Monday, December 29, 2014

Jam Fossil Wanita Murah (Boxing Day). Beli Sambil Menderma

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum para pembaca..

Saya percaya bukan saya sahaja yang terasa dengan kejadian banjir yang berlaku di negara kita ditambah pula dengan kehilangan pesawat Air Asia baru-baru ini. Sungguh, hati ni rasa sebak. Walaupun berada jauh di UK tapi tak bermakna saya sekadar enjoy di sini. Apa lah maknanya pergi travel & berboxing day sedangkan orang kita sendiri dilanda musibah. Saya tak sampai hati nak enjoy lebih-lebih. Tak tahu kenapa. Bila tengok gambar, rakaman video, mata senang betul berair.

Jadi haritu boxing day sehari lepas Christmas saya telah ke outlet dan ada jam Fossil yang dijual murah. Saya beli few untuk dijual kembali. Kononnya nak make profit. Tapi ada orang yang lebih memerlukan. Jadi saya nak share jika ada pembaca yang berminat nak membeli. Sebahagian dari hasil jualan saya akan sumbangkan pada mangsa banjir. InsyaAllah, saya seorang yang jujur. Peace!!

So jam-jam ini (jika ada pembeli) akan dihantar (shipping) pada 16 Januari 2015, akan ambil masa 4-8 minggu untuk sampai ke rumah anda. Tapi, jika nak sampai lebih cepat dalam 1-2 minggu hari bekerja, additional RM50. Ni je design pada saya yang tinggal.

Berikut adalah jam yang ada:

Item: 01
Harga: RM280 (termasuk postage)
Tali:jenis leather, halus, lebar bersaiz 8mm
warna tali: fuchsia




SOLD OUT!


Item 02:
Harga: RM280 (termasuk postage)
Tali:jenis leather, lebar bersaiz 20mm/2cm
warna tali: merah

Sesuai dengan imej gadis lasak/sporty




Item 03 (sama design dengan item 02) 
Harga: RM280 (termasuk postage)
Tali: jenis leather, lebar bersaiz 20mm/2cm
warna tali: hitam

Sesuai dengan imej gadis lasak/sporty

SOLD OUT!




Item 04:
Harga: RM190 (termasuk postage)
Note: Item ni baru perasan ada defect sikit sobs tapi tak perasan pun sebenarnya. Jadi dijual dengan harga jauh lebih murah.
Lebar tali: 12mm/1.2cm




Tali jenis boleh detach. Warna muka pink lembut. Design sweet.


Item 05:
Harga: RM260(termasuk postage)
Note: Item ni sama macam item 04 di atas, tali boleh detach sendiri tak payah pergi kedai pun boleh.
Lebar tali: 15mm/1.5cm

SOLD OUT!

Nampak tak original price worth almost RM600. Pen merah harga lepas discount pun nak dekat RM350. Tapi sebab Boxing Day, dapat lagi murah. Dan sudah tentulah, jam Fossil ni ikutkan harga asal dalam RM350 keatas kan biasanya. 




Jadi kepada sesiapa yang berminat, bolehlah email saya di sophiealyahya@gmail.com
Serious buyer only. Main-main saya takde masa okay. Plus, kalau rasa gambar tak cukup ke & nak lebih gambar or details, just ask me, email me. Saya tak garang, janganlah risau.kikiki..

Membeli sambil menderma. Cioww..

*disebabkan lama tak update blog, so share satu gambar latest di Snowdonia. Cantik tempat ni*
dah nak hujung tahun. dah nak 5 tahun juga saya berbelog. =) terima kasih pengunjung walaupun saya dah jarang update. Kadang rasa nak tutup je blog ni tapi sayang T__T ..banyak kenangan.

Kbai.. jangan lupa email bagi yang berminat. First come first serve okay. 








Wednesday, September 24, 2014

Kesedihan Yang Geng Kita Je Paham!


Sedih tau bila hilang spec yang paling kita sayang & selesa pakai! 
Dahla nak buat sepek mahal kat UK. Check mata je dah £20. Kat Malaysia percuma je kan? Sebab tu jangan percaya kalau orang kata mana ada benda percuma sekarang ni. Bohong.
Dahla tak suka pakai contact lens.
Dahla..
Dahlaa..
Aku sedih. 

Tak sangka sempat bergambar kenangan denganmu sepek. Sobs!! RIP spec. 

p/s: Mungkin orang yang berkaca mata sahaja yang paham perasaan camni. 



Tuesday, September 23, 2014

Sendiri

Korang, selalu berjalan kemana berseorangan?

Aku? selalu sangat.

Harap Mama tak lah risaukan aku sangat. Setiap kali aku call Mama aku, dia mesti tanya aku kat mana. Kalau kat luar, mesti tanya dengan siapa. Waktu ni aku akan rasa serba salah. Sebab kalau cakap aku tengah jalan sorang-sorang, mesti dia risau. Dan bila dia risau dan mula membebel, aku akan rasa macam hmmm.. (-__-') silap timing pulak call Mama. Orang call nak tanya khabar, dibalasnya pula dengan leteran. Sampai satu tahap aku rasa nak record je leteran mak aku untuk dijadikan alarm bangun solat Subuh. Mesti lebih berkesan daripada biasa. (tapi kadang rindu juga dengar leteran seorang ibu. Hahahah..)

Jadi di kebanyakan masa aku akan call Mama bila aku ada di rumah.
Dengan cara tu aku taklah rasa bersalah nak kena bagi reasons kenapa jalan sorang-sorang.
Sebenarnya bukan Mama aje yang suka question kenapa jalan sorang-sorang.
Orang lain pun suka bertanya. Jawapannya mudah.

Bila aku nak keluar, aku tak suka minta orang teman. Minta dan tanya tu berbeza.

Contoh:
1. Wey aku nak keluar pergi city. Teman jom!
2. Wey aku nak pergi city lah. Kau nak join?

Jadi selalunya aku prefer bagi soalan kedua. Sebab soalan pertama lebih kepada mengajak/memaksa & aku pun tak suka orang rasa kesian tengok aku pergi sorang-sorang.

Kadang-kadang ada juga terserempak dengan Malaysian. Borak-borak jap then dia macam terkejut "Eh, you jalan sorang kat sini? okay tak?"

Atau ada satu insiden aku jumpa kawan lelaki nak pass barang then dia nak teman jalan kat city sebab dia macam risau aku jalan sorang. Aww so protective I like.. Tapi pastu aku pulak rasa weird sebab kalau kau nak usha barang macam La Senza tu tak ke rasa krik krik krikkk? zzZZZZzzz...

Aku dah few years being single sebab tu selalu jalan sorang. & the thing is, I am enjoying every bit of my life while being single. Sebab bila jalan sorang aku akan ada banyak masa nak fikir pasal aku, future plan, my hopes and vision yang aku nak accomplish dalam hidup ni. Then bila single & belum ada the other half aku tak perlu fikir pasal nak jaga hati orang yang belum pasti akan jadi husband aku. Ringan beban hati, kan? Nak travel pun happy sebab belum ada commitment. Hehehe.. Lagi satu aku suka sebab bila kita kurang attach dengan orang & kebendaan, kita punya tendency untuk attach dengan Tuhan tu makin tinggi. (Yasmin Mogahed, 2012) ---> sempat acah-acah quote ala thesis. Mende kau ni Sophie suka main-main..

Teringat ada ceramah sorang prof ni, katanya bila kita sendirian di perantauan, itulah masa yang paling sesuai untuk bina jati diri, bina critical thinking gituh. Aku setuju dengan pesanan beliau.

Cuma,
aku teringat sesuatu.
Dulu masa aku study di UiTM, ada seorang pelajar perempuan international dari Iran. Dia selalu jalan sorang-sorang. Kitorang yang girls ni selalu tanya dia tak takut ke? Sebab kita as Malaysian pun tahu kadar jenayah kat Malaysia tu macam mana.
Tapi simple je dia jawab.. "God is with me.." sambil senyum..

