then rendam kepala perempuan dalam air laut. Aku marah betul. Marah the girls jugak sebab tak lawan balik. Then budak laki tu cuba buat benda yang sama kat aku. Aku geram giler kot. Aku capai tengkuk dia,belasah then rendam kepala dia dalam air lama-lama. Heh. Walaupun muka aku mungkin nampak lemah lembut tapi aku garang ehh. Dan masa ada budak laki yang kukenali cari pasal (yang memang tak dapat dimaafkan) aku telah pancitkan tayar kereta dia dengan paku.Ada cara dia yang abang aku mekanik tu ajor.Keji.keji.  

Wednesday, March 16, 2011

Nak Buka Group Baru Untuk Kelas Renang Wanita. Siapa Mahu Join?

Assalamualaikum.

Sekarang aku online di cc. Isk. Mama nak tamatkan perkhidmatan internet di rumah. T_T  hurmm...takpe-takpe, aku cuba beli berukband nanti.


Ok sebenarnya aku baru pulang dari Kelantan dan Terengganu. Ombak sangat kuat yer walaupun musim tengkujuh dah habis. So beware, jauhilah pantai. Disebabkan online di cc maka tiada mood mahu bercerita tentang aku menunggang kuda di Terengganu.waaaaa.. T_T  bestnyeee..


Dan sebenarnya nak inform. Ada sesiapa yang nak join kelas renang tak? Hanya untuk wanita ok. Jangan malu jangan segan sebab waktu yang diajar ni tiada lelaki. Jadi nak cukupkan kuota sebab tu iklankan kejap disini.

Hari : 
Setiap Ahad bermula 20Mac.

Masa:
 9-11 pagi

Tempat:
Kolam Renang UiTM Shah Alam

Yuran: 
student UiTM (sepenuh masa)= RM80,
Staf UiTM = RM 100
Warga Luar= RM150

Lessons:
5 kali. Total 10 jam. Jadi 2 jam darab 5x =10 jam. 

First stroke yang akan diajar ialah Breastroke. (berenang katak). Dan biasanya aku akan buat water confidence dengan students.Selingan. Lepas swim, buat water confidence pulak. Maksudnya kita ke tempat dalam, main-main air, belajar apungkan badan dalam air.Bagi hilang takut lah di tempat dalam. Tapi mestilah akan dijaga. Takkan lah aku nak biar orang lemas pulak nanti tak ke aku yang masuk penjara. T_T


Kalau berminat email di sophiealyahya@gmail.com
First come first serve. Ajaklah kawan-kawan. Meriah sikit dan kurang malu sikit bagi yang pemalu. heheh.
Sebenarnya kalau ada lelaki yang nak join pun boleh. Nanti aku inform lah pada instructor lelaki. Aku takdelah bias sangat wehh. =) Tapi lelaki selalu malu nak join. Aku pun tak paham kenapa.

Friday, March 11, 2011

Sejauh Mana Kamu Berfikir Sebelum Bercakap dan Menulis?

Sekarang ni sebelum tidur sekurang-kurangnya aku akan membaca beberapa helai muka surat dari buku motivasi kesayangan aku-La Tahzan. Sebenarnya bukanlah tentang buku itu yang aku nak review. Pernah tak dalam hidup kamu, kamu mengutuk diri sendiri? Ahh aku pun sama, asyik rasa urghh gemuknya aku nih. Urghh muka banyak parut jerawat ni malunya nak berdepan dengan dunia. Oh apakah? Barangkali kalau monolog dalaman mungkin lah takpe kan. Tapi kalau kita bercakap depan orang?



Mungkin dalam satu keadaan yang kita kurang peka..

contoh (kamu): Aku rasa aku dah gemuk la. Benci giler. (padahal chubby sikit aje, macam takde beza sangat dengan Liyana Jasmay tu)

Tapi tanpa disedari ada kawan kita disitu yang berbadan besar seperti pelakon Syanie. Pernah tak kita terfikir apa perasaan beliau?adakah akan mula berfikir setelah beliau berkata begini?

 Habis tu kalau kau gemuk aku ni apa? Gedempoll??? 

Begitu juga apabila kita merasakan muka kita ditumbuhi jerawat dan merungut-rungut. Baru tumbuh satu dua, tapi satu dunia dia nak canang. Apa perasaannya apabila tanpa kita sedar, kita sedang bercakap dengan kawan yang muka dia dipenuhi jerawat batu? Tak ke dia rasa macam nak penampor je muka kau kasi jerawat tu masuk balik?

