Wednesday, August 6, 2014

Persediaan Menjadi Pelajar Senibina

Aku selalu terima soalan dari adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang senibina ni. Seperti biasa, nak menulis dengan penuh dedikasi & keikhlasan juga memerlukan mood yang best. Baru boleh tulis. Tambahan pula dah lama tak menulis entri baru jadi feeling yang kurr kurr gituh bila nak start menulis balik.

Aku agak kagum juga lah dengan budak-budak yang tak putus asa tanya aku macam-macam soalan walaupun tak semuanya aku jawab. (see, kalau aku reply tu tanda korang agak lucky? ucap Alhamdulillah,cepat!). Jadi apa soalan yang aku selalu dapat berkenaan persediaan menjadi seorang pelajar senibina?

Kak Sophie,

1) Nak prepare barang apa ni nak masuk belajar?
2) Berapa budget untuk belajar course ni? orang kata mahal.
3) Perlu laptop tak?
4) Software apa nak belajar?
5) Macam mana cara belajar budak architecture ni? Orang kata asyik busy, selalu tak mandi, selalu tak tidur. Betulkah Kak Sophie yang kiut?

Maka mari kita bincangkan serba sedikit apa yang anda perlu bersedia sebenarnya. First of all, aku akan banyak refer dari cara belajar di UiTM sebab aku belajar situ so mohon sangat jangan tanya kalau belajar kat UiA camane? kat UTM camne? Poli camne? belasah nak?

Menjawab persoalan:

1) Nak prepare barang apa ni nak masuk belajar?
Hurm, kalau anda masuk dari sem 1, biasanya tahun pertama ni banyak melukis, sekarang silibus agak berbeza dengan zaman aku belajar dulu tapi taklah terlalu berbeza. Basically tahun pertama banyak melukis. Lukisan organik, geometrical ke, pergi melukis old shop houses ke. Tahun pertama juga belajar drafting dan dah mula kena design tapi bukan design bangunan la. Kalau nak tengok drawings aku yang lama bolehlah refer link ini:

Lukisan hitam & putih
Lukisan Berwarna

Oh dan juga kena buat model dah. Tapi hendaklah diingatkan, jika anda baru tahun pertama, gunakanlah tahun itu dengan baik sebab tahun pertama ni macam foundation tau. Jadi foundation tu kenalah strong okay. Jadi anda memerlukan bahan melukis yang basic seperti:

-pensel melukis


Dari dulu memang dah biasa pakai brand Faber Castell yang ada banyak gred dari hard pencils to soft pencils. Dulu siap balut kotak dia dengan pembalut plastik sebab sayang harta benda. Maka sampai sem 8 guna kotak sama cuma pensel nya berganti.


-pen melukis (bukan ball pen)
Bila orang kata course architecture mahal, salah satunya sebab alat macam ni la. Contoh pen Faber Castell ni, sebatang rasanya ada dalam RM 5 atau RM6. kalau kita nak kumpul semua gred pen dari 0.1 hingga 4.0? Ini baru pen. Tapi, anda dinasihatkan menjaga peralatan anda dengan baik & penuh kasih sayang. Ni brand yang aku suka sebab kualiti dia. Pen di atas ni sesuai untuk drafting ala-ala lukisan kejuruteraan gituh. Lagi satu brand ialah Artline seperti di bawah. Ni lebih sesuai nak lukis secara freestyle. Tapi pen artline ni budak-budak archi memang suka guna (even aku guna sampai sekarang. dalam handbag atleast ada satu) selain untuk melukis, digunakan untuk menulis. We don't normally use ball pen. Ahaks! *belagak*



-kertas lukisan (saiz dan jenis bergantung kepada tutor awak),

-set water colour (bersama berus dan pallete). Tak perlu yang banyak warna. Sebab kita kena creative. Warna asas boleh create warna-warna lain jugak.