Sekarang ni, aku lihat diri aku seperti berada di tempat dia yang dulu.. selalu jalan sendiri.. tipulah kalau aku kata aku tak takut. Kadang tu risau jugak. Tapi ayat kawan Iranian aku tu selalu berlegar-legar dalam kepala aku.

"God is with me.."

Kemudian aku pula yang senyum..

Di belakang ittuw bukan La Senza. Jangan pervert please. 

Satu benda jela yang paling tak best bila jalan sorang. Takde orang nak tangkapkan gambar ittew. Nak selfie cam weird pulak perasaan itu. Ahaks.!


Saturday, September 20, 2014

Rezeki Selain Duit

Korang pernah tak rasa kadang-kadang duit masuk setiap bulan tapi apesal tak dapat saving ni?

Korang pernah tak rasa kadang-kadang duit macam takda tapi kenapa aku cukup je makan ni siap bertambah-tambah lemak nih?

Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku sendiri yang membuatkan aku sampai seru untuk menulis. Jadi serulah aku selalu kalau nak aku post entri. Heheh..

Al kisahnya sewaktu nak balik Malaysia untuk bercuti, waktu tu pula lah debit card aku expired. Tinggal di UK ni, memang dah terbiasa tak letak cash banyak dalam purse. Sebab dah biasa beli barang guna debit card. Jadi bila kad tamat tempoh, aku tak dapat nak keluarkan duit di ATM. Bila call bank, katanya kad baru dah dihantar & aku diminta tunggu lagi beberapa hari. Dah nak seminggu pun tak sampai lagi. Aku pergi bank terus. Diminta pula tunggu lagi seminggu untuk buat kad baru. Hampa. Sebab waktu tu lusanya nak pulang ke Malaysia. Hampa. Dalam purse ada lah dalam £20. 

Masa tu dah fikir, eh nak pergi airport nanti beg berat, mana larat nak angkut naik bus then ambil train? nak naik taxi ada dalam £20 gak. Takpelah redha jela if kena naik bas & train. Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum tu aku dihubungi seorang abang ni, rupanya dia bekas jiran aku. Mak dia baik lah dengan mak aku. Dulu-dulu siap pergi dinner kat rumah abang ni. tehehehee.. Rupanya juga, dia tahu aku berbelog.. ;') malu ittew kantoi. Waktu tu Abang Suria & isterinya offer nak hantarkan ke airport sebab dah lama sangat tak jumpa. Bersyukur sangat ada orang nak tolong hantar di saat memerlukan. Sebab aku ni memang jenis malu sikit nak mintak tolong orang.. 

Lepas tu, nak dah sampai airport ni ada pula masalah lain. Aku ni sepatutnya fly sorang je takde teman tapi entah kenapa ada sorang kawan ni nak balik sesama pulak. Dalam hati dah macam "alaaaa, baru nak fefeeling balik sorang kot jumpa jodoh duduk seat sebelah." ehh! So aku cool jela. Nak dijadikan cerita, luggage aku excess dalam 5kg camtu. Ciss! aku salah timbang ni masa kat rumah. Muka dah cuak, ala barang apa pulak aku nak keluarkan ni? Banyak nak bagi orang ni. Last-last baju sendiri yang kena keluarkan & letak dalam beg kecik yang patutnya buat hand luggage. Jadi hikmahnya kenapa daripada aku ni nak travel balik seorang tetiba ada orang nak hantarkan & ada teman fly sama-sama ialah:
Aku gelabah sangat bila kena keluarkan barang sebab tak pernah beg aku excess kot. So Abang Suria ni lah yang cool tolong uruskan aku & barang-barang nak unpack balik. Macam abang-abang sangat. Tengkiuu!! Lepas tu dengan adanya kawan yang nak balik sekali ni, ada kawan aku yang lain tolong hantar dia & duduk dekat dengan rumah aku. Jadi minta tolong dia bawakan balik la barang aku yang terlebih tu. Haaa, dipermudahkan lagi sekali. Alhamdulillah.. dah nampak hikmah dah kenapa ada orang nak ikut balik sama-sama. Lupakan jumpa jodoh duduk seat sebelah tu. Hehe..sebab yang duduk sebelah aku couple baru kahwin nak gi honeymoon. Pfft!! Member aku seat jauh sikit. Tapi best lah kan ada kawan time travel. Boleh borak.

Jalan aku yang dipermudahkan tak habis disitu aje. Waktu transit di Dubai, aku rasa nak demam. Aku selsema asyik bersin aje. Aku lepak di surau, rehatkan badan. Tapi asyik bersin. Aku fikir, nak beli ubat ke tak ni? Jap lagi nak depart balik ke KL. Duit Riyadh mana lah aku ada. Boleh guna pound sterling tapi sayangnyaaa!! Plus tinggal  £10 sebab dah balut beg check in kena  £10. Aku fikir, ah takpelah, beli jela ubat. Kang habis satu pesawat jangkit virus aku. Baru aku nak berdiri, ada sorang mak cik India ni tegur aku. Dia tanya if aku perlukan ubat (ceh cam tahu-tahu je.Ke sebab aku bersin banyak? ke sebab muka dah merah?) Ibarat seorang anak yang akur kepada ibunya, aku pergi kat makcik tu, dia keluarkan ubat dari beg dia. Dia kata "don't worry, I'm a doctor"  Haaa.. terharunyaaa!! T___T dipermudahkan lagi sekali. Ya Allah..bersyukur sangat tak tahu nak kata apa. Tak payah gi farmasi doctor dah depan mata.

Lepas tu, kan aku kata, debit card aku expired? & by the time kad baru sampai rumah kat Birm pun aku dah selamat sampai kat Malaysia. Jadi duduk kat Malaysia ni, aku dengan duit pound ada  £10 ni boleh survive lama pula dengan rezeki yang Alhamdulillah.. duit ringgit pula memang aku simpan dalam purse berbeza. Jarang la kena keluar duit. Tak, aku memang tak mintak duit kat parents jugak. Tapi yang lagi terharu tu sebab ramai kawan-kawan & family members belanja sepanjang aku balik Malaysia. Ada nak dekat 10 orang kot within a month plus?? Hai memang tak boleh merungut lah kalau badan naik. (-_-') Rezeki lagi..

Masa aku nak fly balik ke UK, sehari sebelum tu aku pergilah beli barang nak bawa balik. Aku usha telekung travel yang kecik yang senang masuk beg tu. Nak beli ke tak nak? beli ke taknak? Hmm.. takpelah tak payah lah beli. Jimat duit. Lepas tu masa aku kat KLIA, ada kawan yang datang nak hantar. Study buddy aku Nadhirah datang sebab mungkin tak sempat jumpa dah, dia nak sambung PhD kat Jepun. Dia pass aku satu beg macam goodie bag. Gifts untuk aku katanya. Aku pun excited lah wah dapat hadiah? Sekali tengok ada telekung travel warna mint green. Aku macam.. apa ni?? Mana you tahu semalam I nak telekung travel? Terharu tahap apa dah ni. wuwuwu.. Lagi sekali aku rasa bersyukur. Tak, takde sapa tahu aku nak telekung travel. Dia tergerak hati nak belikan untuk aku. =)

