Saturday, August 17, 2013

Europe Trip- Day 2 Florence, Italy

Hari kedua trip ni, dari Rome kami bergerak ke Florence. (masih dalam Italy). Disebabkan macam tak berapa puas berjalan area Rome hari sebelumnya, maka kami pun menggunakan tiket entrance yang boleh digunakan selama dua hari tu untuk berjalan lagi sekitar kawasan sekeliling Colloseum ni. Cuaca memang panas, sangat terik. Tengoklah langit, tak nampak awan pun. Balik dari Europe trip aku memang sunburn. Pastu balik UK pun memang sambung sunburn sebab summer. Balik Malaysia memang harapan ah nak kulit cerah sikit kononnya duk kat England kan. Puii! Takde makna..

Tiga orang bestfriend dari zaman undergrad UiTM. Skirt pun sama. Hahaha..

 Jam matahari ke? 


 Saat-saat terakhir nak meninggalkan Colloseum. Sobs..sobs..sobs.. Takpe, nanti ada rezeki datang lagi sini. *bila dah kaya sikit lah.Amin..*

Sebelum gerak ke Florence, kami singgah Vatican City pula. Vatican City ni, walaupun dia dalam Italy, tapi ia merupakan satu state yang berasingan dengan Italy. Sebab Vatican City ni ditadbir oleh Pope. 


Selepas ronda-ronda sampai dalam 12 tengahari, kami pun memulakan perjalanan ke Florence pula. Tapi kami tidak bermalam di Florence. Sekadar persinggahan sebab dengar-dengarnya Florence famous dengan barangan kulit. Nak pergi "Mercato San Lorenzo" market.


Dari Rome ke Florence mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai. 



Ini lah market yang digembar gemburkan ituh.
Barang-barang dia memang best! Sebab aku ni lately memang berminat dengan barangan leather sebab tahan lama, tapi Ya Allah, terpaksa menggigil tahan nafsu membeli. Sebabnya naik flight takde check in luggage. Boleh bawak satu hand luggage je untuk check in & saiz luggage tak boleh lebih dari yang ditetapkan makanya tak boleh beli barang banyak..  ='(  sho shaad..





Sempatlah membeli satu beg kulit yang kecil muat masuk back pack naik flight nanti.. Happy sikit
T__T ada sinar harapan beli souvenir kat sini.

Suka sangat Italy sebab bersih tempat dia. (aku rasa bandar besar yang famous memang bersih, kalau naik underground masih kotor)  Kalau lalu kat lorong belakang bangunan pun rasa confuse.
"eh ni facade depan ke belakang?" cam cantik je. Plus, aku suka sebab aku perasan Italy ni, dia tak expose servis longkang diorang. Nampak jalan tu clean aje. Bezanya dengan kalau kat Malaysia, kalau lorong belakang bangunan kan mentang-mentanglah tu lorong belakang, abes kotor, busuk dengan exposed longkangs, exposed compressor air-cond lagi. Aku sejujurnya rasa c'mon Malaysia yang ku chenta, you can do bettahh!

Ohya, market ni berdekatan dengan Florence Cathedral: Basilica di Santa Maria del Fiore


Awesome gilaaa details bangunan ni walaupun bangunan ni dah lama.
Didirikan pada tahun 1296, siap tahun 1436. Haaa kira berapa ratus tahun.
Terlalu impress sampai siap sentuh, pegang bangunan ni.


T__T

Bye-bye Florence.
See you again insyaAllah..

5 comments:

  1. tersenyum saya sorang2 bila tengok gambar2 tu. memang bertuah dapat tengok tempat orang lagi2 banyak bangunan cantik2 macam tu

    ReplyDelete
  2. Mak aihhh cantik nye Europe. Lama betul tak lawat blog Sophie ni hehe

    ReplyDelete
  3. amboi..bestnya berjalan..ni bila nak jumpa ni?dah ada kat Malaysia kan?huhu

    ReplyDelete
  4. Nurdani:
    InsyaAllah dani murah rezeki ni..mampu pergi sini satu hari nanti. Amin..

    Hafizah Ayu:
    Eh mestilah best. Mana boleh tak best. ;p

    Faizal n Fashitah:
    Memang sangat cantik pun.. Yela, saye pun jarang update dah sekarang..

    Airaniez Wirdani:
    Sorry kak tak sempat jumpa.. ;(

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...