Dan keadaan sebenar apabila aku jogging di taman perumahan, terserempak seorang Datin ni dia tanya tak ke mana ke cuti sekolah? Pergi la Australia ke, UK ke.. Tengah murah. Bila aku kata, alaaa.. mana mampu la aunty. Dia kata ala, ayah kan kerja, takkan takde kumpul duit. Aku rasa macam urgghh.. Datin ni ingat hidup aku senang macam dia ke? Kalau family aku yg besau ni tambang darab 8 orang? belum lagi sorang-sorang hantu shopping. Datin yang sama juga yang mengajak mak aku shopping di Subang Parade untuk beli baju raya. Katanya BAJU KURUNG tengah murah. RM300 ajeee.. T_T  yeahh, RM300 JE wehh untuk sepasang baju kurung yang murah..

So berkait dengan buku La Tahzan (jangan bersedih) tu. Aku mempelajari sesuatu yang aku mahu kamu juga belajar. Ada kalanya, tanpa kita sedar, kita mewujudkan kesedihan kepada diri kita sendiri walhal banyak perkara lain yang kita boleh bergembira dengannya. Sebagai contoh, yer muka kamu banyak jerawat, badan gemuk. tapi sekurang-kurangnya kamu masih ada mulut untk bercakap, telinga, mata. Sanggup tak nak tukar muka yang licin dengan mata? Sanggup tak mempunyai kulit licin tapi buta? Sanggup jadi kurus dan cantik tapi tempang? Sanggupkah? Pernah terfikir apabila bercerita tentang perihal shopping, brand itu, brand ini, anda sebenarnya sedang bercakap dengan seorang yang tidak mampu atau hidup sangat susah sebenarnya.


p/s: Di sini juga aku ingin katakan, kenapa berfikir sebelum menulis? Sebab kadang-kadang kita sebagai blogger, akan rasa begitu teruja jika ada blogger yang Famous datang singgah blog kita atau follow atau komen hinggakan kita sanggup nak buat entry tentang kegembiraan tak terkata tu. Tapi cuba ingat balik, bagaimana dengan follower lain? Tidakkah ada sekelumit rasa kecil hati "ohh, selama ni setiap entri dia aku komen..takde pulak nak buat entri pasal aku.." Sebab seberapa banyak pageviews yang anda dapat sehari itu bukanlah semuanya datang dari blogger famous tersebut tetapi dari readers lain yang menyokong anda. Aku cakap macam ni sebab aku pernah buat lah then aku ada rasa menyesal sebab aku tahu siapa yang rajin komen aku sebenarnya =)   Hihihi.. So, cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar (wallaweii tak sangka aku masih ingat peribahasa ni.Entah betul ke tak aku taip) 


Ok,thank you for reading =)  saya takde butang like. Kalau suka boleh komen. Kalau tak suka pun boleh komen.kahkah..

Tuesday, March 8, 2011

Anak Buah Saya Umur 3 Tahun Nyanyi Lagu May, Cintaku Mekar Di Hati

Ni sewaktu anak buah aku datang ke rumah. Aku dah pernah bagitahu dia nih banyak cakap atau lebih tepat  lagi joyah. Tahun ni umur dia nak masuk 3 tahun dah, tapi sejak umur dia setahun lebih dia dah humming lagu ni dah. Parents dia lah ni suka pasang lagu kat kereta masa drive. Eh tapi bukan nyanyi je dia pandai. Baca doa pun pandai. Menari ikut Showdown pun boleh. (-_-') serious lawak.Ok, layanzzz!!



Take note: Kita sebut bunga sebagai Bu-nga, Zain ni sebut bunga sebagai Bung-a. Heee..comel tak Ajen (nama panggilan Zain kat rumah) . Aku memang tahan gelak aje tengok budak ni dok tarik suara part chorus.Siap boleh "Eh,silap." Dan apakah perlu buat-buat main gitar tuuu? (-_-')

p/s: Wah, aku sedikit bz.Nanti saja aku terjah komen anda balik ye. Thanks pada yang datang singgah blog ini. Sangat-sangat appreciate!!!

Monday, March 7, 2011

PENGUMUMAN : PEMENANG CONTEST "OWH, SO WONDERFUL!"