Rupanya tak sampai disitu aje Allah bagi aku rezeki walau bukan dalam bentuk wang ringgit. Bila umur makin meningkat ni, perasaan nak saving tu turut makin meningkat. (ehem, biasalah cita-cita nak jadi millionaire lepas baca buku Adam Khoo.Ahaks!) Baru-baru ni aku nak hantar kawan aku ke airport London Heathrow. Aku berkira-kira, nak hantar ke tak sebab tiket train bukanlah murah sangat. Tapi aku pergi juga. Dapatlah murah sikit dari biasa. Dalam  £14 return tiket. Flight kawan aku pukul 10pm. Train yang ada untuk pulang ialah train paling last dari London Euston ke Birmingham. Pukul 11.30pm. Kalau aku terlepas, aku serius tak tahu nak tidur mana. Rumah makcik aku ada lah tapi by the time nak naik train nak gi rumah dia pun dah tutup. Jadi waktu aku nak naik train pukul 11.30pm tu aku ditahan dari masuk. Katanya ticket aku tak valid untuk train tu. Lain company. Kalau nak naik gak kena bayar lagi  £20. untuk one way?? Mahal sangat kot bagi aku yang nak saving ni. Nanti sampai Birm pukul 1 lebih bas pun takde dah, kena bayar taxi dalam  £8 pulak.Aku mundar mandir fikir rumah kawan mana yang aku boleh stay. Waktu tu dahla penat sangat kot travel dari pagi berjalan. Muka dah sedih. Then ada sorang pakcik ala Pakistani British ni datang mendekati aku. Ada dalam baya ayah aku kot. Dia pekerja train tu.Dia tanya kenapa? Apa masalah aku? (wah muka aku kronik sangat ke macam bermasalah?). Aku explain la situation aku. Dia pun ambil tiket aku dan pergi ke arah pekerja-pekerja lain & macam bincang something dengan diorang. Aku masih menunggu panggilan kawan aku sebab nak tanya if aku boleh stay rumah dia incase tak dapat balik Birm malam tu. Aku tengok pak cik tadi pegang je tiket aku. Aku rasa macam.. "sudahlah saya tak dibenarkan naik train, kenapakah pakcik nak ambil tiket saya pula ni?? sobss.." Selepas pakcik tu berbincang dengan pekerja-pekerja dia (aku rasa pakcik tu macam ketua bahagian tu ke apa) dia datang pada aku & kata this time dia benarkan aku naik train. Next time, make sure beli tiket company yang betul. Memang confusing sikit train kat sini nak beli kena ikut company. Masa dia bagi aku masuk tu, pekerja dia yang lain bagitahu aku patut berterima kasih kat pakcik tu. (sebab dia ketua kot). Aku terus sebut Alhamdulillah.. Faham tak perasaan bila kau sorang perempuan, nak travel balik dah nak dekat midnight, yang kalau kat Malaysia boleh kena rotan ni dengan mak. Plus takut if tak dapat balik taktahu nak lepak mana sorang-sorang. Plus mat salleh ni kalau midnight je suka mabuk-mabuk then kacau orang. Heeee.. lagi scary dari hantu.

Waktu terjelepuk duduk kepenatan tunggu train aku kat terminal mana. 
Location: London Euston Station.


Lepas je aku dibenarkan masuk train, aku pandang pakcik tu dengan mata dah berair. Allah bless you. Aku kata. Waktu kaki melangkah nak masuk train.. aku yang susah nak menangis ni mengalir air mata aku. Sebab terlalu terharu dengan kebesaran-Nya. Sebenarnya lately aku cuba ikut pesan mak aku buat solat sunat dhuha untuk murah rezeki. Aku cuba ikut, plus selalu doa lepas solat minta jalan aku dipermudahkan walau dimana aku berada sebab aku tahu, aku selalu jalan sorang. Aku terus ingat Allah yang Maha pemurah. Sebab selalu murahkan rezeki aku, walau bukan dengan duit. Tapi selalu jalan hidup aku dipermudahkan bila sesuatu yang buruk jadi. Aku macam speechless. Rasa macam huwaaaa.. aku ni makhluk yang hina, banyak buat dosa tapi Allah tetap bagi apa yang aku perlukan..why? why?.. rasa malu kan.. Oh selain tu, aku cuba banyakkan bersedekah. Lagi aku rasa aku tengah kesempitan duit, lagi aku cuba bersedekah. Nampak je tabung untuk anak yatim ke apa, aku masukkan duit. Tak perlu banyak pun. Asalkan ikhlas. Sehari sebelum aku dapat telekung travel tu aku teringat aku ada masukkan duit dalam tabung anak yatim dengan tabung bencana alam.

p/s: Aku tak tahulah life korang macam mana. Tapi bila cakap pasal hidup dipermudahkan jalan ni, wallahualam kenapa? Adakah sebab memang Allah nak bagi? Ke sebab doa ibu? mak aku yang selalu doakan anak dara dia di perantauan ni? Ke sebab doa aku sendiri juga? Cuma aku ada satu prinsip jugak. Aku percaya kalau kita tolong orang, permudahkan kesusahan orang..nanti urusan kita pun dipermudahkan. Prinsip aku, selagi boleh tolong aku tolong. Dengan syarat, aku mampu. Kadang pun tak mampu.Tak kisahla tolong dari segi apa. Kalau dari segi blogging ni selalunya aku cuba share apa yang orang nak tahu pasal studies, reply orang email walau kadang soalan macam &*%#@ sakit jiwa gak la nak menjawabnya. Cuma kadang bila pembaca reply balik email yang aku reply & mereka katakan "saya doakan hidup akak dipermudahkan & berjaya" tu aku macam..hmmm..harap doa tu memang betul doa & ianya makbul. Wallahualam.. Kalau jalan hidup korang banyak sangat masalah bersimpang siur gituh, cuba tanya diri balik, rajin tak sedekah?

*dalam London tube* 
Tengok abam sebelah ni acah-acah malu lettew..


Be positive. Positivity will come to you. Law of attraction. 

Setiap hari nak improve diri sendiri. 


Wednesday, August 6, 2014

Persediaan Menjadi Pelajar Senibina

Aku selalu terima soalan dari adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang senibina ni. Seperti biasa, nak menulis dengan penuh dedikasi & keikhlasan juga memerlukan mood yang best. Baru boleh tulis. Tambahan pula dah lama tak menulis entri baru jadi feeling yang kurr kurr gituh bila nak start menulis balik.

Aku agak kagum juga lah dengan budak-budak yang tak putus asa tanya aku macam-macam soalan walaupun tak semuanya aku jawab. (see, kalau aku reply tu tanda korang agak lucky? ucap Alhamdulillah,cepat!). Jadi apa soalan yang aku selalu dapat berkenaan persediaan menjadi seorang pelajar senibina?

Kak Sophie,

1) Nak prepare barang apa ni nak masuk belajar?
2) Berapa budget untuk belajar course ni? orang kata mahal.
3) Perlu laptop tak?
4) Software apa nak belajar?
5) Macam mana cara belajar budak architecture ni? Orang kata asyik busy, selalu tak mandi, selalu tak tidur. Betulkah Kak Sophie yang kiut?

Maka mari kita bincangkan serba sedikit apa yang anda perlu bersedia sebenarnya. First of all, aku akan banyak refer dari cara belajar di UiTM sebab aku belajar situ so mohon sangat jangan tanya kalau belajar kat UiA camane? kat UTM camne? Poli camne? belasah nak?

Menjawab persoalan:

1) Nak prepare barang apa ni nak masuk belajar?
Hurm, kalau anda masuk dari sem 1, biasanya tahun pertama ni banyak melukis, sekarang silibus agak berbeza dengan zaman aku belajar dulu tapi taklah terlalu berbeza. Basically tahun pertama banyak melukis. Lukisan organik, geometrical ke, pergi melukis old shop houses ke. Tahun pertama juga belajar drafting dan dah mula kena design tapi bukan design bangunan la. Kalau nak tengok drawings aku yang lama bolehlah refer link ini:

Lukisan hitam & putih
Lukisan Berwarna

Oh dan juga kena buat model dah. Tapi hendaklah diingatkan, jika anda baru tahun pertama, gunakanlah tahun itu dengan baik sebab tahun pertama ni macam foundation tau. Jadi foundation tu kenalah strong okay. Jadi anda memerlukan bahan melukis yang basic seperti:

-pensel melukis


Dari dulu memang dah biasa pakai brand Faber Castell yang ada banyak gred dari hard pencils to soft pencils. Dulu siap balut kotak dia dengan pembalut plastik sebab sayang harta benda. Maka sampai sem 8 guna kotak sama cuma pensel nya berganti.