-portfolio bag
Bergantung kepada keperluan. Nak selamat beli saiz A1. Tapi berat. Aku tak suka sangat. Kalau tak beli dulu pun takpe. Bila rasa perlu baru beli. Sebab bag ni agak mahal & seingat aku, guna masa tahun pertama je. Tahun seterusnya drawings banyak yang gulung sebab besar.

-tube (guna hingga habis belajar)



Kalau pelajar medic ada coat putih, pelajar senibina ada sejenis bazooka. Teringat kalau bawa tube ni naik bas kat UK, orang selalu berminat sangat nak tahu apa benda yang aku bawa. Ada yang ingat teropong, ada yang ingat senjata ala bazooka. (Ada ke patut muka innocent camni ingat aku bawa senjata?) Tube ni untuk korang letak drawings yang bergulung. Nanti korang biasa lah dengan drawings yang bersaiz besar. Mana larat nak bawa portfolio bag. Jadi bawa bazooka ni je k. Senang boleh bawa masa naik motor, naik basikal ke. Yang perempuan pula kalau kena kacau ketuk je kepala orang tu dengan bazooka ni. Boleh jadi senjata ok..

-scale ruler
Ni memang alat keramat sampai jadi arkitek pun akan tetap guna scale ruler. Kalau takde boleh jadi stress. Aku lah tu yang stress kalau tak jumpa scale ruler aku.

-T-Square



Ni banyak guna masa nak buat drafting masa tahun pertama macam tu. Walaupun aku rasa bila meningkat tahun tak lah guna sangat, tapi ia memang sangat berguna untuk mendapatkan hasil lukisan yang umph. T-Square ni kena guna atas drafting table mahupun drafting board yang aku tak sure lah korang perlu ke tak. Dulu aku ada je beli tapi guna masa tahun pertama je.

-Triangle ruler
Ni adjustable triangle ruler
Triangle ruler.
Kegunaan dia satu set dengan T-Square. Budak lukisan kejuruteraan akan faham lah kenapa kan. Kalau bukan budak LK pun takpe. Saya pun bukan budak LK dulu. Untuk triangle ruler ni, ada 2 jenis. Adjustable dengan tak adjustable. Adjustable ni kita boleh pelbagaikan sudut dia bila melukis. Yang tak adjustable ni biasanya ada dua jenis. Iaitu sudut 45°- 45°ataupun yang 60°-30° 
dan jelas sekali yang adjustable lebih mahal.

untuk barang buat model pula (ni basic la, nanti korang akan lagi faham nak pakai material apa & perlukan equipment apa untuk memotong mahupun mengegam *bahasa apa ni?* material):
-pisau blade (bukan pisau cukur)
-pembaris besi
-cutting mat (kat Daiso ada jual cutting mat juga)
-gam (bergantung pada keadaan. UHU, gam gajah, etc)


-Tool Box

Aku jenis sayang barang & tak berapa gemar pinjam barang orang. Kalau orang pinjam barang aku takpe. Tapi kalau tak pulang balik.. Ittew rasa nak ketuk je tangan awak pakai bazooka ittew! So tool box ni penting untuk letak segala peralatan melukis/buat model dari sem 1 sampai lah sem 8. Ingat, barang bukan murah, jadi kenalah cermat okay.

2) Berapa budget untuk belajar course ni? orang kata mahal.
Soalan ni susah sangat untuk aku jawab. Takde amount yang exact. Ini bergantung kepada cara awak belajar & nak present drawing awak. Biasanya yang mahal tu bila printing. Selain peralatan melukis yang mahal di tahun pertama, tahun-tahun seterusnya banyak printing akan digunakan untuk present samada critique session ataupun submission. Jadi, contohnya kalau sekeping kertas saiz A1 printing berwarna tu dalam RM25-30, darab lah dengan berapa banyak kertas yang korang nak print untuk presentation. 10 keping ke.. jadi kalau dapat PTPTN janganlah berjoli ye. Makan pun ikatlah perut sikit. Tu dari segi printing. Dari segi nak buat model pula, kalau nak murah pakai board je. Sekeping ada lah dalam RM3.50 ke. Kalau awak nak pilih perspek, glass ke kan lagi mahal? Sebab tu lah Kak Sophie ini tak boleh bagi exact amount. Lagipun saya bukan budak account nak buat kira-kira secara precise.