(sticky entry selama seminggu okeyh. Sila scroll ke bawah untuk entri yang terbaru)





WAHHHH!! WAHHH! WAHHH! Satu keterujaan harini. Hurm..untuk entri kali ini, saya akan menggunakan perkataan "saya" sebagai kata ganti nama sendiri sebab konon-kononnya macam entri rasmi yer. Lepas genap 8 hari baru lah saya berani mengumumkan pemenang bagi contest yang saya anjurkan. Sebelum tu, nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga lah kepada semua yang menyertai contest ni. Tak dinafikan rasa sangat terhibur tengok gambar dan baca cerita anda. Bravo untuk semua. Ada yang buat sajak, ada entri yang tak menggunakan gambar sendiri, ada entri yang kelakar. Memang pelbagai. Okey tanpa membebel dengan lebih panjang, saya dengan ini..JENG..JENG..JENG.. Mengumumkan, 

(boleh klik pada gambar untuk baca entri)

Pemenang tempat pertama:


(^_^)V  tahniah!!


Pemenang Tempat Kedua: 


Zulfadhli  !!! 
(walaupun kaki bodek tetapi bukan menang sebab bodekan.Kahkah..Gurau eh fad)


Pemenang Tempat Ketiga:


(misteri)




3 Hadiah Saguhati
Sebenarnya tak terfikir nak buat hadiah saguhati. Tapi aduhaii..banyak sangat entri yang menarik. Maka dengan ini saya rasa berbesar hati mahu mewujudkan hadiah saguhati. Dan hadiah saguhati adalah misteri (misteri lah sangat.huahua..) Maka pemenang saguhati ialah..JENG JENG JENG lagiiiii..

Tadaaa!!!





Fiuh, amacam? Hilang berdebar tak? Saya dah hilang 75% rasa berdebar. Ermm.. Sejujurnya sangat susah nak buat keputusan sebab banyak entri yang best-best. Maka haruslah berlaku adil. Macam, kalau cerita tu kategori family, haruslah pilih seorang aje daripada kategori tu. Takkan lah ketiga-tiga pemenang pun harus dipilih dari cerita mengenai family kan. Haa lebih kurang begitu lah pemilihannya termasuklah susunan ayat teratur dan dapat saya selami perasaan penulis ketika membaca entri mereka. Tapi apa yang penting  entri tersebut haruslah yang dapat membuatkan saya berkata "Owh, So Wonderful!" serta entri dan penggunaan gambar yang berkesan. Tak dinafikan ramai bagi gambar yang sangat-sangat menarik. Huhu..rambang mata. Tapi yang tak menang tu janganlah berkecil hati pula. Kalau saya ni kaya memang semua peserta saya nak bagi hadiah. Heheh.


Oh.lagi 25% nak hilangkan rasa berdebar dengan menyenaraikan 20 lagi peserta yang mempunyai entri yang menarik untuk dibaca. Secara umumnyanya saya hanya menyediakan hadiah untuk ketiga-tiga pemenang utama dan saguhati. Tapi senarai ni dibuat untuk berkongsi dengan pembaca. Entri yang menarik dan pelbagai. Yang buatkan saya rambang mata tula. Uhuks.Ok,selamat membaca. 



Kepada semua peserta, sekali lagi saya ucapkan terima kasih, dan minta maaf jika terdapat kesulitan sepanjang contest ini berlangsung. Kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga serta saguhatis, sila email pada saya (sophiealyahya@gmail.com)nama penuh anda dan alamat rumah anda menggunakan email yang anda beri. (untuk elakkan penipuan dari pihak yang tak bertanggungjawab). Sertakan number account bank @ jenis topup (Maxis, Celcom, etc) Bagitahu anda mahu wang atau topup. Heheh. Jangan bagi dua-dua pulak (-_-') debik kang..

Sekian, Assalamualaikum..



P/S: lepas ni rasa senang hati sikit nak berblog sebab contest dah selesai.. =D  wah diri sendiri happy.

March Warehouse Sales Malaysia. Membeli Dengan Bijak!

Hyeee!!
Ada sesiapa tak tahu warehouse sale tu apa? Dulu sebenarnya aku pun tak tahu sampailah kawan aku ajak pergi warehouse sale barangan make up dan penjagaan rambut. Ada brand Loreal, Maybelline, macam-macam lah. Pendek kata macam jualan gudang gitu. Harga murah lebih murah daripada harga sebenar. Kadang-kadang boleh 50% discount off, ada 70% off, yang lagi best bila ada 90% off. Tapi kalau nak tahu kat mana ada warehouse sales kena rajin buka surat khabar la. Ataupun cari di internet sebab warehouse sales ni duration dia sekejap sangat. Macam dua,tiga minggu atau kurang daripada tu. Jadi, sekarang ni aku dah find out beberapa warehouse sales bulan March ni. Aku post mana yang aku rasa macam berminat ajela. heheh.