-pen melukis (bukan ball pen)
Bila orang kata course architecture mahal, salah satunya sebab alat macam ni la. Contoh pen Faber Castell ni, sebatang rasanya ada dalam RM 5 atau RM6. kalau kita nak kumpul semua gred pen dari 0.1 hingga 4.0? Ini baru pen. Tapi, anda dinasihatkan menjaga peralatan anda dengan baik & penuh kasih sayang. Ni brand yang aku suka sebab kualiti dia. Pen di atas ni sesuai untuk drafting ala-ala lukisan kejuruteraan gituh. Lagi satu brand ialah Artline seperti di bawah. Ni lebih sesuai nak lukis secara freestyle. Tapi pen artline ni budak-budak archi memang suka guna (even aku guna sampai sekarang. dalam handbag atleast ada satu) selain untuk melukis, digunakan untuk menulis. We don't normally use ball pen. Ahaks! *belagak*



-kertas lukisan (saiz dan jenis bergantung kepada tutor awak),

-set water colour (bersama berus dan pallete). Tak perlu yang banyak warna. Sebab kita kena creative. Warna asas boleh create warna-warna lain jugak.

-portfolio bag
Bergantung kepada keperluan. Nak selamat beli saiz A1. Tapi berat. Aku tak suka sangat. Kalau tak beli dulu pun takpe. Bila rasa perlu baru beli. Sebab bag ni agak mahal & seingat aku, guna masa tahun pertama je. Tahun seterusnya drawings banyak yang gulung sebab besar.

-tube (guna hingga habis belajar)



Kalau pelajar medic ada coat putih, pelajar senibina ada sejenis bazooka. Teringat kalau bawa tube ni naik bas kat UK, orang selalu berminat sangat nak tahu apa benda yang aku bawa. Ada yang ingat teropong, ada yang ingat senjata ala bazooka. (Ada ke patut muka innocent camni ingat aku bawa senjata?) Tube ni untuk korang letak drawings yang bergulung. Nanti korang biasa lah dengan drawings yang bersaiz besar. Mana larat nak bawa portfolio bag. Jadi bawa bazooka ni je k. Senang boleh bawa masa naik motor, naik basikal ke. Yang perempuan pula kalau kena kacau ketuk je kepala orang tu dengan bazooka ni. Boleh jadi senjata ok..

-scale ruler
Ni memang alat keramat sampai jadi arkitek pun akan tetap guna scale ruler. Kalau takde boleh jadi stress. Aku lah tu yang stress kalau tak jumpa scale ruler aku.

-T-Square



Ni banyak guna masa nak buat drafting masa tahun pertama macam tu. Walaupun aku rasa bila meningkat tahun tak lah guna sangat, tapi ia memang sangat berguna untuk mendapatkan hasil lukisan yang umph. T-Square ni kena guna atas drafting table mahupun drafting board yang aku tak sure lah korang perlu ke tak. Dulu aku ada je beli tapi guna masa tahun pertama je.

-Triangle ruler
Ni adjustable triangle ruler
Triangle ruler.
Kegunaan dia satu set dengan T-Square. Budak lukisan kejuruteraan akan faham lah kenapa kan. Kalau bukan budak LK pun takpe. Saya pun bukan budak LK dulu. Untuk triangle ruler ni, ada 2 jenis. Adjustable dengan tak adjustable. Adjustable ni kita boleh pelbagaikan sudut dia bila melukis. Yang tak adjustable ni biasanya ada dua jenis. Iaitu sudut 45°- 45°ataupun yang 60°-30° 
dan jelas sekali yang adjustable lebih mahal.

untuk barang buat model pula (ni basic la, nanti korang akan lagi faham nak pakai material apa & perlukan equipment apa untuk memotong mahupun mengegam *bahasa apa ni?* material):
-pisau blade (bukan pisau cukur)
-pembaris besi
-cutting mat (kat Daiso ada jual cutting mat juga)
-gam (bergantung pada keadaan. UHU, gam gajah, etc)


-Tool Box

Aku jenis sayang barang & tak berapa gemar pinjam barang orang. Kalau orang pinjam barang aku takpe. Tapi kalau tak pulang balik.. Ittew rasa nak ketuk je tangan awak pakai bazooka ittew! So tool box ni penting untuk letak segala peralatan melukis/buat model dari sem 1 sampai lah sem 8. Ingat, barang bukan murah, jadi kenalah cermat okay.

2) Berapa budget untuk belajar course ni? orang kata mahal.
Soalan ni susah sangat untuk aku jawab. Takde amount yang exact. Ini bergantung kepada cara awak belajar & nak present drawing awak. Biasanya yang mahal tu bila printing. Selain peralatan melukis yang mahal di tahun pertama, tahun-tahun seterusnya banyak printing akan digunakan untuk present samada critique session ataupun submission. Jadi, contohnya kalau sekeping kertas saiz A1 printing berwarna tu dalam RM25-30, darab lah dengan berapa banyak kertas yang korang nak print untuk presentation. 10 keping ke.. jadi kalau dapat PTPTN janganlah berjoli ye. Makan pun ikatlah perut sikit. Tu dari segi printing. Dari segi nak buat model pula, kalau nak murah pakai board je. Sekeping ada lah dalam RM3.50 ke. Kalau awak nak pilih perspek, glass ke kan lagi mahal? Sebab tu lah Kak Sophie ini tak boleh bagi exact amount. Lagipun saya bukan budak account nak buat kira-kira secara precise.

3) Perlu laptop tak?
Perlu! Ini pun bergantung. Awak nak laptop ke nak computer? Kalau rajin duduk studio bolehlah pakai PC. Tapi tak berapa handy kan? Tapi aku tak galakkan student undergrad pakai IMac. Sebab mahal & tak menjamin yang design korang akan gempak. Berbelanja ikut kemampuan okay.

4)Software apa nak belajar?
Masa awal-awal nak berjinak ni bolehlah belajar guna AutoCad, Sketch Up, Adobe Photoshop.3 softwares ni paling basic la. Lepas tu bolehlah upgrade ke 3dMax ke, Rhino ke, Revit ke. Banyak lagi sebenarnya software yang even aku pun tak pernah guna. hehe.

5)Macam mana cara belajar budak architecture ni? 
Kalau study architecture dalam Malaysia ni. Huisyhh.. Boleh tahan juga kroniknya. Major subjek dalam course ni ialah design iaitu projek lah kan. Yang memang selalu tak buat tidur malam. Bukan sebab apa, tapi sebab kita ada subjek lain juga yang masing-masing ada exam, masing-masing ada assignment. Kalau takde subjek lain, kurang lah sikit kroniknya. Orang selalu ingat budak archi ni malas mandi. Itu bergantung lah pada orang. Seingat aku, aku ni rajin je mandi. Tapi bab busy & selalu tak cukup tidur tu memang iya. Tepat sekali, dua kali, sejuta kali tepat, no doubt.

-Studio
Setiap orang, berhak mendapat satu cubicle. Jadi ni based on first come first serve. Pilihlah kedudukan yang strategik dalam studio. Jadi dalam cubcile korang ni sukahati lah nak hias/susun camne pun. Yang aku tahu end of sem mesti sepah gak punya. heheh..


Ni contoh cubicle yang nampak betul-betul digunakan sebab banyak barang. Biasanya bawah meja tu jadi tempat tidur, bentang tikar ke apa, pastu cover dengan kain ala-ala langsir. Hahaha.. Rindunyaa studio life kat UiTM.

Ni contoh korang akan bergelumang dengan drawings besar-besar sampailah korang jadi arkitek. 

-Study group
Disebabkan student archi ni banyak habiskan masa untuk design, jadi subjek-subjek yang lain tu camne nak study? Biasanya budak archi suka buat study group. Aku pun sangat sarankan study group. Aku pernah try study sendiri dan study group. Ternyata ilmu bila dikongsi lagi cepat masuk. Plus, kita bukan macam budak course lain yang suka study sendiri-sendiri walaupun satu course. Kita takde masa yang banyak untuk spend study sendiri-sendiri ni. Jadi, kena lah study smart. Paling penting, JANGAN KEDEKUT ILMU. Siapa kedekut ilmu, trust me. Korang akan rugi in future. Kalau dah rajin duduk studio tu, study jela dengan budak-budak studio yang ada.


p/s: So, buat masa ni, ini part pertama yang saya dapat kongsi sebab banyak sangat request daripada budak-budak yang akan belajar dalam bidang senibina ni. Cuak ke dik? hehe. Chill je. Ni baru explain sikit. Banyak sebenarnya boleh dikongsi tetapi, korang doa jelah akak Sophie ni rajin nak menulis lagi. Haha. Oh btw, incase ada sesiapa yang memang study architecture di UiTM boleh lah tambah apa-apa lagi yang saya tertinggal okay. Kalau kita tolong orang, nanti Allah tolong kita balik. Proven in my life. Ahaks!

