Monday, May 15, 2017

Trip ke Pakistan- Day 3 [Islamabad I love You]

13 March 2017-Alhamdulillah driver yang bernama Rohail itu tiba pada masa yang dijanjikan. Mula-mula terkejut la sebab kenapa driver ni segak? sebab ada sorang kawan Saba kat Lahore yang ada driver, driver dia macam obviously berbeza dengan driver kami. Servis memang terbaik. Dahla tolong angkatkan beg masuk kereta. So manly. Nampak tak, sebab dah lama sangat independent sorang-sorang so bila orang tolong benda-benda kecik pun nak rasa so terharu. Driver panggil kami 'madam' pada awalnya. Sebenarnya tergelak kecil kat belakang. Mungkin masih di awal perkenalan. Satu benda yang aku suka tentang travel ialah, travel adalah satu cara yang paling korang boleh nampak perangai kawan korang kalau korang travel bersama dia. Sebab waktu travel la akan ada masalah yang timbul, kecik atau besar, jadi kau boleh tengok reaction orang tu handle masalah macam mana. Lepas tu kadang time tula sakit, rasa nak marah la macam-macam emosi tambah lagi kalau perempuan datang bulan. So ada orang yang boleh adapt dengan situasi, ada orang bila tak boleh adapt, dia akan menampakkan sisi dia yang kurang sporting atau uncool lah bagi aku. Jadi, travel dengan Rohail selama 3 hari membuatkan suasana tegang tu menjadi okay. Kami anggap dia sebagai kawan (yang berbayar lah tapi kan.haha). Kami bertukar-tukar cerita, dia ajar bahasa Urdu kami ajar dia bahasa Melayu. Katanya kami adalah orang Malaysia pertama yang dia bawa. So special sikit lah kan. Tapi memang sepanjang perjalanan tu kami sangat happy, asyik gelak, tak ingat apa masalah or kerja yang menanti di Malaysia. Whatsapp masuk pun lantakkan aje.


Kami bertolak pagi tu dalam 7 lebih. Singgah di McD untuk breakfast. Kat sana, fast food agak mahal. Bila convert, almost double the price di Malaysia. Nak masuk McD kat Lahore, kena scan okay. Scan macam kat airport. Kat sana memang banyak polis & askar merata. Ohya, dalam 2 minggu sebelum kami pergi Lahore tu sebenarnya ada kes suicide bomb.Boleh baca link sini. Ada kaitan dengan Taliban & dijangka suicide bomb tu hanya permulaan. Mak aku berat hati nak lepaskan pergi sebenarnya. But me being me. Aku just cakap dah beli tiket. Oops! Sorry not sorry? 


Pemandangan sepanjang highway ni akan melalui kawasan pertanian. Kat sana, rumah nampak simple tapi menurut Rohail, tuan rumah kalau yang ada tanah ni dikira orang kaya la kat sana. Entahla maybe tanah banyak ekar kot. Lepastu tanah ni dibuat ladang buah. Cuma rumah nampak simple bagi kita, bukan? Untuk arkitek macam kami pulak, sepanjang dalam kereta kami selalu discuss pasal senibina sepanjang jalan. Basically ikut pemahaman aku based on apa yang orang sana sampaikan, kat sana susah sangat nak hujan. Jarang sekali. Jadi logik lah kalau takde hip-roof. Cuaca pun 4 musim, tak memerlukan overhang pada bumbung juga. Tak sepanas Malaysia. Aku kagum sebenarnya sebab orang sana ada skill susunan batu bata yang agak cantik. Kalau kat Malaysia kan pekerja buruh Indonesia yang susun batu bata, lepas tu sebab batu bata tu akan dicat lepas sapu plaster, maka susunan tu ikut suka hati caca marba je kan diorang susun. Kalau exposed bricks ni aku rasa macam orang yang susun tu sangat passionate dan penyabar ye. Ok lah tu nasib baik ada pekerja buruh dari sana. Orang Malaysia ni ada meh skill susun batu bata cantik-cantik? *tanya je, jangan sentap lak kalau kau terer.hmm..*

  
Sekali sekala ada view cenggini. Sambil layan lagu bahasa Urdu ala Hindustan. Serius layan, mendayu-dayu cam nak nangis. Over kan perempuan ni?

