Saturday, April 14, 2012

Yang Bakal Dirindui



Ketika memakai pakaian berwarna oren. Power Rangers Orange!
Memandangkan oren warna yang agak rare untuk dipakai seharian maka suruh ambil gambar sama-sama.Haha.

Encik Arkitek belanja makan nasi kukus sedap ohh sebab birthday beliau. Muka paling eksaited haruslah yang tunjuk peace duduk paling depan. Macamlah besday dia pulak. (-_-')


Bila orang lain lesap, tinggallah employee of the month.

Baru tak datang office sehari lepas tu desktop aku dah bertukar wallpaper. Habang-habang ni memang kuat mengusik. Sabau jelaa..

Zoom sikit. Rupanya sebab makan cookies aku.
Yer, sama-sama. (>_<)

Merah! Bukan senang nak sama warna kasut dengan orang sebelah.

Masa bos belanja.

Comel jugak kitorang ni sebenarnya. Harharhar..






*Budak Hingusan yang eksaited makan spaghetti. 
Tapi, spagheti ayah aku masak still da best da bomb kebaboom!! *

InsyaAllah kalau tiada aral melintang bulan September nak sambung belajar. Kalau ada aral melintang, bulan March tahun depan lah gamaknya. Gambar-gambar di atas gambar aku dengan rakan sekerja. Sayang team ni. Ni first company yang aku kerja. Macam cinta pertama gitu.haha. Sayang laaa.. 
T__T  
sebenarnya dah mula rasa sebak kalau nak berhenti.  ='(
Banyak sangat ilmu aku dapat kat sini.Team aku pun best. Kalau boleh memang nak menuntut ilmu lagi lama kat sini. Tapi macam dah sampai seru nak sambung study = nak pergi jauh membawa diri meninggalkan hati yang lara *auta*..Hahaha.

KL Eco City
saya harap bila awak siap nanti awak nampak cantik macam dalam gambar. 
Projek ni dah launch. Sebab tu berani share gambar. hehe. Akan didirikan sebelah Mid Valley. 



Friday, April 13, 2012

Tips Temuduga Senibina

Demi kasih sayang pada adik-adik yang bakal menjalani temuduga UiTM mahupun apa-apa universiti pun, hakak Sophie yang baru pulang dari kerja jam 9.30 malam nih sanggup bertungkus lumus siapkan entri ni ok. T_T Sebab ada ramai yang email tanya tips nak hadapi temuduga kan. Temuduga pula 15 hb ni hari Ahad. Aku macam whattt?? cepatnyaaaa.. Harini dah 13 hb sehhh!

Sebenarnya saya pun tak tahu lah U lain punya temuduga macam mana. UiTM je yang saya tahu sebab pergi interview dua kali. Hehe. Oleh itu, secara ringkasnya interview di UiTM ada dua bahagian.

A) Ujian melukis
B) Temuduga lisan (ni lepas ujian melukis. Nanti kena tunjuk hasil lukisan kamu)

Untuk ujian melukis,

-Anda akan dikumpulkan di mana-mana tempat lah yang boleh dikumpulkan *Ya Allah bahasa aku!!*
Lepas tu kat depan ada meja dimana ada bongkah-bongkah berbentuk bola, piramid, silinder, kotak, etc diletakkan di atas meja dengan susunan yang sukahati diorang jelah nak susun macam mana.(ok tak sure kalau sekarang diorang letak apa atas meja)

-Tak pasti ada disediakan alat melukis tak. Lagi best kalau bawak pensel dari beberapa jenis gred. Yang cair, sederhana, pekat. Pemadam bawa. Pembaris JANGAN PAKAI! Free hand je ok. Epik! =)

*ni jenis pensil yang saya pakai dari sem 1 sampai sekarang tapi ni set baru la. Yang dari sem 1 dulu saya sayang, simpan sampai sem 8 kot.dah sampai kontot dah pensel tu*

A)Ujian Melukis


Tips ketika melukis.
1) Lukis dulu keseluruhan bentuk. Jangan siapkan satu bentuk dulu pastu buat bentuk yang seterusnya. Maksudnya, kena ada rangka keseluruhan lukisan supaya anda boleh bajet kertas lukisan tu muat tak nak masuk lukisan anda. Kalau kamu siapkan satu bentuk dulu, lepas tu last sekali tinggal silinder yang tinggi kan, sekali tak muat kertas lukisan, takkan lah nak pendekkan silinder tu? Dah tak proportionate lah nanti.