Yang pasal peralatan yang saya nyatakan di atas, tak perlulah beli semua terus. Tapi tu basically memang guna pun. Saya sarankan beli sikit-sikit. Lambat laun akan tahu juga apa yang diperlukan. Ingat, jimat cermat.Nak belajar sampai 8 sem tahuuuu..












Sunday, April 13, 2014

Jangan Percaya Pada Mata

Aku saja ambil masa nak menulis, sebenarnya tengah sibuk dengan drawings.

Harini aku nak membicarakan soal manusia.

Aku sedar, kita mudah sekali percaya dengan apa yang kita nampak.

Kita mudah rasa

"Wow, bestnya orang tuh. Bahagia betul dia dengan husband & anak-anak"
"Bestnya dia, huntunglaa anak orang kaya, semua nak dia dapat"
"Untungla muka cantik, semua orang nak ambil jadi model"

Kita terlalu kagum dengan orang sekeliling sedangkan apa yang kita nampak cuma surface sahaja dan kita terus menerus dengan kepercayaan kita hinggalah ada orang ibarat menampar kita atau tuan badan tu sendiri yang membuatkan kita sedar.

Kadang kita tak tahu,

Di sebalik seorang isteri yang kelihatan bahagia dengan suami dan anak-anak, tersimpan dalam arkib hidup dia betapa bertahun-tahun dia harus mengharungi hidup rumah tangga dengan suami yang tak bertanggungjawab. Manusia memang macam tu, baik memang nampak baik, tapi dari segi tanggungjawab? terkadang tu mentang-mentanglah isteri independent & pandai cari makan, suami terus lepas tangan. Nafkah zahir pun tak bagi, nafkah batin pun lemah. Sengsara tak perempuan tu kalau terpaksa hidup macam tu? Tapi kagum kan dengan senyuman yang dia mampu tunjukkan?

Kadang kita tak tahu,

Memanglah orang tu anak orang kaya, semua benda dia nak, dia dapat. Tapi dia dapat sebab? Parents busy. Jadi untuk parents tebus rasa bersalah tidak dapat bersama anak-anak dari kecil dah disogokkan dengan harta benda. Dalam hati anak, sebenarnya sunyi.. Jeles tengok orang lain tak kaya pun tapi family bahagia. Belum lagi family yang jenis kahwin campur atau ada adik beradik tiri, lagi rumit gamaknya kalau banyak konflik. Kaya, senang dapat apa yang dimahukan dari segi kewangan & harta benda tapi attention, kasih sayang, sama rata tu terlalu susah nak dapat dalam kes macam ni.

Kadang kita tak tahu,
Iya memang dia cantik, dia model, tapi dah tu je yang dia pandai, modeling.. tayang body, tayang muka. Tak pandai buat benda lain, takde kelayakan atau memang jenis dumb cuma berwajah cantik. Jadi itu sahaja sumber dia cari rezeki. Ingat senang ke? Tak jugak kan.. sebab satu hari nanti pun dia akan tua, muka kedut, itu kerisauannya.. Jadi time muda lah dia nak kumpul duit banyak-banyak.

Cara yang bagus untuk belajar tentang seseorang ialah belajar melalui kehidupannya yang berbeza dengan kau. Tak mungkin ada orang yang jalan hidup dia sama dengan kau. Ala-ala lebih kurang tu mungkin ada tapi SAMA tu tak mungkin. Banyak sangat kisah hidup orang yang aku kenal sebenarnya jauh berbeza dari sebenarnya yang mata aku nampak. In a way, ya itu menjadikan aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Kadang tu kita kena bergaul dengan orang pelbagai peringkat umur supaya kita dapat berfikir dengan lebih versatile. Kita boleh analyze pasal hidup setiap orang tapi tak perlulah nak judge atau letak hukum hakam.

K cukup 15 minit menulis. Sambung buat drawings.
Iya saya memang busy sebab tu jarang update blog dah. Sobs.. Bye.

Wednesday, February 26, 2014

Current Update: Take A Break

*Wicklow National Park (Ireland), salah satu tempat dalam scene movie P/S I Love You*

Tarikh kejadian : 22-25 February 2014

Kalau orang kat Malaysia tengok student overseas kan, mesti rasa macam best je kan? Mesti ingat asyik jalan jer, menghabiskan duit rakyat ke apa. Ingatlah juga pelajar overseas punya dugaan itu berbeza, cuma mereka lebih suka post gambar tempat best daripada meroyan post diorang stress ke sedih etc.haha. 

Beza tau kalau kau pergi tempat tu sekejap-sekejap berbanding harus tinggal di tempat itu untuk suatu tempoh. 

Dugaan yang perlu dilalui, suasana sekeliling berbeza, orang-orang yang okay tapi kurang cheerful seperti rakyat Malaysia, selalu jalan seorang-seorang sebab kau either memang suka layan jalan seorang atau takde orang nak teman atau tak suka susahkan orang lain dengan mengajak teman kemana-mana.

Kadang otak tepu bila duduk kat rumah je. Kadang bila tengok drawings kau rasa macam nak muntah dah. Architecture, takkan ada drawings yang perfect, selagi belum submit selagi tu akan selalu kena alter. Hmph. 

Hanya hati yang kuat mampu bertahan duduk jauh dari keluarga, dari comfort zone kau. Challenge diri sendiri untuk berdepan dengan surrounding yang maha berbeza. Dengan kudrat & ketakutan sebagai seorang perempuan di kelilingi lelaki besar-besar di sekeliling. Walau orang selalu ingat kau happy go lucky, yang selalu kau pamerkan adalah senyuman dan gelak tawa, hanya kau yang tahu berapa banyak kudrat kau perlu kumpul untuk lalui hari-hari kau, keseorangan. Walau kawan baik sendiri kata "jeles tengok kau, asyik happy & positif je" kadang rasa nak lepuk gak la. Berapa kali dah nak diingatkan, nak happy kena cari sendiri la.

So ketika otak tepu tu, ada pula kawan yang mengajak pergi Ireland sekejap kan. Check timetable, walaupun belum cuti betul, tapi macam okay gak ni nak lari sekejap kan. Ambil udara berbeza sikit dari UK ni.


Sweet Escape in Dublin.

p/s: Aku tahu banyak soalan berkaitan architecture, sambung belajar overseas etc yang tak terjawab. Kadang sakit jiwa gak la nak jawab banyak kali soalan yang aku dah pun huraikan dalam blog. Kalau aku charge satu soalan RM10 untuk dapat jawapan dah kaya dah aku rasa aku ni.Kadang soalan yang ditanya pun aku rasa kurang relevan. Aku harap semua orang sedar yang aku hanyalah student, bukan kaunter pertanyaan. Aku cuma dapat jawab soalan tu kalau aku pernah lalui situasi itu. Jadi kalau soalan syarat kelayakan, sila google dari website IPTA/IPTS, soalan tentang masa depan apa yang awak patut buat dengan hidup awak, buatlah pilihan sendiri. Aku taknak kau orang 5 tahun akan datang salahkan aku "kak Sophie yang kata okay amek architecture". hmph..

Ni blog arkitek sebenar, seorang pakcik yang aku suka gila baca blog dia:

Dia punya pengalaman jauh lagi banyak & dia bercerita tentang realiti sebagai arkitek. Jadi kalau korang nak tanya banyak kat aku pasal arkitek pun aku rasa pengalaman belum cukup layak. Sebab aku pun bukan jenis suka gebang. 




Friday, February 14, 2014

Random Me #5- Lawyer

Aku tak tahu lah kenapa, dari zaman aku belajar di UiTM lagi, kalau orang tanya aku study apa & aku suruh teka, takde pun yang akan cakap Architecture. Biasanya paling banyak teka aku budak law, Masscom atau sport (sebab dulu rajin lepak swimming pool kehn). Tapi law tu memang banyak la.