Jadi tepat kata Rohail bahawasanya kami akan sampai dalam masa 4jam macam tu. Lepas breakfast, kami gerak dalam pukul 12.30 camtu sampai Islamabad (ada benti kat RnR sekejap lah). Kadang tengok pemandangan, kadang tertidur berdengkur cam motor bot gamaknya. Pemanduan orang-orang di Islamabad adalah berbeza dengan orang kat Lahore. Islamabad ialah capital city of Pakistan okay. Area dia terasa mewah. Macam posh area gitu. Ramai politician duduk situ. Orang-orang sana punya pemakaian pun nampak lah macam lagi moden/mahal. Ada seorang Pakistani ni bagitahu aku (boleh check google gak), bahawasanya Islamabad ni listed dalam no.1 dalam best capital cities in the world. Aku pun tak pasti lah rank tu berdasarkan apa. Yang pasti Islamabad ni terasa tenang. Takde rush apa sangat. Pastu macam diam je. Silent. Landscape sepanjang jalan pun cantik, hijau, redup. Aku siap tanya Rohail kenapa macam takde orang je sini. Diorang ni pergi mana? Pergi kerja ke?  Sebab aku bayangkan capital city kalau macam Kuala Lumpur kan macam Ya Rabbi sesaknya & sometimes can be so stressful kan. Rohail kata Islamabad memang camni. Tenang. Patutlah dia kata dia suka drive di Islamabad berbanding Lahore. Di Islamabad lagi safe nak drive & tenang-tenang aja.
Ni Cadillac Guest House. 

(Gambar blur sebab curi-curi amek gambar, boleh?) 
Oh gentleman nya angkatkan bag weolls. *flying kiss dari belakang abam driver*. Kitorang nak bawak sendiri, tapi Rohail insist dia kata biar dia buat. Terharu sis.  Kaum lelaki kalau korang tak hensem tak payah susah-susah buat plastic surgery tau. Korang be a gentleman je, konfem terus nampak hensem di mata perempuan! 

Kawasan tempat kami menginap tu, nice lah area dia. Kalau kat Malaysia ni, macam lalu kawasan Subang Jaya USJ 5. Rumah banglo-banglo tu. Takpun macam lalu kawasan Bukit Damansara. Pastu banyak pokok-pokok. Rasa tenanglah pendek citer. Beza sangat dengan kat Lahore. Kat Lahore aku susah nak bertenang atas jalan raya. Orang yang ada darah tinggi atau sakit jangtung cuba la elak pergi Lahore ya. 

Tengahari
Lepas check in Cadillac Guest House, kami pergi lunch. Nak murah-murah je kata kami. Makanlah capati dengan kebab ayam. 

Ni tempat kami makan. Kata Rohail, ni macam food court la. 
Untuk gambar-gambar entri ni, nampak macam cuaca panas kan? Sebenarnya matahari memang rasa macam terik. Silau mata. Tapi suhu sejuk. Best cuaca dia. 
Macam-macam ada. Of course lah sedap. 


 Lepastu kami pun minta Rohail bawa kami pusing Faisal Mosque. Faisal Mosque ni cantik. Masjid terbesar di Pakistan. Berjaya disiapkan pada tahun 1986. Lagi tua dari kami. Again, appreciating architecture kot. Pegang sana pegang sini. Bukan pegang orang hokeyy jangan gatal-gatal, pegang material bangunan. Sebenarnya bila jalan kat Pakistan, memang orang selalu tengok kami semacam macam kami ni alien. Sebenarnya mungkin sebab pemakaian kami. Orang selalu ingat kami Indonesian. Baju aku pulak memang guna kain batik Sarawak.haha. Dengar diorang bisik-bisik. Senyum jela. Ada juga yang tegur kami. Sebab pernah datang Malaysia. Wah bangga, bangga.
Orang Islam dari negara lain selalu respect orang Islam dari Malaysia tau kalau korang tak tahu. Sebab bukan kat Pakistan je orang puji negara kita. Masa aku kat UK dan travel Europe pun kalau orang Islam lain tahu aku orang Malaysia, selalunya mereka recpect lah. Dan nama Tun Mahathir mesti keluar dari mulut mereka. Disegani okay. 