2) Jangan lukis macam stail kartun. Lukis biar realistik. Lukis macam kartun tu..ermm..korang tengok jelah majalah Ujang ke Gempak tu macam mana.huhu.

3) Ujian melukis ni, sebenarnya untuk melihat kebolehan anda melukis mengikut proportion. Maksudnya, imbangan tinggi rendah. Erm..susahnya nak explain. T__T macam mana nak explain ni? Tengok jelah gambar.


Nanti pelbagai jenis bongkah berbentuk diletakkan atas meja. Saya guna je apa yang ada nak buat contoh.

Ok, mula-mula lukis dulu rangka lukisan. Macam, outline bongkah-bongkah tersebut. Ni pakai pensel cair je. Nak buat outline aje pun. Time ni lah korang rangka betul-betul. Kalau rasa macam pelik je, padam lah sikit. Macam dalam gambar ni sebenarnya saya perasan kesalahan saya: Silinder tak cukup tinggi. Sebenarnya lebih bagus kalau adik-adik biarkan je construction line yang awak buat tu. Garisan-garisan kasar tu tak payah padam takpe. Barulah seni.

Lepas tu boleh refine sikit pakai pensel kepekatan medium.

Kemudian bolehlah guna teknik 'hatching' atau 'rendering'. Ni macam saje jelah untuk dapatkan efek 3D. kalau bongkah tu melengkung kamu hatching lah kasi nampak sikit lengkungan tu. Takla kaku sangat drawings kamu nanti.

Hatching tu boleh pakai pensel yang pekat sikit.

Bolehlah tambah shadow casting. Saya tak pandai sangat nak bayangkan shadow ni. Jadi buat jelah konon ada bayang.

Tempoh saya lukis: 30 minit dan tak padam. Sebab dah ngantuk & penat so nak siap cepat.Huhu.(maaf, sebab tu tak dapat nak hasilkan drawing yang hebat. Asalkan korang faham)
Tempoh sebenar masa ujian melukis: saya tak ingat.Rasa macam sejam hingga dua jam camtu kot.huhu.



B) Temuduga lisan.
Oh lupa nak bagitahu. Interview UiTM kena speaking English okey. Soalan lazim yang selalu ditanya.

1) Tell me/us about yourself
-Ok waktu ni lah korang boleh pumpangpumpang pasal korang. Tak payah cerita hobi korang memasak dan memancing. Kadang-kadang bila interview ni macam kena "up" diri sendiri la. Cuba kreatif sikit cerita pasal korang tu. Kalau semua orang duk cerita camni: Nama saya Abu, umur saya 18 tahun, ayah saya businessman..saya tinggal di Kedah.adehh..menguap la interviewer macam ni.

2) Why do you choose architecture?
Tolonglah jangan jawab "sebab saya nak design rumah saya sendiri" T__T sebenarnya tak payah belajar architecture pun kamu boleh design rumah sendiri. Upah je arkitek ikut design yang kamu nak.Siap! Cuba bagi jawapan yang lebih memberangsangkan dan futuristik sikit. Macam, apa pendapat kamu pasal senibina di Malaysia ke, apa yang kamu harap dapat ubah dan perbaiki pada senibina di Malaysia ni. Boleh juga kaitkan dengan isu-isu semasa tentang masalah material & relate dengan cuaca di Malaysia. Jawapan kalau boleh biar lah matang sikit. Boleh relate isu semasa (berkaitan bangunan) dengan kenapa awak pilih architecture.