3) Perlu laptop tak?
Perlu! Ini pun bergantung. Awak nak laptop ke nak computer? Kalau rajin duduk studio bolehlah pakai PC. Tapi tak berapa handy kan? Tapi aku tak galakkan student undergrad pakai IMac. Sebab mahal & tak menjamin yang design korang akan gempak. Berbelanja ikut kemampuan okay.

4)Software apa nak belajar?
Masa awal-awal nak berjinak ni bolehlah belajar guna AutoCad, Sketch Up, Adobe Photoshop.3 softwares ni paling basic la. Lepas tu bolehlah upgrade ke 3dMax ke, Rhino ke, Revit ke. Banyak lagi sebenarnya software yang even aku pun tak pernah guna. hehe.

5)Macam mana cara belajar budak architecture ni? 
Kalau study architecture dalam Malaysia ni. Huisyhh.. Boleh tahan juga kroniknya. Major subjek dalam course ni ialah design iaitu projek lah kan. Yang memang selalu tak buat tidur malam. Bukan sebab apa, tapi sebab kita ada subjek lain juga yang masing-masing ada exam, masing-masing ada assignment. Kalau takde subjek lain, kurang lah sikit kroniknya. Orang selalu ingat budak archi ni malas mandi. Itu bergantung lah pada orang. Seingat aku, aku ni rajin je mandi. Tapi bab busy & selalu tak cukup tidur tu memang iya. Tepat sekali, dua kali, sejuta kali tepat, no doubt.

-Studio
Setiap orang, berhak mendapat satu cubicle. Jadi ni based on first come first serve. Pilihlah kedudukan yang strategik dalam studio. Jadi dalam cubcile korang ni sukahati lah nak hias/susun camne pun. Yang aku tahu end of sem mesti sepah gak punya. heheh..


Ni contoh cubicle yang nampak betul-betul digunakan sebab banyak barang. Biasanya bawah meja tu jadi tempat tidur, bentang tikar ke apa, pastu cover dengan kain ala-ala langsir. Hahaha.. Rindunyaa studio life kat UiTM.

Ni contoh korang akan bergelumang dengan drawings besar-besar sampailah korang jadi arkitek. 

-Study group
Disebabkan student archi ni banyak habiskan masa untuk design, jadi subjek-subjek yang lain tu camne nak study? Biasanya budak archi suka buat study group. Aku pun sangat sarankan study group. Aku pernah try study sendiri dan study group. Ternyata ilmu bila dikongsi lagi cepat masuk. Plus, kita bukan macam budak course lain yang suka study sendiri-sendiri walaupun satu course. Kita takde masa yang banyak untuk spend study sendiri-sendiri ni. Jadi, kena lah study smart. Paling penting, JANGAN KEDEKUT ILMU. Siapa kedekut ilmu, trust me. Korang akan rugi in future. Kalau dah rajin duduk studio tu, study jela dengan budak-budak studio yang ada.


p/s: So, buat masa ni, ini part pertama yang saya dapat kongsi sebab banyak sangat request daripada budak-budak yang akan belajar dalam bidang senibina ni. Cuak ke dik? hehe. Chill je. Ni baru explain sikit. Banyak sebenarnya boleh dikongsi tetapi, korang doa jelah akak Sophie ni rajin nak menulis lagi. Haha. Oh btw, incase ada sesiapa yang memang study architecture di UiTM boleh lah tambah apa-apa lagi yang saya tertinggal okay. Kalau kita tolong orang, nanti Allah tolong kita balik. Proven in my life. Ahaks!