Faisal Mosque dari luar.

Ohya, nak masuk dalam kawasan ni of course lah kena tanggal kasut. Ada penjaga kasut yang korang kena bayar sikit lah untuk sewa tempat letak kasut. Diorang ni alert je tau. Aku haritu terlajak setapak je kot kat tempat dalam masjid ni, dah kena sound kena tanggal kasut. Lek arr.. 

Nampak tak pakcik belakang tu? Haa, tu baju tradisional orang Pakistan. Majoriti orang sana pakai macam tula. Aku suka tengok sebab nampak sopan. Pulak tu diorang kan tinggi-tinggi,  segak sungguh hangpa ni, ada yang kacak jadi macam cuci mata pulak kehn.. hoi dahla kat masjid! Puhleez!

Nah sila layan gambar di Faisal Mosque!











Masa nak keluar dari masjid, masa tu aku tengah pakai kasut, nak ikat tali kasut. Aereena datang kat aku kata "trip ni..macam trip jatuh cinta kan, kak copi?" Statement yang jujur tapi tak dapat nak nafikan. Wakaka.. 
Tahulah ramai jejaka muka ala Hindustan. 

Petang
Kami ke Saidpur Village. Tapi takla jalan beriya sangat. Sikit-sikit aje. Saidpur Village ni kawasan bersejarah sebenarnya. Kampung ni dah ada sejak zaman Empayar Mughal. 

"The village has the footprints of various civilizations, including Gandhara, Greek, Buddhist, Mughal, Ashoka and the colonial periods, and now serving as a popular recreational spot for both local and foreign visitors. -bak kata Wikipedia.

Kalau perasan dalam gambar-gambar entri ni, yang nampak langit kan, langit tu biru je takde awan. So nice kan =)





 Kami nak naik Marghala Hill sebab nak tengok night view Islamabad dari bukit tapi Rohail kata masih awal. Better pergi tempat lain dulu. Maka kami masuk shopping complex The Centaurus. Ni lah pertama kali aku masuk shopping complex yang kena scan dulu sebelum masuk. Scan macam kat airport tu. Ada palang if kau bawak barang larangan, maka dia akan berbunyi. Siap dengan scan handbag sekali macam nak scan luggage dalam airport tu. The Centaurus ni sebenarnya mix-development project. Dia ada shopping complex 5 tingkat kat bawah, ada unit hotel, ada unit residensi. Designed by British architecture firm. Bila masuk, sebenarnya volume bangunan ni rasa kecik aje. Tak la rasa luas ke apa. Tinggi per level from floor to ceiling pun aku rasa macam 3 meter je. Dari luar nampak best. Masuk dalam, macam ok ok jela. Dia bukan macam feeling kau pergi Midvalley ke Sunway Pyramid ke yang ruang dia besar double volume tripple volume macam tu . Aku rasa macam sempit je space dalam tu. Kami tak rasa cam nak shopping apa sangat pun. Nak pi toilet je sebenarnya. Sejuk kehn kat luar. Hahaha. Ohya, kat Islamabad orangnya nampak macam dah biasa terima tourist so takdelah rasa dipandang sangat pelik ke apa. 


Camni lah kena scan sebelum masuk shopping complex. Rasa macam, weyy apa salah aku? Muka aku nampak macam penjenayah meh? 

Overall building model The Centaurus. 



See! Nampak tak ada polis lepas first glass door visitor tu masuk? Kat situ kena scan bag. Setiap access ada polis jaga dan kena scan. Bersyukur tak Malaysia masih aman? *eh tetiba*

Malam
Kami naik ke Marghala Hill dalam pukul 6.30 untuk tengok view dari atas bukit. Kalau kat Malaysia, dia macam pergi Look Out Point Ampang tula. Beza nya atas ni sejuk gilos. Kat atas ni, kami berhenti di Monal Restaurant. Memang famous kat sini. Pun sama, kena scan jugak nak masuk. Lepas tu kami pun menikmati view dari atas. Boleh nampak bandar Islamabad dari atas. Cantik sangat-sangat dan sejuk sangat-sangat kat atas. 
Fantastic view from Monal Restaurant. Fantastic, Romantic. Bombastic semua boleh. Sesuai untuk Honeymoon pun ya gak. Yang tak kahwin lagi boleh berangan fefeeling jela dulu eh. 