3) Who is your favourite architect?
Biasanya bebudak ni suka jawab arkitek seperti Hijjas Kasturi (Menara Telekom), Caesar Pelli (sebab design Petronas Towers),Kisho Kurokawa (design KLIA). Yelah, mungkin sebab tiada pendedahan sangat dengan architecture luar negara dan bangunan-bangunan gempak zaman dulu-dulu so research kat Google jela nama bangunan kat Malaysia yang korang rasa cantik berserta nama arkitek sekali kan. (mestilaaa aku tahu, sebab dulu pun aku macam ni.Huahuahua..)dan Kalau boleh bagi nama-nama orang lama pun bagus juga.

Lebih afdhal kalau adik-adik fokus pada seorang dua arkitek tapi dapat huraikan dengan baik tentang arkitek tersebut. Macam, sedikit sebanyak pasal latar belakang arkitek tu. Dia punya architecture style, bangunan arkitek tersebut yang kamu kagumi.

Antara nama-nama besar dalam architecture dunia: Antoni Gaudi (paling saya minat ni sebenarnya sebab tu teringin gila nak pergi Spain), Santiago Calatrava (minat jugak sebab dia study architecture, civil engineering & seorang sculptor), Frank Lloyd Wright, Renzo Piano,Frank Gehry. *sebenarnya dah banyak sangat saya spoon feed kamu ni*

4) What is your favourite building?
Boleh juga relate dengan arkitek mana yang kamu minat. & ceritakanlah juga kenapa awak minat senibina pada bangunan tu.

Ok soalan kat atas ni soalan lazim la biasanya tapi tak tahulah soalan apa lagi yang akan ditanya. Korang bersedia jelah. Tapi, bagi saya lah, interview senibina ni bukan nak tengok awak dapat jawab soalan tu betul atau salah. Sah-sah lecturer tahu kamu dok Googling je kerja kan sebab nak prepare pergi interview. Tapi interview ni untuk tengok kamu mampu berkomunikasi dengan baik & yakin tak. Kalau jawab salah tapi muka confident pun apa salahnya.haha. Jawab jangan banyak stop sebab pikir macam "saya suka Antoni Gaudi sebab aaaaaaa..bangunan dia cantik-cantik..aaaaaaa.. Eh saya lupa nama bangunan dia apa.Aaaaaa.." Bila bercakap haruslah pandang pada muka interviewer tu jangan tertunduk-tunduk malu lebih-lebih lagi kalau interviewer tu hensem. Ahaksss! Tunjukkan yang awak ni seorang yang ada fokus, matlamat, tahu apa yang awak nak.

Untuk pengetahuan, macam mana UiTM pilih seorang pelajar yang dari hasil temuduga sebenarnya macam ni. (sebab aku pernah tanya kat Pusat Pengambilan Pelajar). Mereka yang datang temuduga kan ramai. Boleh ke interviewer ingat semua orang yang mereka interview tu? Mestilah susah kan. Jadi, lebih kurang macam ni: Hanya seorang akan dipilih bagi setiap 5 orang yang ditemuduga. Oleh itu, anda haruslah menonjolkan diri sedikit supaya dalam lingkungan 5 orang yang ditemuduga yang dekat-dekat dengan giliran kamu tu, kamu akan dipilih.

Ok, jadi saya harap adik-adik yang bakal ditemuduga tu bersedialah. Jangan takut, jangan cuak sampai nak terkencing. Be cool. Semoga tips yang saya bagi ni membantu adik-adik. Kalau tak dapat, jangan putus asa.Dunia belum berakhir.Chewah!! Buatlah rayuan. Kalau tak dapat jugak, try lagi next intake. Kalau pass interview belanja hakak Sophie. Ngeh..ngeh..ngeh..

p/s: Memandangkan cuma ada 2 hari je lagi sebelum interview, saya minta jasa baik anda lebih-lebih lagi yang lepasan SPM untuk share entri ni. Mungkin share kat facebook ke apa. Selagi boleh bantu, kita bantu lah mereka yang terkapai-kapai tak tahu apa-apa pasal interview ni. Tolong kawan-kawan yang lain walaupun awak taknak belajar architecture. Selagi masih sempat. 15hb April sehh interview!!!!