Yang pasal peralatan yang saya nyatakan di atas, tak perlulah beli semua terus. Tapi tu basically memang guna pun. Saya sarankan beli sikit-sikit. Lambat laun akan tahu juga apa yang diperlukan. Ingat, jimat cermat.Nak belajar sampai 8 sem tahuuuu..












69 comments:

  1. fuhhh harap2 entry ni membantu bebudak yang nak amik kos ni.. banyak sgt ilmu yg dikongsi ni hehe

    ReplyDelete
  2. wah.....macam tu rupanya.. dari segi kos kepada peralatan dan printing la eh yg banyak tu. huhu. seronok baca. sopie uitm perak ke shah alam dulu?

    ReplyDelete
  3. Suka gila aku baca satu persatu ayat ko Sophie....
    Kalau aku ni tgh carik2 course ape sambung belajar, sure aku akan amik architecture.
    Mcam sgt best...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kau ni memang dari dulu pembaca setia. Thanks.
      Tak payah lah. Kalau dah start dengan course lain, bersyukur je tak terjebak.muahahaha..

      Delete
    2. Assalamualaikum kak sophie, blan 9 nnti sy akn masuk degree archi dkat uitm mlalui spm. Stahu saya, plajar degree kena ad muet. Bila kak sophie apply muet?

      Delete
  4. Salam,

    All the best Sophie ;)

    Salam Kenal
    Mila

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Me too. Haritu pergi review kat UiTM Shah Alam rasa nak menitik air mata mengimbas kenangan lama. eceh.

      Delete
  6. thanks kak sophie.entri nih amat membantu :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, nak tanya laptop perlu beli siap siap ke sebelum masuk u? Awal-awal masuk dah guna terus ke?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna. walaupun bukan untuk design tapi ada assignment lain yang perlu guna laptop. If taknak beli dulu, kena rajinkan diri pergi computer lab lah buat kerja.gituh.

      Delete
  8. Assalamualikum kak Sophie, saya nak tanya laptop seeloknya beli siap siap sebelum masuk u atau tidak? Mula mula masuk first sem terus guna laptop ke?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Kak sophie, maaf sy nak tya, klu lah dh msuk uni yg tkde accreditation part 1, uni tu baru 2nd or 3rd batch, apa next stage in d future ya? Lgsg takleh nk teruskn part 2 ke? Atau kena ulang part 1 dkt accredited uni pula?

    ReplyDelete
  10. Salam akak . .terus terang saya kata saya minat lah nak jadi akitek. .best lah jadi mcm akak. .boleh akak jadi mentor saya? Boleh saya tambah potensi. .harap juga ni. .hehe. . .

    ReplyDelete
  11. Assalam Sophie would you or any of your friends be interested to be a tutor to a 1st year uitm student? Pls let me know. 0123303239.

    ReplyDelete
  12. Suggestions
    Kak Sophie buat 1 buku dari A - Z, life architecture student .......


    Laku derrr

    Sebab kak dah famous kat blog..
    N sape x berminat baca buku architecture

    Pastu dalam buku tu
    Letak gambar suasana architecture

    Macam buku pengalaman. ..

    Pastu promote kat blog

    Sebab rasa x puas baca pasal architecture

    Setiap artikel kak pasal architecture, semua saya photostate... buat Satu file... bila time down blajo architecture... saya baca balik.. apa dalam blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea eh buat buku pasal lifestyle architecture. Tengok lah dulu macam mana.

      Delete
  13. Assalamualaikum Kak Sophie. Thanks for the blog sangaaaaat membantu, was just wondering, mcmne flow akak dalam study architect smpai skg, akak ke UK and all under apa and mohon mcm mne? Harap boleh membantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya study di UiTM lepas SPM. Sepatutnya course saya diploma senibina tetapi telah dinaik taraf jadi degree. Lepas habis degree di UiTM, saya bekerja selama setahun lebih. Lepas tu baru sambung study di UK. Saya mohon macam biasa cuma pengajian saya ditanggung MARA.