So satu hari ni sewaktu aku di Bristol , makan bersama 3 lagi rakan.
Kami bercakap pasal course masing-masing & aku pun menyuarakanlah kemusykilan aku,

"Tak tahulah apesal entah orang dari dulu kalau suruh teka I study apa selalu kena budak law.."

Dan mereka pun bagilah pendapat kenapa & kenapa orang ingat macam tu..

Lepas tu, ada lah seorang Malaysian student ni pun beli makanan kat restoran tu, nak tapau. So sementara dia menanti, kami pun ajaklah dia duduk semeja. Berkenal-kenalan, lepas tu dia tanya kami ni study apa.. Bila turn aku je, aku suruh teka.

Mula-mula dia teka:

Budak tu: Budak art eh? 

Me: hmmm..not bad, bolehlah ada bau-bau bacang sikit. Tapi bukan. Try harder.

Budak tu: Study law?

Dan aku dan 3 lagi rakan terus berdekah gelak..

Me: SEE!!! kan dah cakap!

Budak tu: Haaa, kenapa? mesti betul kan I teka?

Kami: HAHAHAHA..

Me: SALAH..


p/s: cakap pasal budak law, aku ada memori menyampah dengan budak law. Bukan semua macam ni, tapi ikut pengalaman aku dan orang lain yang pernah kena, mostly budak law/lawyer mesti nak menang aje & susah nak minta maaf. OOps, bukan semua..tapi ramai.. Sekali aku dapat husband lawyer abes guaa.. 

Saturday, February 1, 2014

Random UK #6- Saya Yang Bertukang di Bengkel Sekolah

Waktu kejadian: November 2013

Memandangkan aku letakkan survey di blog aku tentang apa yang pembaca suka baca di blog aku dan ternyata ramai yang vote nak baca tentang architecture jadi aku pun mengambil inisiatif untuk update serba sedikit life aku sebagai budak archi disini. Lagipun asyik post aku gi berjalan je orang ingat best je..Tak tahu aku study kat sini pun nak kena struggle. *ceh emo lak* Hmmm.. camne aku nak cerita ya?

Okay, basically di faculty aku mahupun disini lebih dikenali sebagai school. *comel & rasa muda sikit kan bunyinya* , disini kami ada workshop (bengkel). Kalau ada yang pernah tertanya kenapa yuran belajar overseas ni mahal betul?? Jadi bila aku study disini, tengok sistem mereka, fasiliti yang mereka provide yang memang tiptop, jadi tak hairanlah kenapa yuran mereka mahal. Oleh itu, kita haruslah mengguna pakai dengan sebaiknya peluang yang ada. Kalau tak, RUGI..


This is me. Abang belakang tu nama dia Roland. Kat bengkel ni ada 4 orang pekerja yang sangatlah best. Basically fasiliti kat sini seperti bengkel & bilik printing dijaga oleh pekerja yang berpengalaman & sangat helpful. Diorang tak pernah marah-marah.  Kalau tak reti dia akan ajar. Kau jangan nak memandai..kang terpotong tangan kang.haaa..




Apa yang kami perempuan ni buat sebenarnya? Dengan papan buruk ni mesti korang tak paham kan? Tapi aku akan cuba buatkan korang paham. I'll try my best dear readers! Nak digest studies kami dalam English nak translate dalam BM & bahasa yang mudah difahami bukanlah mudah sangat.huhu..

Basically, site group kami terletak di Walsall. Walsall ni suatu masa dahulu pada zaman sebelum World War lagi sangat dikenali sebagai industrial era. Jadi banyaklah kilang-kilang yang ligat beroperasi. Contohnya kilang barangan kulit a.k.a leather. Leather pula pada zaman world war sangat besar-besaran pengeluarannya kerana askar dulu-dulu kan naik kuda berperang, kat kuda tu alas duduk tu kan diperbuat dari leather. (saddler namanya tau). 

Jadi selepas zaman world war berlalu dan kebanyakan industri perkilangan semakin mundur sebab permintaan pun semakin kurang, jadi kawasan Walsall ni ibaratnya terbiar, dan kami gunakan tema "Latent" untuk menggambarkan kawasan tersebut.

Seperti biasa, urban studies selalu dikaitkan dengan ekonomi, politik, sosial etc. Tapi tutor kami tidak mahu pendekatan yang cliche. Jadi tutor nak kami inverstigate & test the site katanya. Jadi kami diminta untuk buat installation.

 Aku takde masalah nak kerja kat workshop. Best gila peralatan dia. Hahahah..


Yang penatnya sokmo kena berdiri. Jadi memandangkan kami kena buat installation, jadi installation tu pun haruslah bertemakan "latent". Maka kami menggunakan material yang ala-ala buruk, kasar seperti MDF board, barang-barang sampah terpakai (kononnya nak tunjukkan industrial waste gituh la)

 Siapa girls nak study architecture, please bear in mind study architecture bukan bermakna kau kena melukis dan menghadap computer sahaja. Walaupun saya kuat berangan tetapi saya juga harus terima hakikat yang saya kena pergi ke bengkel untuk tugas-tugas khas seperti ini. Cewahhh!

Banyak peralatan & mesin di bengel ni. Disebabkan saya kuat berangan kadang-kadang saya terbayang saya dalam cerita Saw bila dengar mesin ni berbunyi.. Imaginative tak bertempat betul perempuan ni..

Camnilah insallation tu bila dah siap. Jadi apa gunanya installation ni? Disebabkan tutor suruh kami test site tu, jadi berdasarkan site investigation yang kami dah lakukan seperti interview penduduk Walsall, kami mendapati ramai yang kata penduduk Walsall ni ignorant. Jadi, installation ni salah satu cara nak test, adakah benar penduduk Walsall ni ignorant dengan keadaan sekeliling? Adakah mereka buat dunno je dengan benda baru yang ada di kawasan mereka tinggal? gituh lah nak kasi korang senang paham.hihihi..

So hasilnya macam video di bawah ni lah. Kami tinggalkan beberapa kali & datang balik untuk  tengok hasil. Pada papan tu, kami suruh mereka tulis apa yang mereka feel, touch then write. 




Hasil penduduk:

Kami tinggalkan installation ni 3 kali supaya orang takla pandang pelik kan kalau kami berdiri disitu. Lagipun barang buruk siapa nak ambil. Masa tinggalkan kali ketiga, installation kami dicuri. Serius tak tipu. Installation tu berat gila kot at least dua orang kena angkat. Hampa, tapi somehow experiment kami agak berjaya kan? Penduduk Walsall tidaklah ignorant seperti yang diperkataan..

Dah installation model pun dah kena curik, abehtu kitorang nak present tunjuk model apa? sadiss kan.. So kami terpaksa buat satu lagi model yang bersaiz kecil untuk menggantikan installation tersebut sebab ada critique session.

Inilah modelnya..


Maka haritu kami present lah drawings dengan model sekali kat hujung belah kanan. Dan drawing belakang kami tu, besar kan?Site plan. Untuk tunjukkan ideologi kami tentang latent space dari setiap individu.

p/s: Beza study dalam negara & luar negara.  Haih memang beza yang amat pun. hmm.. kadang rasa macam pelik-pelik. Kadang rasa macam eh bestnya.. Kadang rasa macam blurr gila..haha.. Tapi gua layan jelaaa.. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal ketiak, okay. Cioww..

Friday, January 24, 2014

Random UK #4 -Berzapin di England

Waktu kejadian: Oktober 2013.
Cerita tahun lepas. Biasalah tu si Sophie tu, suka bagi cerita basi. herherher..

Jadi kali ni aku nak bercerita sedikit tentang aktiviti aku waktu tu, baru masuk term baru jadi idak ler busy sangat teman ni. Waktu tu nak buat Malaysian Day kat University of Birmingham (don't get confused, UoB takde course architecture jadi aku bukan belajar kat uni ni) cuma aku rajin gak lah join aktiviti yang student UoB buat. Itu hari mereka cari orang untuk perform tarian zapin. Basically, selain menjemput Malaysian datang pada hari itu, orang-orang selain Malaysian juga dijemput hadir supaya dapat memperkenalkan budaya kita pada warga negara luar seperti orang British sendiri.