Walaupun muka hakak blur dan dah ngantuk tapi yang penting view di belakang tu weyy. Rasa macam Weyyy! taknak balik, tak habis fefeeling lagi ni. Tapi dah kejung, sejuk. Mana lah nak tahu rupanya sejuk sangat cuaca kat atas ni. 

Siang tu kami dah check dah harga menu kat restoran ni. Rasa macam harga cafe hipstur kat Malaysia kalau convert. Tapi disebabkan kami tak rasa nak makan berat kat situ, kami tangkap-tangkap gambar aje lepas tu beli dessert yang best. Masa tu musim strawberry festival kata sorang pekerja tu. Boleh penuhkan satu pinggan dengan pelbagai dessert yang berasaskan strawberry untuk harga PKR400 (dalam RM18) sahaja. Ok lah tu. Banyak kami ambil. Sedap pulak tu so yummeee.. Sebab strawberry kat Pakistan rasa lagi sedap & manis dari strawberry kat UK. Honest. Bila turun dari bukit, kami pun makan di restoran western. Sebabnya kadang tekak ni tak larat jugak kalau hari-hari makan capati dengan kari aje weh. Sampai satu tahap hang boleh cemuih jugak. 



I love you..Islamabad. 




Friday, May 5, 2017

Trip ke Pakistan- Day 2 [Kenduri Kahwin di Pakistan]

12 March 2017 (Ahad)- Pagi tu sedang bersiap, bersolek & betulkan tudung, ayah Waqas bertanya pada aku & kawan. Kenapa kami semua ni tak kahwin lagi? Dia pelik sangat. Ayah Waqas boleh cakap English sikit-sikit. Kadang-kadang macam ayam dengan itik jugaklah kami berkomunikasi. Uncle Zahid tanya, kenapa tak kahwin lagi (muka berkerut-kerut aku pula yang risau) ? Mak dengan ayah tak arrange ke? Aku geleng. Aku kata kat Malaysia tak sama macam kat Pakistan. Di Pakistan, mereka masih ada budaya macam India sikit. Anak perempuan, lepas habis sekolah je, umur 20 tahun macam tu dah dicarikan jodoh. Umur 25 tahun ke atas, dah dikira agak berumur. (OMGeee). Dan mereka, terutamanya yang golongan tua, masih mengamalkan cari jodoh ikut kasta. Kasta ni boleh tahu dari surname nama mereka. Saba pernah kata, kalau macam aku ni, sebab ada keturunan Syed-Sharifah, macam kasta tinggi kat sana. Tapi aku jelaskan pada mereka, kat Malaysia tak rancak mengamalkan arranged marriage. Selalunya pepandai cari sendiri je.Jarang dengar, bukanlah takde. & Takde pun ikut kasta nama. Kalau ikut background family nak sekufu tu ada la. Atau Datuk A nak kahwinkan anak dia dengan anak Datuk B. Ya know, orang-orang kayerr punya arranged marriage gituh. Then aku cakap kat Uncle, ermm..takdelah Uncle, belum sampai jodoh. Dia masih pelik. Kenapa? No facebooking? no chatting2? Whatsapp no heii? (Pandainyaa orang tua ni wey!! terkebil-kebil aku dibuatnya). Aku kata "ada, tapi susahla, kami busy..career women!" (Acah sangat kan jawapan). Pastu uncle cakap lagi. "Saba career woman too, now she's married." (sambil angkat tangan tanda kenapa kami tak boleh walaupun berkerjaya). Haihhhh.. sentap ittew. Senyum jela cakap jodoh tak sampai lagi, suruh Uncle carikan jela.