 Oh by the way, sebenarnya biasanya kalau datang lebih awal, barang-barang pun lebih elok la. Kalau dah last-last tuh, tinggal barang yang tak berapa nak best lah biasanya. So cepat-cepat! Berbelanjalah dengan bijak!



13 March 2011

Coach Kate Spade Sale

Up to 70% Off

Additional 5% Cash rebate for Cash Payment

Products Offerd
Handbags,Wallets,Wristlets 
Brands Offered
Coach,Kate Spade and many others

Time : 10am to 4pm

Location (Tel 6019 553 3745)
Selangor Room (Level 1)
JW Marriott Hotel
Putrajaya (IOI Resort)

7-13 Mar 2011 : AirAsia Pre Travel Fair Sale


7-13 March 2011

AirAsia Pre Travel Fair Sale


Booking Period : 7-13 Mar 2011
Travel Period : 4 May – 30 Jun 2011 / *1 Apr – 31 Aug 2011 / **1 Jun  - 31 Aug 2011

Fly from Kuala Lumpur
RM29 : Singapore, Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu, Alor Setar, Penang
RM79 : Hat Yai, Bintulu, Miri, Padang, Pekanbaru, Medan
RM99 : Bandung, Colombo, Bangkok, Phnom Penh, Chiang Mai, Phuket
RM299 : Tianjin*, New Delhi*, Mumbai*
RM399 : Christchurch**, Seoul**, Perth**


Book Now at AirAsia.com

5 Mar – 15 Apr 2011 : Baby Cottage GP Sale




5 March – 15 April 2011

Baby Cottage GP Sale

Unbeatable Prices!

Brands Ofered
Aldo,Aprica,Avent,Baby Bjorn,Baby Safe,Bebecar,Britax,Bumblebee,Bumbo,Combi,Concord,Coosh,Cybex,Dr Brown’s,Gelite,Graco,Hauck,Lamaze,Maclaren,Maxi Cosi,Mam,Medela,Peg Perego,Quinny and more

Location
Baby Cottage Subang Parade
Baby Cottage Sungei Wang

5 Mar – 10 Apr 2011 : KL Sogo Sale


5 March – 10 April 2011

KL Sogo Sale


Ge RM10 Cosmetics Coupon for every purchase for RM100
from a single Cosmetics or Fragrance brand on the day of purchase.

Location
KL Sogo
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur

5 Mar – 30 Apr 2011 : The Faceshop Great Sale


5 March – 30 April 2011

The Faceshop Great Sale

Up to 50%

We have carefully selected 800 products,
greatest offer up to 50% Discount!

On top of that remember to redeem FREE Compact Mirror &
UV Protection Umbrella upon certain purchases.

Additional 5% discount per item for Public Bank Credit Card


Visit the nearest TheFaceShop Outlet

3-20 Mar 2011 : Ikea Sale


3-20 March 2011

Ikea Sale

To make way for new arrivals, so many of our items are taking
centre stage with really low prices.

But the spotlight on them won’t be for long, so visit IKEA Sale from tomorrow.


Products Offered
Bed,Quilt Cover Set,Cabinet,Table and Chair,Decoratives,Kitchenware,and more 
Location
IKEA
No.2 Jalan PJU 7/2
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Malaysia



5-8 Mar 2011 : Sasa Sale




5-8 March 2011

Sasa Sale

Up to 70% Off

International Women’s Day is a global day celebrating the economic, political
and social achievements of women past, present and future.

This year, International Women’s Day falls on Tuesday 8 Mar 2011, and to make this
year even more special, 2011 is the Global Centenary Year.

To pay tribute to the Women of our Country and in conjunction with
Sasa’s 33rd Anniversary, we at Sasa together with our partner brands
would like to reward you with a never been done before 33% OFF each.

Daily Specials (refer flyer for daily details)

Visit your nearest Sasa store today












Mothercare Grand Prix Sale

Discounts up to 60%

 4-6 Mar : Exclusive for VIP Card members
Additional 10% Off

Mothercare Products
Kids Fashion,Baby & Kids Essentials,Kids Feeding,High Chair,Bedding,Bags,Strollersand more

Visit your nearest Mothercare Stores

Untuk bulan ni, banyak lagi tapi aku cuma letakkan mana yang aku rasakan menarik bagi aku jelah. Err.barangan baby tu bukan untuk aku tapi kepada mummy-mummy di luar sana. Wah, pegi Ikea dan Sogo macam best jek. Tapi aku rasa bulan Februari punya warehouse sales lagi best lah. Mungkin sebab lebih banyak barangan wanita kot. heheh. Kalau korang nak update pasal warehouse sales yang latest, bolehlah ikut cara aku iaitu dengan search di internet. Search macam ni:

Sunday, March 6, 2011

Dinner Anugerah Sukan. Bajet Macam Atlit.