Good luck!!! 
Chayok-chayok!!! Fightinggg!!!   
V(^__^)V

Wednesday, April 11, 2012

Masalah Adik-adik: Menjadi Pelajar Senibina

Aku baru dapat satu email dari seorang pelajar senibina. Aku tersenyum baca email dia. Apa yang dia sampaikan tu, aku dah pernah lalui. Jadi disini aku nak share la masalah adik tersebut supaya mereka yang sedang belajar jurusan senibina yang lain boleh faham jugak apa yang aku nak sampaikan ni.

Masalah beliau:


saya, Julie (bukan nama sebenar).. an architecture student di uitm seri iskandar. baru je semester 1.. hehe.. 


ada tips tak untuk hati tak mudah give up dan teruskan pengajian ni sampai habis 8 sem?

saya da almost menyerah kalah da ni. beban kerja, submission yang gaya nak bunuh orang, design kena reject, syllabus yang da tukar
membuatkan susah nak tanya senior... macam-macam laa... 

saya minat archi. saya pernah gagal first interview dan sanggup tunggu setahun untuk pergi ke 2nd interview. tapi bila da dapat belajar apa yang saya minat
hati saya pula masalah... kalau boleh saya tak nak quit. da banyak duit saya habis, da banyak masa saya terluang.

tolongla kak sophie.. T___T

may your kind words save me from this kinda feeling.. 



Fiuuuuuu~ tarik nafas panjang dulu nak berfikir dan menaip. Hurmmm..

Biasanya ada dua golongan pelajar senibina yang ada perasaan untuk quit:

1)Yang memang tak minat. Sekadar belajar sebab dapat kos ni atau parents suruh.
2) Yang memang minat. Tapi bila sedang belajar kos senibina ni, ada perasaan macam stress tahap nak bunuh orang mahupun bunuh diri.

Nasihat saya untuk yang tak minat dan terpaksa belajar kos ni, quit lah.Honest ni. Masih belum terlambat. Susah nak survive architecture kalau tak minat. Beban dia terbawa-bawa sampai alam pekerjaan.

Bagi masalah macam adik Julie (bukan nama sebenar) ni pulak, dia minat tapi bila dah mula belajar dia stress.Sebenarya belajar dalam bidang apa-apa pun ada masanya akan stress kan? Tapi untuk entri ni saya akan fokus pada architecture. Kepada adik Julie, awak baru berada di sem 1. Semua beban yang awak lalui tu ibarat 1% je dari keseluruhan benda yang awak kena belajar untuk jadi seorang arkitek. Semua dugaan yang awak lalui, semua beban kerja, submission,design kena reject, itu adalah..PERKARA BIASA dalam architecture. Diulangi, PERKARA BIASA! ibarat hari-hari kena gosok gigi.

Saya cuba relate dengan realiti pekerjaan sekarang ok.
Beban kerja- Normal. Multi-tasking ialah perkara utama untuk manage diri sendiri bila berada dalam bidang ni. Nak jadi arkitek bukan sekadar kau design conteng-conteng kat kertas lepas tu bangunan dah siap,wahh! Skethces macam Frank Gehry seh! Tak. Kalau masa belajar submission kita ada lah dalam 8-10 keping kertas A1, dan kita dah cukup letih nak siapkan. Bayangkan bila kerja, nak prepare drawings untuk sesuatu submission mungkin satu set ada dalam ratus hingga ribu keping kertas A1 kot. Dan drawings masa nak submit itu adalah detail, harus tepat, salah kena lempang *ok ni hiperbola*. Kalau tukar satu pelan,.Mungkin tukar kedudukan dinding nak letak mana aje. Tapi kalau bangunan tu ada 30 tingkat? darab 4 blok bangunan? setiap tingkat kena ammend?keratan rentas (section) bangunan lagi? itu baru pasal dinding. Belum lagi masuk isu lain lagi.