Kat sana jarang hujan. Jadi tempat perkahwinan ni sebenarnya tanah lapang. Sebab tu boleh dihamparkan karpet. Jangan terkejut sehari lepas kenduri, aku lalu balik kawasan ni. Terkejut aku rupanya kat tanah lapang ni banyak botol-botol sampah. Patutlah bila dalam khemah, walaupun cantik, tapi jalan tak rata. Ada bonggol-bonggol bawah karpet. Persoalan aku terjawab dah apa benda bonggol-bonggol tu sehari lepas kenduri. Hehe. Nasib baik waktu kenduri aku tak pakai kasut tinggi. 


Masa nak ke kenduri Waqas tu, ada la satu pengalaman lawak sikit. Family Waqas ada satu kereta. Tempat kenduri tak jauh pun dari rumah dia. Jadi adik Waqas suruh pergi seorang-seorang. Aku pun pelik la kenapa kena pergi one by one. Masa tu tengah kalut. Pastu adik Waqas kata boleh tak pergi sorang-sorang? Aku pun pelik soalan apeni? Pastu dia kata naik motor. Aku macam whoat?? Dah lama gila tak naik motor. Ada sorang bhaia menunggu di luar. Dia yang tunggang motor. So malu. Pastu aku konfius nak duduk macam mana. Sebab kat Malaysia kan kita duduk satu kaki sebelah kanan, satu kaki sebelah kiri. So seimbang la kan. Tapi aku perasan kat sana perempuan dia naik motor sopan. Mengiring. Ayu sangat. Pastu aku jiwa kacau, dahla bertahun tak naik motor, pastu konfius pulak tu. Then aku fikir, kau nak selamat ke kau nak ayu? Aku pilih selamat. Sebab aku takut aku yang rasa nak terjatuh kalau duduk mengiring, dengan takde helmet. Kat Lahore memang jenis penunggang motorsikal ramai tak pakai helmet. Sekali lepas tu kawan-kawan aku bukannya naik motor. Diorang naik van pakcik sebelah, jiran Waqas. Lepastu diorang gelakkan aku siap adik Waqas tanya aku duduk macam mana. Cheeky gila dia tu.


Okay pengalaman menghadiri kenduri kahwin orang Pakistan, like purely Pakistani. Mula tu kami sampai dalam pukul 1pm. Tunggu orang ramai datang dulu. Perut dah lapar. Dalam pukul 3 barulah pengantin masuk diiringi dengan lagu-lagu. Bila pengantin dah sampai, barulah guest semua boleh makan. Berbeza bukan dengan di Malaysia di mana tetamu datang boleh makan dulu, dah sudah boleh balik walaupun kadang tak sempat pun tunggu pengantin masuk sebab kejar kenduri seterusnya ke apa. Kat Pakistan tak. Sebab tu macam culture diorang, macam hormat pengantin la. Dah sampai baru guest makan. Tapi kan, makanan diorang pun tak macam Malaysia. Aku rasa orang Malaysia ni memang monstorous kuat makan. Kenduri tu, ada nasi briyani dengan satu lauk sahaja. Iaitu ayam macam masak merah. Boleh pilih nak makan briyani ke nak makan roti naan dengan lauk yang sama. Lepastu ada satu dessert iaitu fruit salad. Atas meja ada satu botol 1.5 liter air coke, satu botol air Sprite dan satu botol drinking water. Takde nya nak berulang isi air dalam bekas besar tu. Kat sana, aku suka sangat tengok baju tetamu yang datang. Baju tradisional mereka tapi dengan sentuhan moden. So nice & sopan.


Kat sana rata-rata kenalan Saba & Waqas mengenali kami. Kami dianggap tetamu dari Malaysia la gitu. Kami dilayan dengan sangat baik. Rasa macam saudara mara gituh.



Kami berempat bergambar dengan pasangan pengantin dan adik Waqas.





Bergambar bersama budak-budak comel Pakistani. Kan aku kata kan budak-budak kecik kat sana comel-comel. Rasa nak bawak balik sorang je. Haha. (kau hingat souvenir?!)
Tapi memang comel, kalau yang kulit putih tu siap pipi merah-merah macam pakai blusher. Mata bundar, hidung mancung terletak. Haih, kecik lagi dah comel. 


