Friday, December 6, 2013

Random Me #1- Pertama Kali

Okaylah, meh aku buat satu confession. Sebenarnya..aku tak pernah pergi konsert seumur hidup aku.haaa.. Entah, aku pun tak tau kenapa.

Tapi, haritu housemate aku ajak pergi tengok konsert untuk charity. Pulak tu ada Maher Zain. Aku memang suka lagu Maher Zain. Menusuk kalbu kot.

Masa tu kerisauan aku ialah waktu solat sebab bertembung dengan solat Maghrib. Aku macam..Hurmm, nanti nak solat kat mana oh? Kat UK ni bukan jenis pesyen ada surau di mana-mana. Lepas tu kan, aku tengok, rupanya orang awam solat je dalam dewan tu. Yang perempuan pulak, ada ruang tersorok sikit. Yang mudahnya, kat UK ni orang tak pakai telekung sangat. Yang solat tu biasanya pakaian mereka dah memang menutup aurat.


Oh sebenarnya ada satu insiden waktu konsert ni. Sebelum aku masuk dewan ni, beratur memang panjang. Lepas tu depan aku ada satu family ni, ibu dengan anak lelaki umur dalam 7 tahun kot. Anak dia, comel sangat. Beriya benar sebab nak jumpa Maher Zain. (Sebenarnya aku lagiiilah beriya kot..abam Maher Zain kot!! tapi aku kontrol cool.lol)

Aku senyum je tengok keletah budak-budak depan aku. Ala, macam tetiba nak rindu family aku pulak kehn..Time ni lah kehnn..Sobss! Lepas tu, dalam dewan ni ada ruang beli makanan. Aku lapar, aku beratur lah. Sekali aku perasan orang yang beratur belakang aku ialah budak & ibu yang beratur depan aku sebelum masuk dewan. Budak tu mengadu lapar kat mak dia. Aku senyum jela. Lepas tu, MC announce acara dah nak mula. Budak tadi ni, dia kan eksaited gila nak tengok Maher Zain mengalahkan aku, so dia tarik tangan mak dia nak duduk kat tempat diorang. Aku macam "wehh..Maher Zain keluar mesti last-last kot..kesiannya budak ni.tadi dia lapar.."

So, tanpa mengetahui mana seat diorang dalam dewan yang besar, dipenuhi kerusi dan agak gelap tuh, aku pun membeli lebih sikit makanan dan air mineral. Tujuan aku, takpe aku akan cari budak tuh dan ibu dia. Memanglah, jenuh betul aku mencari. Pusing sini pusing sana, setiap baris kerusi aku scan..eh mana pulak diorang ni. Orang pun pandang aku pelik. Yelah, diorang nak tengok Maher Zain kot bukan Sophie Al-Yahya, puhleezz~

Sebelum aku putus asa, aku pasang niat dalam hati. Niat aku nak sedekah sebab aku time tu memang ada tekanan sedikit jadi aku harap dengan sedekah dapat bagi aku sedikit ketenangan. Aku berniat, kalau makanan ni memang rezeki budak tu dan ibunya, aku harap tolonglah, bagi aku jumpa diorang. Pleaseee.. 

Lepas tu aku toleh kiri. Yes! Dari jauh aku nampak budak tu dan ibunya. Aku berjalan ke arah mereka dengan rasa happy. Aku hulur pada si ibu makanan tu. Dia beriya nak bayar balik. Aku cakap takpe, tu rezeki dia. Dia insist nak bayar juga. Aku kata takpe, kalau dia nak bayar, masukkan je dalam tabung charity concert ni. Pastu dia cakap thank you dengan mata bersinar-sinar. Aku pun macam..waahhh..kelegaan apakah ini??

Sebenarnya seat aku agak dekat juga dengan pentas. Nasib baik datang awal. Free seating. Beratur pun depan-depan sikit. Lepas tu kan..lepas tu kan.. Haihhh.. Cairnyaaa tengok Maher Zain T__T
Sebenarnya dia tak pandang exactly kat aku pun lah. Tapi bila dia pandang ke arah penonton area aku, aku terasa macam dia pandang tepat ke arah aku. Awww~ nak nak pula lagu For The Rest Of My Life pulak.. Tak ke macam di awang-awangan dah tu as if dia nyanyi kat aku? eee over betullah perempuan ni. Baru aku faham kenapa orang boleh menangis kalau pergi konsert. Haha..

*Abam Maher Zain sila datang Birm lagi!!*

Sebenarnya penyanyi lain pun best. Banyak nasyid dalam English diorang nyanyikan. Raef dengan Harris J. Pastu Omar Regan tu comedian tau. Ya Allah lawak dia, lawak islamik tapi aku rasa happy gila dengar dia buat lawak. Adoii aku gelak sampai keluar air mata. Bahagia benor. Gaya dia macam Chris Tucker dalam Rush Hour dengan Eddie Murphy masa jadi Donkey dalam cerita Shrek. Takpun macam adik beradik Wayans dalam White Chicks.. So faham-faham jelah orang kulit hitam buat lawak tapi lawak islamik.

Soo..aku rasa happy malam tu. Sekali sekala kan nak release stress. Nak-nak dengar nasyid pulak. Memang kena lah! 

p/s: Ok entri ni takde unsur riak ke apa especially part aku cerita pasal belanja makanan kat budak tu & mak dia. Just nak berkongsi pengalaman & apa yang membuatkan hati aku rasa gumbira & terisi malam tuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...