Tuesday, November 22, 2011

Sedetik Cuma, Tersedar "I'm Not A Girl, Not Yet A Women"

Mungkin sedetik cuma, ambil masa satu hari,
memandang ke arah orang lain, fahami apa yang mereka rasa, lalui, hadapi.

Aku ambil contoh hidup aku, tempat kerja. Kadang-kadang bila dah tak dapat perah otak atau tangan lenguh control mouse & keyboard, aku ambil masa sejenak untuk memahami orang dan keadaan sekeliling aku.

Satu
Dari jauh, 
aku nampak seorang abang ni, mungkin dalam 40-an. Duda. Tak pasti samada cerai ataupun isteri meninggalkan beliau. Dia ada 3 orang anak yang masih bersekolah. Aku rasa kesian. Seorang lelaki membesarkan 3 orang anak tanpa kasih sayang seorang ibu. Pagi-pagi abang tu selalu tengok video anak dia. Hari sukan lah, nasyid lah, macam-macam. Hari-hari pun dia ambil anak dari sekolah & bawa anak-anak ke opis walaupun belum habis waktu pejabat. Kalau anak demam, dia bawa je ke opis. Walaupun bagi aku abang ni macam agak garang, tapi dengan anak-anak dia sangat lembut.Memang nampak giler lah betapa dia sayangkan anak-anak dia. Sebenarnya aku cuma rasa prihatin. Aku pernah tanya dia memandangkan dia dah kerja sini macam 7 tahun. Aku tanya "bang, tak penat ke kerja kat sini lama-lama? Company besar, selalu busy." Abang tu kata (sambil merenung jauh) "kadang-kadang, dalam hidup ni, kita kena lah sedar diri sikit." Terdiam aku sambil senyum. Sebab aku paham dia kena cari rezeki untuk anak-anak.

Dua
Ada lagi seorang abang ni.Mungkin juga 40-an. Haritu dia accident. Tangan sebelah urat putus ke apa, tapi kiranya macam sebelah tangan tak boleh guna la, selalu pakai anduh tu. Tapi dia datang juga ke opis buat kerja walaupun sebelah tangan tak boleh guna. Kerja kitorang ni kena lah guna dua-dua tangan. Pakai PC kan, buat drawings pakai software. Tangan kiri tekan command, tangan kanan pegang mouse & control. Cuba bayangkan macam mana abang tu buat kerja dengan sebelah tangan? Tapi, arkitek masih harapkan dia sebab dia memang berpengalaman. Dia kata, dia kena lah bekerja. Nanti anak bini nak makan apa.. T_T 

Tiga
Ada seorang akak arkitek ni. Bagi aku dia seorang project architect yang bagus. Dia selalu nampak busy. Ada satu hari anak-anak dia dengan suami dia datang. Dari jauh kedengaran anak dia yang perempuan panggil "Mama~ Mama~" (ambil berlari ke arah mama dia) Awww~ So cute. Aku nampak akak tu pandang anak dia. Dia tersenyum (you know, senyum seorang ibu) Bila anak dia datang, hilang terus muka stress kerja tu. Lepas tu satu family berjalan keluar opis dengan muka happy-happy.Bestnya boleh jadi wanita berkerjaya & berkeluarga dalam masa yang sama eh. 

Empat
Aku nampak bos aku. Orang kata dia garang. Bagi aku dia memang strict. Tapi bos memanglah kena macam tu. Aku kagum dengan dia. Banyak benda dia kena fikir. Semua projek dia kena tahu update. Kalau aku jadi dia, aku boleh jadi gila kot. Haha.

Lima
Aku terkenang seorang akak ni. Dia dah kahwin lama tapi belum dikurniakan anak lagi. Jauh dalam hati dia, aku tahu dia mesti penuh berharap. Mesti ada waktunya stress, sedih, etc. Macam-macam cara dah dia cuba, tapi mungkin belum ada rezeki kot.

Hurmm, kalau ambil masa sejenak bermuhasabah diri dengan memandang orang lain, memahami keadaan mereka dan apa yang mereka rasai atau alami, secara tak langsung aku rasa bersyukur dengan hidup aku sekarang, Takde benda yang aku nak rungutkan. Bila pandang diri sendiri, aku sedar, aku sedang melalui fasa perubahan-iaitu fasa meningkat dewasa. Weyy! aku dah nak jadi wanita ke?? arghhh!! aku gadis lagi maah. 

Tanggungjawab semakin besar. Environment dah berubah. Kawan-kawan masa belajar masing-masing bawa haluan sendiri.Rata-rata ramai yang dah bekerja. Ada yang sambung study overseas. Keadaan memang tak sama. Tapi kerap contact pula lepas habis belajar sebab rindu.haha.

Lagu Britney Spears ni terasa sangat menggambarkan keadaan aku sekarang. Haih. Apakah? 