Dengan adik Waqas seorang lagi & anaknya yang super cheeky!



Reflection dalam cermin pun jadi.


Camnila meriahnya suasana perkahwinan di Pakistan. Budget perkahwinan kat sana lebih kurang je macam kat Malaysia. Maybe lebih sebab pengantin perempuan punya pakaian kena ada lebih barang kemas gittew..

Haih, bila tengok gambar rasa macam nak pergi lagi. 

Lepas balik dari kenduri, kami pulang semula ke rumah keluarga Waqas. Masa ni rasa macam kesian sebab kan orang baru kahwin. Sebolehnya taknak kacau diorang. Tapi Waqas ni sekali join dalam perbincangan kami tentang trip seterusnya yakni keluar dari Lahore. Kami punya planning nak pergi Islamabad lepas tu kawasan pergunungan menghala Utara Pakistan. Murree & Ayubia. Kami ada deal dengan orang Pakistan ni, yang merupakan travel agent la, deal dari Malaysia lagi. Sebenarnya, masa di Malaysia lagi hati aku rasa tak best dengan diorang ni sebab aku rasa macam kena tiow. (Tapi aku rasa Tuhan tu memang jadikan instinct perempuan ni kuat). Sebab bila tengok kat website lain, harga tak semahal tu. Travel agent yang ada website pulak aku ada whatsapp, sampai almost everyday mintak quotation, cakap nak bagi tapi hampagas betul, sampai balik dari Pakistan tak dapat quotation. Bengang tau sis! Tapi sebab aku malas nak fikir sebab last minute sangat otak aku penat & rasa baik sampai Pakistan dulu tanya pendapat orang sana sendiri kan. Takde bayar deposit dulu pun. Ternyata instinct aku betul. Saba & Waqas pun kata mahal. Sebab orang tu nak charge kami PKR10,000 (hampir RM450) sehari untuk sewa kereta & driver sahaja. Fuel, toll, makanan driver & tempat tinggal driver atas kami. Dan kami kena pergi Islamabad sendiri dari Lahore (makan masa 4-5 jam kalau tak rosak) naik bus Daewoo (macam bas express diorang la). Perjalanan kami dipermudahkan bila cousin Waqas sendiri ada contact number travel agent kat Lahore. Dia tanya quotation untuk ke Islamabad & jalan-jalan sana, driver boleh cakap English, berapa. So orang tu kata PKR5000 sehari, dia akan ambil dari Lahore, harga tu termasuk sewa kereta & driver (driver segak kemas okay bukan lekeh-lekeh uolls, habislah iman aku camni semalam dah senipis kulit bawang harini nak nipis mana lagi hahaha). Makanan driver, fuel, toll, penginapan driver, kami kena tanggung. At least much better lah daripada PKR10000 sehari tu melampau nak mati. Aku tahu Saba & Waqas maybe risau sebab kami semua perempuan. Orang Pakistan sendiri cakap, jangan percaya sangat orang sana. Abehtu apa la kami nak jangka kan. Tambah lagi aku ni, selalu husnuzon kat orang je rasa macam semua orang pun baik. huhuhu.. Bagi aku, aku rasa okay je sebab pernah travel Europe all girls juga. Tapi bak kata orang Pakistan sendiri (quote dari adik perempuan Waqas yang comel tu), malam sebelum gerak tu dia lepak kat bilik tidur dengan kami, dengan mata besar buntang dia renung dalam-dalam mata aku.. "you have to be really careful. This is Pakistan.. don't trust anybody easily. You don't know Pakistani people." Gulp~ gerun gila sia budak ni weh.


Jadi malam tu kami tidur dalam jam 11pm sebab esok nak gerak pukul 7. Pakistan punya waktu 3 jam lagi lambat dari Malaysia. So sebenarnya memang mengantuk gila la sebab pukul 2am kat Malaysia.

p/s: Entri seterusnya pasal kami ke Islamabad pula! Berpeluang keluar daripada Lahore. 

Nah tengok peta sikit. Yes true dah tak jauh sangat dari Kashmir tapi kami dinasihatkan untuk tak pergi bahagian sempadan Pakistan-India, sebab dikhuatiri tak selamat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...