      Delete
  14. Wahh esyokk nye baca entri akak, tak byk yg sia2 semuanya fakta heheehh
    Btw best sgt! Saya pun nk bjinak ke bdg ni, try apply kalo dpt dpt laa. Tp sblm msk cos ni ade intvw drawing ke?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,Kak Sophie.I'm still an upper form school student.I take the engineering drawing streams cause i want to be an architect.But,the problem is,saya senang sngat give up.sedangkan bru blajar basic,Can Kak Sophie help me how to study and be expert in engineering drawing ? I really need your help....

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are quite lucky, at least you get to study engineering drawings in school. I started to learn architectural drafting in my second semester of 1st year studying in UiTM. Only you can help yourself. Practise makes perfect.

      Delete
  16. Akk saya akan masuk diploma seni Bina landskap..barang Yg diperlukan tu Sama ke ngan senibina

    ReplyDelete
    Replies
    1. bdk Landskap mcabar jgk beb. kos lagi la bganda, alatan sama ja mcm bdk archi, tp nangis la hg dengan pen, marker, printing, alatan lukih lain n etc...haha :D...apa2 selamat maju jaya.. tapi persamaan dia ada 3, tak mandi, tidoq dalam studio/bawah meja, tak reti bedunia dengan orang. matahari umpama tak wujud, bilik hostel tempat salin baju ja ...hahaha..

      * kalau tak caya, tanya kak hg (sophie) tu..sabun mandi dia tahan 6 bulan tak ? hahah

      Delete
  17. akak....nak tnya ni,,bulan 9 ni saya bakal amik senibina kt UM...
    Tpikn yg saya pelik.. bakpe susah nk apply scholar untuk ni

    ReplyDelete
  18. kak.. taye sikit,klw study interior design sama ke mcm archi ni ? and barang2 tu sama ke perlu utk budak interior design ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Interior design tak sama dengan architecture. Barang-barang keperluan tu mungkin ada persamaan.

      Delete
  19. Sejujurnya sy ckp... kak sophie adalh IDOLA sy
    Cita2 ay dri kecik mmg nk jd archi mcm kak sophie
    Kadang2 smpai tak tido sbb buat kije lkj cikgu bgi
    Sy aliran tknik lkj...
    Taahun ni sy SPM2015 please wish for me luck and success like sis Sophie hehehehe...
    Kak Sophie you are my Idol ok.. 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya rasa awak salah pilih idol ni. Saya baru nak mula career saya. Kalau awak masih bersekolah, janganlah tak tidur pula sebab buat kerja lkj. tak tidur tak bermaksud awak produktif. be smart okay. It's a long way to go. Good luck.

      Delete
  20. dik sophie nak tanya, perlu atau tidak kamera dslr yg harga rm1000++ untuk new student senibina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk yg amik photography, yes! Kalau yg amik digicom tak pyh beli pon takpe.

      Delete
    2. kalau mampu boleh beli. Saya tak rasa ia wajib, tapi bagi saya memang berguna sebab kualiti gambar yang sharp. Kalau tak mampu, beli camera compact pun cukup lah.

      Delete
  21. kalau spm x amek lkj/tk nie..senang x nak apply course nie..

    even kalau dapat pon , susah ke nak catch up ?


    paham tak ? :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya tak ambil LK juga. Erm, susah atau tak tu bergantung pada individu sebenarnya. Tapi LK tu basic sangat untuk rasa tak boleh nak catch up.