Submission- Kita selalu stay up kan untuk submission? Tips bila nak submit, jangan terlalu fokus pada satu perkara sampai kamu abaikan perkara lain pada submisission tu. Biasanya lecturer tengok presentation tu as a whole. Gambaran keseluruhan. Kata lah kamu terlalu fokus pada model making dengan 3d perspective sampai abaikan drawings lain. Tak boleh. (sebab dulu saya macam ni so dah menyesal dah.hiuhiu..) Semua kena balance. Kalau alam pekerjaan pun, submission adalah ibarat NIGHTMARE juga. Pun sama juga, sampai stay up di office. & submission untuk real project pula adalah sangat detail, berformat, drafting skill pun harus mantops. 10x ganda membebankan berbanding submission projek masa belajar. Oh tapi ni saya gandakan dengan 10 untuk projek besar la.

Design kena reject- ni sebenarnya satu latihan yang sangat bagus masa study architecture. Tahu tak kenapa? Sebab masa belajar,kamu rasa lecturer banyak songeh sampai asyik kena tukar design. Bila bekerja, client ibarat pensyarah kamu yang kamu rasa banyak songeh tu. Masalahnya, client dah melabur duit diorang kat projek tu. & tukar design tu ibarat perkara biasa lah. Mestilah diorang nak the best.Client mintak tukar design ibarat pekerja di firm architecture nih robot, bukan manusia. Kalau nak esok, esok jugak. Kadang-kadang deadline tak reasonable. Masa belajar boleh le lagi nak manje-manje dengan lecturer mintak postpone submission. Time kerja? nak manje-manje dengan client? Mintak flying kick ada. *ok hiperbola lagi* Kalau design kamu masa belajar tak pernah direject, nanti kamu jadi architect, first time design kena reject..takkan nak nangis wuwuwu T__T & tak bole terima hakikat kot hanya sebab dulu design kamu lecturer asyik suka & tak pernah kena reject. Rejection tu perlu untuk melatih kamu. Fikir positif.Lagi banyak design kena reject, lagi banyak kamu re-design, lagi banyak process development sampailah kamu dapat siapkan design kamu. Then, bila kamu tengok balik butter papper atau mock up model kamu sepanjang process development tu, kamu akan tersenyum bangga sebab usaha yang kamu curahkan. Bangga sampai menetes air mata dan tersenyum sorang-sorang lah kira! *aku kalau tak masuk unsur-unsur drama memang tak sah eh*

Saya sangat faham perasaan nak quit tu. Sampailah ada kawan nasihatkan "ni feeling sementara aje sebab kau tengah stress. Aku tahu lepas ni kau mesti tak rasa nak quit." Memang betul pun. Rasanya memang normal dalam diri budak archi kot. Ada masanya rasa macam nak quit. Tapi percayalah, biasanya ni feeling sementara aje masa tengah stress. Bila dah reda sikit stress, nanti mula lah datang minat balik.Passion tu akan datang balik. Memang ada turun naik pun emosi belajar archi ni.

So, kalau adik Julie memang minat, & sanggup harungi cabaran ni. Teruskanlah. Kalau minat tapi dah rasa tak mampu masa 1st sem ni, tak terlambat lagi nak quit.Lagi satu, architecture kurang sesuai untuk mereka yang pemalas. Memang architecture sangat memerlukan komitmen yang tinggi. Di saat budak kos lain tidur nyenyak, kamu kat studio lagi buat design. Di saat budak kos lain layan drama Nora Elena, drama Korea, kamu masih dengan design. Hari-hari design. Padahal bukan design je kena tengok. Subjek lain pun berderet juga kan? Saya takkan tipu. Architecture memang sangat memenatkan & kadang-kadang banyak juga benda yang saya nak buat tapi tak dapat sebab kos ni. Tapi satu benda yang saya belajar, over the years..saya rasa makin matang.hiuhiuuu..Dah nampak corak architecture tu macam mana. Dah pandai sikit nak bahagi masa.Nak delegate & prioritize mana satu nak siapkan dulu. Eh rasa macam makin matang seh bila dah nak setahun bekerja.haha. Kalau boleh ulang balik masa belajar, saya akan buat yang terbaik masa study dulu. So adik-adik yang tengah study architecture tu, janganlah give up.Architecture memang banyak pakai duit.Kalau Julie rasa sem 1 dah banyak pakai duit, sampai sem 8 pun banyak pakai duit jugak.