Aku rasa ni peluang untuk aku merealisasikan impian aku *mata bersinar-sinar sambil senyum sorang-sorang* Puii! Dulu, masa aku sekolah rendah, aku memang join Kelab Kebudayaan. Aku minat tarian cuma takde peluang nak perform zapin lagi. Salah satu impian aku ialah untuk perform zapin for fun, so why not? Sementara masih muda. Ewah..

Cam tak percaya pulak kena pakai warna sebegini.Uhuks. Terang yang amat. Warna diraja sangat eh! Mekap pun sendiri-sendiri je.. tak reti lah nak mekap macam Makeup Ghetiss tu. Anyway, ingat senang nak tengok aku pakai camni? ;p

The "ayu" Malay girls! (self-claimed.ahaks!)

Haih, lepas tu tak reti pakai kain batik. Fail. Minta sorang aunty Melayu tu pakaikan. hikshiks.. motip sangat nak bermanja dengan aunty. Haih kang terlondeh time tarian tak pasal-pasal free show pulak kan.. (-_-') malu jer.

 Antara shot yang diambil rakan-rakan yang sudi datang. Nervousnya tak payah cakap lah.. 14 tahun dah dari last time aku perform tarian kebudayaan. Tapi team work penari-penari ni sangatlah bagus. Sebenarnya aku tak kisah pun tarian ni/ Malaysian day ni best atau tak. Yang penting aku puas & happy sangat-sangat. Dapat kenal kawan baru dari uni lain, dapat face my fear atas pentas, kawan-kawan uni aku, jiran tetangga pun datang support Iolls. Ish, terharu kot. Lagi terharu bila diorang cakap "Copi kitorang datang nak support you semata-mata ni" Awww~  Sebenarnya awal-awal dah kena paksa datang.Muahaha..


Bergambar bersama favourite kids. Diorang tiga orang ni adik beradik. Memang kesayangan ramai kat sini. Sebab dahla comel, well behaved, lovely.. Haihh! memang sangat sayang lah! Selalu bagitahu kat mak diorang yang aku suka sangat anak-anak dia. Siap tanya tips "eh you pregnant dulu baca surah apa?" hahahahah..

THANKS! THANKS! THANKS! thanks yang datang bagi support samada yang ada dalam gambar ataupun takde. Thanks a lot! Oh gambar kanan, akak yang pakai kebaya grey tu lah ibu kepada 3 orang budak comel diatas. Iya muda lagi, dah ada 3 anak yang awesome.


Belah kanan housemate yang dah balik for good. Thanks Aereena for coming. Mula-mula dia buat dunno je konon busy gila dengan study macam taknak datang. Pastu dia turned up.Haha.. happy!!

Sebenarnya, duduk oversea ni, dia ada time kau moody sebab cuaca yang gloomy. Tambah lagi sekarag dah winter, cuaca dia psycho betul. 4 petang dah gelap. Pukul 6pm rasa macam 9pm. pukul 9pm rasa macam 12 malam. 12 malam lak rasa macam 4pagi. Rasa macam lamanyaaa waktu malam ni bila nak siang ni??

Kadang-kadang pun homesick (biaselaa, anak manja.haha..), kalau duduk sorang-sorang selalu memang tak memberangsangkan dan buatkan hati pun affected, nak emo ke apa. So, sebab tu lah kena selalu buat aktiviti & bersosial secara sihat. Kalau sedih, semua terletak atas diri sendiri camna nak atasi feeling negative nih. Nak mengadu, Allah ada kan 24 hours all the time. Quran pun janganlah kasi berhabuk tak baca sekian lama.  So, prinsip hidup aku: kalau nak happy, kita yang kena happykan diri kita sendiri. Sebab takde orang nak happykan kita. Tak bolehlah harapkan orang yang happykan kita. Kita bukan Neelofa. Eh tetiba. Bila kita happy, surrounding & aura kita pun terasa best. Ha camtulah konklusinya. Yo yo ow je aku cerita. Haha..Yabedabeduu.. Kbai.










Tuesday, January 21, 2014

Random Me #4- Terharu Sangat!

Sejujurnya, ada waktu dalam hidup aku, aku terasa hopeless sangat. Aku rasa macam tetiba nak emo, rasa macam tak berguna pada masyarakat, rasa macam diri sendiri ni entah pape etc. Setan banyak sangat kacau aku nak berjihad mencari ilmu ni. Tapi di saat aku selalu rasa down dengan diri sendiri, terkadang ada perkara yang tiba-tiba jadi, mungkin Allah pun nak bagi aku support melalui orang yang tidak aku kenali langsung. Contohnya seperti reader blog aku yang memberikan penghargaan sebegini (sejujurnya email beliau datang di saat aku rasa macam down gila) :


Assalamualaikum wbt


Pertama sekali, saya suami orang tapi jgn la ban saya ye. Saya baca blog awak sebab nk tau cara2 utk sambung belajar di luar negara. Well, bukan saya yg nk sambung tetapi saya nk encourage adik lelaki saya utk sambung pengajian ke luar negara. Serius!

Dari satu entry ke satu entry, akhirnya saya amik keputusan utk baca blog awak dari entry pertama hingga ke yg terkini. Menarik! - mengenali seseorang (walaupun bukan secara peribadi) selama dua/tiga tahun (dari tahun 2010 hingga 2013) hanya dalam masa 5 hari!

Apa yg menarik? Awak ceria dan menceriakan orang lain. Awak adalah contoh yg mcm Prof Dr Muhaya ckp: hanya org yg bahagia je dpt bahagiakan org lain.

Seronok dgn telatah awak. Rasa mcm da kenal awak & kawan2 lain. But of coz la rasa korang mcm adik2 sebab saya lebih tua. Membaca blog awak membuatkan saya kembali aktif mencari rakan2 persekolahan dan sepengajian di univ dulu.

Dan dalam pencarian tu (selama 5 hari), baru saya sedar yg saya dah 'kehilangan', dah terlepas banyak moment suka duka yang dilalui rakan2. Beberapa rakan baik ketika bergelar student dahulu telahpun kembali ke rahmatullah mahupun kehilangan ahli keluarga yg tersayang...Dan sejak membaca blog awak, saya semakin ingat mati dan acapkali sedekahkan bacaan fatihah buat rakan2 saya dan awak yg telah pergi...

oh, lupa bgtau. Saya hanya baca blog awak selepas waktu bekerja; saya mula membaca pada hari khamis 18 April 2013 walaupun da subscribe melalui email dah agak lama rasanya. So setiap hari saya spend lebih kurang 8 jam utk membaca blog awak (sambil ketawa atau sedih - bergantung pada tema entry). Dah selesai baca blog, baru saya bersiap pulang ke rumah pada pukul 2 pagi (pak guard pun dah tido waktu nih)

Saya dan isteri berjauhan (walaupun dah berkahwin)...

dia bekerja di Tganu dgn Petronas dan kami hanya bertemu seminggu sekali sahaja. Selalunya kami hanya lepak di rumah; sama ada saya tolong dia memasak di dapur ataupun dia tido ketika saya membasuh kereta. Tapi kami suka tgk movie yg kami download bersama.

Haaa, isteri saya ni saya kenal di facebook! peliknya, kami xde mutual fren pun tapi dia mmg da ada dlm frenlist saya. tak sure la sama ada saya add dia atau dia add saya. Tapi kan, dia yg mula approach saya dulu. Dia hantar msg d fb, ckp nk berkenalan dan dlm msg tu jugak dia bgtau tujuan dia nk berkenalan adalah utk cari calon suami. 

Dua minggu kemudian, kami breakfast bersama di sebuah kopitiam. Dan dua bulan berikutnya, kami telahpun bergelar suami-isteri. Kami diijabkabul pada 16 September 2013. 