      Delete
  22. Asalam . Sya bcita2 nk jadi arkitek bila bsar nnti . InshaAllah . Tapi sya confius nak ambk course apa tahun dpn. Oh ya sya nak masuk form 4 dab alhamdullilah keputusan pt3 dapat 7A . So klu sy nak jadi arkitek nak masuk klas sns stream ke mcam mana? Klu sya masuk KV pula bole ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kindly refer this entry please.
      http://sophiealyahya.blogspot.my/2015/12/hala-tuju-nak-jadi-arkitek-lepas-pt3.html

      Delete
  23. Sebnr gini. Mu masuk mane pon sma je.. bole je masuk kos archi. Yg penting time spm skor. Time iv kna confident. Bwk la gmbr2 yg mu lukis or sktch.jngn lupa sijil time kt sklh. Biasanya kalo nk terus dari spm tu kna masuk dip ataupon matrik atau stp atau asasi uia xcept uitm. Ada je yg amik acc kt sklh dpt masuk archi. Ikut rezeki masing2. Kita just try apply.

    ReplyDelete
  24. barakallahufeeki kak! akak memang banyak sangat membantu for this course. i can find almost everything bout archi dalam blog akak. saya harap result SPM saya yg coming soon ni can make me get into archi's world (please pray for us batch1998) ehehehe... sebenarnya saya kalau boleh nak contact akak personally well urmm, i'm really into this(archi) so kalau boleh nak interview akak bout this stuff whatsoever btw thanks kepada akak yg murah hati share benda-2 ni semua. may Allah ease you in everything ^^ - xoxo Ar.-to-be

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Banyak dah benda yang saya dah share dalam blog ni. Banyak juga benda yang belum saya share. Boleh baca semua entri pasal archi kat archi column belah kanan blog. Baca juga comment dari orang lain yang saya dah reply & juga baca di ask.fm saya yang saya letak link di bahagian atas kanan blog. Khatamkan & kalau ada soalan lagi selain soalan yang awak dah khatamkan, boleh email saya or tanya disini so that orang lain boleh baca juga. I don't do contact personally thing at the moment as I am a very busy woman. Saya kurang masa nak entertain orang. Cuma akan cuba cari masa untuk reply apa yang saya boleh reply di blog, email & ask.fm

      Terima kasih.

      Delete
  25. salam akak.. saya pelajar lepasan SPM & interested nak sambung studies in architecture. rasa bersyukur sangat dpt stumbled upon akak punya blog hehe banyak saya dpt belajar tntg course ni plus tak banyak uni yg tawarkan diploma/asasi archi lagi2 ipta. ipts pula sangat2 mahal..btw kak, macam mana akak dpt sambung ke luar negara? selepas diploma ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Saya sambung ke luar negara lepas habiskan Bsc.Architecture (formerly diploma senibina tapi dah naik taraf jadi degree) & bekerja dalam setahun lebih dalam architecture firm. Sebab saya dah ada degree jadi saya apply Master (Part 2).

      Delete
  26. As salam kak sophie. Saya berjaya mendapat landscape ar di uitm seri iskandar. Saya nak tnya utk sem 1 kena ke prepare smua alatan tulis seperti di atas or landscape ar ni ada alatan yg lain? So kena beli ke semua tu atau tggu lecturer suruh beli??

    Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya tak sure budak lansdcape punya barang apa. Tapi untuk design based studio saya sarankan pergi ke kelas dulu, discuss dengan lecturer then baru beli. Bukan apa, takut membazir.

      Delete
  27. Thanks akk for ur sharing. Byk ilmu dpt. Semuanya bermanfaat. Sy dpt sambung degree seni bina ni akk. Daftar 28/8 ni. Tp sy terkejot sgt2 sbb x sangka saya kena hantar kat sarawak. Uitm samarahan. Igtkn seni bina x anta jauh2 sgt. Doakan sy dpt jd pelajar hebat mcm akk jgk. 😊

    ReplyDelete
  28. Hai kakak sophie.You're my mentor to go through in this course.Currently studying architecture at UiTM Palam (after transfer from Uitm Shah Alam)

    ReplyDelete
  29. Salam..

    Mana nk cari tokey kedai jual barang model online??