Erm, bila saya ada rasa nak give up, saya selalu fikir.. setiap orang ada kelebihan. Allah bagi kelebihan kat aku untuk berada dalam bidang ni. Otak ni boleh guna untuk fikir pasal design, construction & apa-apa yang berkaitan architecture. Bukan semua orang ada kelebihan ni. So kenapa aku nak sia-siakan otak yang Allah dah bagi ni. Nak fikir pasal medic aku dahlah tak reti hafal nama sel bagai. So, gunakan kelebihan yang ada.& sentiasa ada semangat untuk majukan diri sendiri. Stress tu akan buatkan kamu lebih kuat sebenarnya. Perempuan boleh survive architecture?Memang rawk~ yeyeaahhh! (feeling nak joget-joget goyang punggung macam SinChan.Huahuaaaaa!!)

Nah! share skit gambar masa study dulu.
Semua usaha penat lelah, air mata pasti akan terbayar akhirnya =)

Studio memang selalu sepah. Tapi sebab kitorang buat kerja. Sepah tak sama dengan kotor tau!

Sedih lah juga zaman-zaman ni. Tidur bawah meja je beralaskan tikar.

Siap bawak seterika lagi kat studio sebab mandi kat fakulti. Nak balik bilik @ rumah sewa pun tak sempat. 

Kat mana-mana pun boleh tidur. Ketiduran masa tengah tunggu printing.

Architecture buatkan aku tak banyak songeh dalam hidup. Redah aje, layan aje. Benda remeh temeh taknak pikir sebab banyak benda yang lagi penting nak kena layan.


p/s: Rajin-rajinkan diri jumpa senior. Saya dulu suka je junior datang jumpa. Sebab konon-konon nostalgia kembali projek lama. Rasa macam kesalahan yang saya buat dulu, taknak junior saya buat. Ha kalau semua senior kau fikir macam ni kan bagus.Hihi..semua junior boleh dapat A untuk design nanti.

*cuti Hari Pertabalan. Sultan mesti murka. Dia dah bagi cuti tapi aku nak masuk kerja pulak.huhu. Sekarang tengah banyak kerja maahhh*

kalau rasa aku macam auta lebih pasal kehidupan student architecture boleh lah baca kat paper online di SINI

Saturday, April 7, 2012

Berenang Untuk Kurus. Mitos Atau Fakta?

Satu isu yang dah lama aku fikirkan. Sebab ramai orang cakap berenang boleh kuruskan badan. Rasa-rasanya tepat tak?

Aku dah berapa lama berenang tak kurus-kurus pun? eceh* tak, tak, aku tak salahkan berenang. Sebab aku sendiri bukannya atlit yang hari-hari akan berenang. Kalau hari-hari berenang mungkin lah akan kurus. Tapi, mengikut pengalaman aku, memandangkan berenang ni melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, aktiviti ni akan lebih membentuk otot badan. Macam, jadi lebih pejal (kot?) No flabby-flabby. Lean meat semata-mata. *eceh*- bergantung pada jenis badan individe juga la..