Memula kawin mmg excited. tapi beberapa minggu kemudian baru kami sedar yg kami byk kelainan. Saya suka racing (saya bukan mat rempit. Saya drag racer. pernah join event di Litar Sepang) tetapi isteri pula takut memandu laju. Saya tak boleh bersukan (kerana kecederaan lutut akibat kemalangan) sedangkan isteri sangat suka swimming, snorkeling, camping dll.  Aduh..susah nk cari aktiviti yg kami boleh buat bersama. Selalunya kami end up menonton movie yg di download je.

Namun selepas baca beberapa post kat blog sofiya, saya buat suatu kelainan. Saya bawak isteri keluar dari rutin mingguan kami. Biasanya isteri agak malas nk keluar (sebenarnya saya yg malas) tapi saya memaksa dgn penuh kasih sayang...bwk dia ke salon rambut, ke Daiso kedai yg jual segala barang dgn harga hanya RM5 (truly inspired by your entry), mkn korean food di restoran apa ntah (ni pun inspired by u yg tiba2 minat k-pop. saya x minat kpop tapi suka mknan korea)...pastu saya record video gwiyomi & wassap pada isteri. Dia tgk video tu dlm kereta (waktu saya tgh drive)...sepanjang perjalanan itu merupakan detik terindah saya kerana isteri tak henti2 ketawa dan asyik cium pipi sambil ckp saya comel.....indah sgt walaupun hanya 10 minit memandu.

Mungkin entry awak nampak biasa..sekadar coretan kehidupan seorang gadis anak professor yg suka berenang dan melukis.

Namun entry yg biasa2 ni memberi inspirasi kepada seorang suami utk menyayangi isterinya sepenuh hati . So, penting utk saya tulis di sini bahawa SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH kepada awak atas entry2 yg hebat dan mendidik minda :)

Sebagai tanda terima kasih, saya akan sentiasa doakan moga Allah permudahkan segala urusan kerja, bercuti, berjalan2 tgk tempat org dan moga Allah beri lebih ruang utk awak selalu update blog awak. Tak sabar rasanya nak baca entry terbaru. Dan hari ni saya letak bookmark pada blog awak supaya saya akan selalu baca entry awak bila saya perlukan inspirasi utk buat isteri saya happy :)


Assalamualaikum wbt

So, aku yang terasa tak berguna pada ketika itu tiba-tiba rasa macam dapat energy/spirit booster. Rasa macam "Eh, takdelah tak berguna sangat aku ni pada masyarakat. Hahaha.." Waktu aku baca email abang ni aku berada di library. Jadi, aku rasa terharulah. Banyak je lagi email penghargaan aku terima berkaitan blog aku. Jadi rasa bersyukur la dapat sumbang sesuatu pada orang lain. Well, aku menulis pun bukanlah sebab nak kejar glemer. Tengok blog pun tahu aku malas nak letak gambar sangat yang benornya kecuali citer travel.mihmihmih..

Jadi, kenapa dalam banyak-banyak email aku post email abang ni? Sebab harini aku dapat tahu dari Facebook (beriya abang ni cari aku kat Facebook.hihihi) yang abang ni dah dapat baby girl, dan dia namakan anaknya sempena nama aku. Haaa.maka kembanglah hidung aku yang dah kembang ni.miahaha..

"Abang nak namakan baby esok. I choose Elsa Safiya. I wanna name her after you. Semoga Elsa Safiya jadi seorang yang 'kuat', berdikari & disayangi ramai orang macam Sharifah Sofiya."

Aww~ terharu tak? jom nangis sama-sama meh. I kesatkan hingus uolls sekali meh.. Tapi bang, part saya disayangi ramai orang tu errr.. kurang pasti je.hahahaha..





p/s: Anyway, nama Sofia tu maksudnya suci/menawan.(orang ingat aku perasan, padahal ayah aku yang bagitahu maksudnya begini) Eheks. Jangan jeles. Oh, nampaknya dari sekarang aku dah boleh mula pilih nama anak walaupun aku belum nak kahwin lagi.teheheeee.. =B *over betul perempuan ni*


Friday, January 17, 2014

Random Me #3- Ex

Aku tak pastilah zaman sekarang ni ada ke orang yang tak pernah bercinta. Susah nak jumpa walaupun memang ada.

Baru-baru ni beberapa kali orang post image ni. Hati aku rasa terusik, jadi aku rasa nak menulis. So kena usik hati aku banyak kali baru aku rajin menulis ke camne ni Sophie oii? hahaha..

This is too harsh, in my opinion.

Bagi aku, kalau kamu ada perasaan macam ni pada ex kamu, you are so not over it. Kenapa putus bila bercinta? Of course, banyak sebab. Curang, curang, curang? Cannot go dah? Benci? Menyampah? Apa-apa jelah kan? 

Tapi, apa yang kamu belajar dari tempoh kamu mengenali seseorang itu? Biar pun dia sangat teruk pada pandangan mata kamu? Takkanlah satu nilai murni pun kamu tak nampak pada dia? Bila kamu dah "break" dengan si dia, adakah kamu.. selalu mengutuk dia pada orang lain? So not nice okay. Sebab bila kamu kutuk orang especially orang yang pernah kamu sayang pula tu, itu mempamerkan budi pekerti kamu sendiri. Tahu tak redha tu apa? Redha tu ikhlas,pasrah tu menyerah-Ombak Rindu. *tiba-tiba*

Bagi aku, bila bercinta dan putus cinta, kesalahan tu bukan datang dari satu pihak aje. So awak nak kata "there's nothing wrong with me?" awak perfect ke? tak kan.. Kadang-kadang memang kamu dan pasangan tak serasi atau takde chemistry, sebab tu selalu gaduh ke apa. Kalau dia curang, kenapa? Dia memang gatal ke awak yang kurang bagi perhatian? Kalau dia kuat ignore awak, kenapa? dia memang ignorant ke awak yang ajar dia untuk jadi ignorant sebab awak adalah seorang yang ignorant juga, maybe? So, banyak kena critical thinking nih setiap tingkahlaku orang pada kita, mungkinkah kerana respon dari sikap kita sendiri terhadap dia?

Contoh apa yang boleh dipelajari:

Kamu pernah bercinta 5 kali dengan orang berbeza. Lima-lima ex kamu kata kamu degil. Jadi, takkan nak kata "there's nothing wrong with me" lagi? Daaa.. obvious kot kau ni degil orangnya. Kadang-kadang aku rasa yang bagusnya ada ex ni bila kamu analyze diri kamu sendiri berdasarkan pendapat opposite gender yang sangat mengenali kamu.. In a way, aku rasa banyak kekurangan diri juga yang dapat diperbaiki.

Okay, back to image yang buatkan hati aku terusik tadi, aku cuma rasa adalah tak adil kalau dalam sesuatu perhubungan yang gagal itu kita meletakkan 100% kesalahan pada ex. Sedangkan kita pernah sayang/cinta. Sayang/cinta tu kan feeling yang :

Ikhlas..
Telus..
Suci..
Jujur..
Bunga-bunga cinta Misha Omar
Semua di atas.. (tapi semua di atas ni macam lebih kurang lah pulak maksudnya..haha kecuali Misha Omar)

Walaupun ada kekurangan pada perhubungan tersebut, tak boleh ke kita buang yang keruh ambil yang jernih? Good or bad, pada aku semua ex aku (eh macam ramai pulak bunyinya..hihihi..) banyak ajar aku untuk lebih mengenali diri aku sendiri, ajar erti hidup, ajar macam-macam, kadang kita datang dari background berbeza jadi mengajar untuk bersabar dalam mengenali diri masing-masing, ye tak?

Jadi kalau dia bersama orang lain pun selepas awak, kenapa nak dengki kata "our parents taught us to give our used toys to the less fortunate?" Seriously?? Are you that good?

Kalau awak dah let go, awak akan happy untuk dia & doakan kebahagiaan dia. Kalau dia tak baik pada pandangan awak, doakanlah dia berubah. Susah ke? Susah tu bila hati awak takde keikhlasan. Sebab tu dengki tengok dia bahagia dengan orang lain.



Padahal masa rak bercinta bukan main you are my mirror, now you're my used toys which I give to the less fortunate? kuang hajooo..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...