Assalamualaikum dan selamat datang =)

Harini aku mahu update sesuatu yang telah lama berlaku yakni tanggal 25 Februari hari Jumaat sehari selepas mengajar kelas budak-budak yang hari Khamis itu. Heh. Heh. Ini ialah Malam Anugerah Sukan UiTM. Kiranya anugerah untuk para atlit la. Kononnya aku lah yang atlit tu. Heheh. Tapi tak, sebenarnya aku jadi wakil kolam renang aje. Bila berkata tentang dinner rasmi mestilah pakaian pun rasmi. Takde makna nak pakai dress ke gaun ke. Tetapi, aku telah berjaya cuba-cuba mekap muka sendiri.Haaaaaaaa... ce tengok. ce tengok!



Ni hasil dari suka belajar kat Youtube dengan blog cik MizzLullaby lah ni. Untuk mata aku guna eye shadow warna purple + black. No lipstick. Tapi pakai lip balm. Aku rasa seronok juga main kaler-kaler ni agaknya sebab aku memang suka melukis + mewarna kan.  (^_^)

 Sangat teruja sebab first time masuk dewan baru UiTM  ni. Aku bakal konvo disini weyhhh.. Bestnyaaaaaa!!

Yang paling tinggi ni lah Raja Azlina, perenang kebangsaan yang aku pernah cerita selalu ternampak dia berenang di pool UiTM. Laju giler dia swim weh macam dolphin aje bila dia buat Butterfly stroke. Kalau orang lain teruja bergambar dengan artis tapi aku teruja bergambar dengan atlit. heheh. =B


Wey korang tengok lah dalam dewan ni. T_T  cantik laaahhh.. Efek lighting dia, acoustic, space. Hurmm. I still love architecture no matter what =)

 Ok aku memang suka dengan dinding dia nih.

 Dan design ceiling. Wahhhh.. Best-best. (ok mungkin korang tak paham dengan keterujaan ini. Fine. takpe-takpe)

So there goes the girls  =) Sayang semua sebab mereka nih best!!!

 Ni pun sayang sebab sedap... =D


Dan sambil tu ada persembahan.
Persembahan lagu Jangan Pandang-pandang yang Ana Rafali nyanyi tuh. Cuba tengok betul-betul. Sebenarnya ada seorang gadis, lelaki dan syaiton. 

Tarian kebudayaan. Favourite. Boleh tengok di skrin..

 Mahupun di pentas.

 Selepas  itu dihidangkan dessert iaitu ais krim mini Cornetto. Comel sangat.

 Kecik betul. Entah tengok muka sorang-sorang macam tak puas aje..hahaha..

 Haaa, Encik Sahol pun ada tau. Sesiapa student UiTM tak kenal Sahol memang tak patut lah.

 Ok sebenarnya si Arina ni kuat mengusik si Mior sebab dia kuat melatah. Kesian giler ehh.. 

 Bash dah bertudung tau sekarang =D  suka. Comey.


 Ni meja atlit betul ni. Bukan sahaja mewakili UiTM malah negara. Dari kiri Raja Azlina , Zahra si perenang selat yang menerima anugerah khas dari UiTM, yang lelaki ni Taufiq namanya. Dah nama atlit renang kan, badan pun haruslah fit dan bidang yer.

Masa kat dinner ni lah boleh jumpa ramai atlit UiTM ni. Kadang-kadang kita tengok orang yang bersukan ni kalau kat padang ke peluh-peluh lah kan. Tapi sebenarnya mereka ni fit. Postur badan elok tegap aje. Jadi bila dinner macam ni, dan mereka tidak berpakaian sukan tetapi memakai pakaian formal, wallaweiii.. Memang nasib baik I setia tau. =B   kahkah. Ok main-main kang ada yang merajuk kang. Pendek kata boleh jumpa abang-abang fit dan kakak-kakak tough la. Dan bila ditayangkan kejayaan atlit UiTM, aku rasa bangga sangat dengan diorang. Tak sangka ramai juga yang sampai mewakili Malaysia. Dan anugerah keseluruhan dimenangi oleh pasukan Futsal UiTM. Ok tahniah!!

Gambar kami yang pergi dinner.


Ok bye. Ingat tau, kalau nak belajar mekap pergi ke blog MizzLullaby tu atau cari di Youube pun banyak. Or magazine ke. Heh. Siap promote pulak. Macamlah korang tak tahu. Kah kah. Ok seriously, bye-bye. =B
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...