Aku banyak jugak cari bahan membaca pasal swimming untuk kurus ni. Mengikut hasil bacaan aku lah, sebenarnya macam ni, kalau kamu nak kuruskan badan dengan berenang, haruslah betul-betul berenang buat laps, bukan sekadar bermain air di pinggiran. Mengikut kawan-kawan aku yang belajar sukan, 30 minit pertama membuat aktiviti kardiovaskular hanya mampu membakar karbohidrat. Selepas 30 minit barulah lemak akan terbakar. (note: aktiviti kardiovaskular tu macam berenang, jogging, berbasikal gituh)

Tapi, yang membuatkan susah untuk kurus dengan berenang ialah..Jeng..jeng..jeng.. Masalah utama berenang: Lepas berenang selalu lapar tahap gaban. Betul tak? Lepas tu nak melantak KFC dua bucket. Haaaa.. Mana lah tak dapat nak kurus? Yeah! mengikut hasil bacaan aku, nafsu nak makan lepas berenang tu memang akan membuak-buak sekaligus membuatkan susah untuk kuruskan badan dengan cara berenang.Sebabnya tenaga kita banyak digunakan sebagai haba untuk tahan dengan suhu air masa kita berenang.Sebab tu lah lepas berenang rasa lapar gila.

So, kalau nak kurus dengan cara berenang, first kena buat laps bukan sekadar bermain air di pinggiran. Second, lepas swim jangan makan berat!Tapi sebelum swim jangan biar perut kosong. Kita perlukan tenaga untuk berenang.

Kalau orang kata swimming boleh buat badan jadi cantik, errr..aku rasa, aku agak setuju. Eh, bukan lah pulak nak kata body aku lawa doh.sumpah tak. Tapi sebab swimming akan buatkan bahu korang akan lebih terbentuk (V Shape), pinggul lebih lentik.Aww~ tapi lelaki tak lentik lah weh. Lelaki, bahu dan dada akan jadi bidang. Mungkin pondan suka lah kot kalau pinggul jadi lentik Erk!! Tapi bentuk badan juga bergantung kepada genetik kamu. So kalau genetik kamu berbadan seperti Amy Mastura berenang macam mana pun bukan mudah nak dapat body macam J.Lo. (perumpamaan yang aku sendiri kurang pasti.hihi).

Oh lagi satu berenang ni buatkan postur badan jadi tegak, takde nak bongkok-bongkok. Sangat bagus bagi mereka yang nak membaiki postur tubuh badan. Ohya, swimming pun bagi ketenangan jugak bagi aku. =)

Susah nak jumpa swimmer yang badan slim. I mean betul-betul slim kerempeng macam model. Sebab rata-rata badan swimmer biasanya toned. Aku pernah seminggu straight hari-hari berenang sebab nak kuruskan badan. Baru seminggu kawan aku tegur "eh apesal badan kau nampak kurus sikit & nampak macam keras semacam? kau swim banyak eh?" huuuu..obvious sangat ke? so memandangkan I perempuan I taknak lah jadi kakak sasa sangat. Berenang untuk kesihatan tu bolehlah dan memang sangat setuju. Dulu aku lelah teruk. Lepas aktif dengan swimming, dah susah nak kena serang lelah.

Above: Not a swimmer's body at all. 

 

Swimmers body.Nampak sasa kan? Tapi perenang tegar je ada body macam ni.Yang selalu praktis setiap hari sekurang-kurangnya 3 jam. Aku sejam je bolehlah. Seminggu sekali. Harharhar..


p/s: sekarang disebabkan selalu busy dengan kerja, aku cuma dapat berenang pada hujung minggu aje. Tujuan utama bukanlah sebab nak kuruskan badan, tu macam sampingan je. Ianya lebih kepada jaga kesihatan. Risau tau sekarang banyak penyakit melanda. So dari muda lah kena jaga kesihatan. Lepas swim memang penat, tapi esoknya rasa sangat bertenaga, sedap badan macam baru lepas diurut *hiperbola*, rasa fresh dan cergas. =) oleh itu, marilah bersukan untuk kesihatan!!! Nak belajar dengan aku pun boleh. haha. Tapi untuk girls ajelaaaa.. ;p

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...