I'm not a girl,
But if you look at me closely,
You will see it in my eyes.
This girl will always find
Her way.


p/s: See, Maria Elena pun tengah alami waktu-waktu sukar dengan kerja dia. Biasa lah, baru bekerja kan.Ambil masa lah nak biasakan. It' the matter of time..and commitment & sometimes must be heartless too. (pujuk hati sendiri jugak.hihihi)


*tengah usaha habiskan baca buku baru beli. =) *




Monday, November 7, 2011

My [Random] Honest Thoughts #4

1) Harini hari Isnin. Cuti raya Aidiladha lagi. Tapi aku dengan semangatnya nak masuk kerja. Sebab rasa macam ada kerja nak buat. Aku dah nekad, kalau ada orang kat ofis aku stay, kalau takde orang aku caboottt. Heh sekali memang takde orang. Ofis aku besar, bila takde orang memang sunyi gila. Plus, banyak dah dengar orang kena kacau bila buat kerja sorang-sorang. Macam, dengar orang bancuh air di pantri lah, nampak kelibat lalu lah,etc. So memandangkan takde orang, aku pun Cha Alif Ba Wau Ta laaaa.. Nasib baik bawak baju swim. Aku terus cari swimming pool untuk swim.

2) Hari tu aku eksaited sangat nak buat Cheezy Pasta express. Beli yang dalam packet tu. Bila dah siap aku makan la. Aku rasa macam rasa cheese dia lain macam. Tapi aku layan je. Aku fikir " ah mungkin rasa dia memang macam ni kot." *punyalah berfikiran positif kononnya* tapi adik aku kata "kak, bau dia pun lain macam doh.." Tapi aku still layan sampai dah nak separuh agaknya barulah aku rasa macam Pergh!fed up aku dengan rasa dia. Aku check packaging dia. Damn ah. Expiry date: June 2011. Time tu Oktober 2011 kot. Huwaaaa T__T asbestos niii!!

3) Korang yang perempuan suka pakai losyen tak? Lately aku ada dua losyen kesayangan. Gedik jek siang pakai losyen lain.Malam losyen lain. Siang aku suka pakai losyen yang Siti Saleha jadi duta tu. Aww~ Enchanteur Paris. Siang kena lah pakai yang ada UV protection kan. Malam pulak nak tidur dengan lena dan wangi seperti bayi ayuhlah pakai  baby Johnson & Johnson Bedtime (melt away stress daily calming lotion) serius lena weh tidur. Memang melt away stress pun. Serius dah jadi kesayangan dah. (^__^)
Ini losyen siang. Best!

Ini losyen malam. BEST!!! (^_^)V
boleh bajet tidur seperti bayi. hiuhiu..
Dua-dua pun wangi sebab tu suka.


4) Aku masih confuse dengan hidup aku. T_T Ini sangat menyedihkan.. Kenapa? Kenapa? kenapa aku confuse ni? ok kejap lagi aku memang akan find out kenapa aku confuse. Just wait and see. Eh you cannot see lah. Me only can see lah. WTH aku ni?? (-_-')

5) Oh aku nak bagitahu korang satu makanan yang sedap.Kalau korang nampak stall kecik bernama Shihlin Taiwan Street Snacks yang ada di kebanyakan shopping complex ni, try lah Crispy Chicken XXL ni. Sedap wehh. Rangup! Tak boleh cerita banyak, korang sendiri kena try. Bak kata kawan aku masa aku promote kat dia suruh try. Dia kata "Layan doh~" Oh walaupun kedai ni macam makanan Cina tapi aku ada nampak sijil halal. ok.

6) Sebenarnya, aku pun suka tengok perempuan cantik. Tapi, aku tak berapa gemar kalau perempuan tu bermekap tebal giler bercontact lens mata besar dan berbulu mata palsu. Entah kenapa aku rasa macam wah, nampak sangat pelastik ni. Tambahan pula kalau orang macam ni suka bergambar dan diletakkan di Facebook lepas tu minta orang LIKE gambar untuk vote entah contest apa yang dia join. Kadang-kadang tak kenal pun. Dalam friend list pun takde. Ape ke peliknya dunia sekarang? Tak faham aku. Korang faham tak?

7)Antara rupa vs personality, aku lebih pentingkan personality seseorang. Sebab aku tahu kebanyakan orang akan tertarik pada perempuan cantik @ lelaki kacak pada pandangan pertama korang. Tapi entah kenapa aku tak rasa macam tu. Aku lebih sukakan personality dan character seseorang lepas tu baru aku boleh rasa orang tu cantik & hensem ke tak. Contoh: Si A jauh lebih kacak dari si B, tapi personality si B jauh lebih best dari si A, maka aku akan rasa si B lah yang lebih kacak berbanding A. Sebab tu aku jarang pandang orang dua kali kalau dia cantik atau kacak. Sebab tak kenal. hehe. Tapi kalau Arjun Rampal lalu memang aku pandang sampai meleleh air liur.boleh? wahaha..

Siapa tahu mungkin orang seperti Mr.OS lebih kacak di hati aku berbanding Arjun Rampal sebab Mr.Os kelakar dan Arjun Rampal terlebih kontrol hensem? Contoh jelaaa..Arjun Rampal tetap dalam hati aku maah..

8) Aku ada pesanan untuk semua. Best punya! Nah! 
Tapi kawan baik aku tambah: Let's ruin the idiot's day instead! Haha. Terbaik!!

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...