    ReplyDelete
  30. Assalam kak sophie .. kalau saya x dapat yg 1st intake , tapi dapat yg 2nd intake , adakah saya akan terlepas banyak benda ? Dan..kak sophie ade x contoh assignment ? x boleh nampak gambarannya sbb x pernah buat . Kak sophie share lah yaa. 😍😍😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Takde istilah 2nd intake akan terlepas banyak benda. Awak still akan belajar dari awal. Saya tak sure awak dapat masuk mana tapi kalau awak cakap pasal uitm, setahun memang dua intake tapi 2nd intake bukan bermaksud lambat masuk dan kena catch up intake 1st. Tapi ia totally dua sem yang berbeza batch. Pasal assignment awak tak payahlah risau. Go with the flow. zaman saya dulu maybe lain dengan assignment sekarang. Kalau nak tengok jugak kena rajin godek blog ni sebab saya pernah share =)

      Delete
  31. salam akak. kalau politeknik premier camne? sama gak ke

    ReplyDelete
  32. Thanks sis, saya dpt kat uitm SI. Dari interview haritu saya belajar dari website sis. Thank u!

    ReplyDelete
  33. Salam Kak. Saya nak gi interview kat uitm sabtu ni. Mind if i ask apa je kena letak dalam portfolio?

    ReplyDelete
  34. Seni bina ni ke arah arkitek kan?
    Kalau amik kos ni kena strong bi ke?
    Kena pandai lukis ke? Pelajar Lukisan Kejuruteraan boleh amik tak kos nin

    ReplyDelete
  35. Salam sis,
    Saya suka entri sis x komen banyak
    Saya just nak tumpang iklan jeee��������
    Tq sis

    Untuk adik2 y baru nk masuk study architecture tu bleh la try2 belajar software kalau berminat sis tngah cuti sem ni bleh la ajar korng

    Sis ade buat service ajar software y akan digunakan dlm bidang ni so for more info just wasap number ni ya guyss (Nura- 0182404192)

    Tq again

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak , akk ada buat service lagi tak ?

      Delete
    2. hi kak ! nak tanya ada buat service ni lagi tak ?

      Delete
  36. Salam sis,saya lepasan spm 2018 aliran sastera. Saya minat senibina. Layak ke saya memohon jurusan senibina sedangkan saya tiada basic langsung dlm senibina di sekolah.
    Blh saya tahu dimana tempt blh bljr senibina secara intensive (cuma nak tahu basic) sblm masuk U. Tk.

    ReplyDelete
  37. Salam sis, saya lepasan spm 2018. Saya berminat mengambil jurusan senibina tp saya tiada basic dlm senibina. Di sekolah saya aliran sastera.
    Blh saya tahu ada x kelas intensive bljr senibina (nk tahu basic shj). Tk sis.

    ReplyDelete
  38. Salam...nak tanya course yg akak ambil ni nama dia ape.....ukur dan geomatik ke

    ReplyDelete
  39. aslm sis...saya ambik kursus kt ABM 6 bulan bermula dri 1 januari...result spm kluar bulan 3...lps habis kursus tu..saya sambung praktikal 3bulan...universiti mna sye boleh sambung utk bulan 1 2020..atau ada lgi pengambilan dlm tahun ni?

    ReplyDelete
  40. kenapa sekarang tiada diploma senibina?, Cuma ada fakulti seni bina, dan dibawah pecahan nya perancang bandar, landscape dll. boleh tunjuk ajar tak?

    ReplyDelete
  41. Kak sophie, boleh tak nak tanya kak sophie dulu spm berapa A? Yg subjek elektif macam kimia, fizik, addmath kak sophie dpt berapa? Lepastu saya tak ambil lukisan kejuruteraan, tapi ambil grafik komunikasi teknikal, sama ke ye?

    ReplyDelete
  42. Akak Sofi skang dh xde bidang senibina?so yg mane jurusan yg same?

    ReplyDelete
  43. Klau nk mint tpi x pndai lukis canee

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...