Thursday, September 30, 2010

Setelah Setitis Air Mata Pasti Ada Senyuman. Betul !!!!

Salam semua! Halohaaa readers!! Kenapa bunyinya macam aku sedang gembira kan?hehehe..

Erm..kalau ada yang benar-benar follow blog aku, mungkin  tahu yang baru-baru ni aku kehilangan seorang sahabat baik. Dia ibarat abang juga. Pemergian dia merupakan tamparan yang hebat bagi aku sampaikan aku tak dapat menangis bila dapat panggilan telefon yang dia sudah tiada. Bila sampai di rumahnya di Melaka (aku dari Subang Jaya) barulah aku percaya dan huhuuu..termenangis pulak sebab sedih sangat-sangat.

Sebenarnya aku pun tak sihat waktu tu. Teruk juga demam panas aku hingga menganggu studies aku.Yang lagi penting mengganggu assignment dan projek. Teruk sangat sampai asyik terbaring aje. Entri blog pun aku banyak auto publish aje sebenarnya. Dan aku sangat berterima kasih pada yang bagi kata-kata semangat di entri aku "Bagaimana Mahu Menangis" tu. Sememangnya aku tak tahulah kenapa aku macam di ambang kesedihan(bukan di ambang wati keh) Lalu aku pulang ke rumah sewa,kebetulan bestfriend aku sejak sekolah rendah juga merupakan housemate aku baru pulang. Bila aku nampak Nisa terus aku peluk dia dan nangis kat dia macam budak-budak. T_T..huhu..malunyaaa.. sebab selama ni kononnya macam Macho gurl.Kawan yang akan cari aku bila mereka ada masalah.hekelehh.. Lepas dia brain wash aku,aku kembali bersemangat.Aku pikir balik ada betul kata-kata dia.

Lately ni aku asyik terkenang, teringat wajah-wajah yang aku sayang. Semuanya. Kalau boleh nak tatap satu persatu puas-puas. Aku takut,mungkin mereka akan pergi meninggalkan aku. Atau aku yang akan pergi dulu. Aku tak mahu ada rasa terkilan andai ada yang akan pergi. Jadi aku semakin rajin SMS mak aku betanyakan keadaan dia dan ayah aku serta adik-adik. Aku semakin gembira. Sebab aku rasa ramai orang yang aku sayang. Dan ramai juga yang menyayayangi aku *ceh perasan* .Mengenangkan kasih sayang yang aku ada sesama manusia membuatkan hati aku lebih tenang.

Jadi harini aku gembira sebab hati aku semakin pulih. Masa tak sihat aku sangat diam. Aku ada di studio pun macam aku takde. Bila dah sihat pulak mulalah bising dan kacau orang.hihihi. Untuk satu hari aje orang dah bagi gelaran

"kau ni macam Teletubies merah lahh", 
"kau ni hyper lah harini", 
"apesal kau sengal ha harini?",
"dah kau jangan kacau aku boleh tak?" lalalala...

Semalam baca buku motivasi.Aku nak kongsi satu petikan yang aku tak dapat lupa.

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman dan setelah malam pasti datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah."

Nota Hari Ini:
 
Harini aku ke kelas dengan membawa satu beg berisi pakaian terpakai. Baju kurung dan T-shirt lama yang masih elok.Sayang nak buang jadi aku minta mama aku bungkuskan semalam.Aku naik tangga untuk ke kelas dan terserempak tukang sapu sampah. Yeahh! Itu dia target aku! Pekerja Indonesia.

Aku: Hye kak! Selamat pagi (sambil senyum ceria)
Kakak: Hye dik. (muka pelik sebab jarang ada orang nak tegur kot)
Aku: Kak,nah! Baju untuk kakak dengan kawan-kawan kakak. Banyak yang dah tak guna.Tapi elok lagi.Tapi taknak buang,sayang. Jadi saya bagi kakak kalau-kalau kakak nak pakai.
Kakak: eh,jangan dibuang dik.Kalau nggak mau beri kakak saja.
Aku: Ok kak!! no problemo! (senyum)

Aku rasa happy,sebab seraut wajah kakak tu membuatkan aku happy. Lepas aku habis kelas aku ke bilik rehat mereka.Aku tanyakan ok tak pakaian tu. Mereka kata ok sangat. Aku kata lain kali aku bawa lagi sebab banyak sangat nak roboh dah almari. Mereka senyum dan ucapkan terima kasih & kata jangan dibuang baju-baju tu,bagi aja pada mereka. Mereka sangat perlukan pakaian yang elok. Tak kisah lah orang Indonesia dah bakar bendera Malaysia. Tapi bukan semua orang sama.Lagipun sama-sama orang Islam.Tak adil untuk aku berfikir macam tu. Yang penting niat aku untuk bersedekah dan kalau pemberian aku dapat membuatkan orang lain gembira dan berfikir masih ada yang kisah tentang mereka,aku lega dan gembira untuk diri sendiri. 

p/s: sorry pada yang tersaspen dengan entri hubungan aku dengan Scha Al-Yahya tu. Hehe.. Al-Yahya tu nama family. Sebab kalau keturunan Syed Sharifah ni memang ada nama keluarga macam Al-Attas,Al-Junid dan segala macam Al lagila.. Dari keturunan tu haruslah kot ada hubung kait tapi jauh sangat. Memang sejujurnya aku ada hubungan keluarga dengan beberapa artis popular lain. Tapi buat apa aku nak bagitahu maah. Aku tak rasa bangga pun. ;p Sebab artis pun manusia jugak. Lagipun mesti nanti korang kata.."ada aku kesah?? cakcakcakcakkk!!" tahu dahhh..

Yerp,nama penuhku Sharifah Sofiya. Sophie tu nama panggilan orang.

Wednesday, September 29, 2010

Hubungan Sophie Al-Yahya dengan Scha Al-Yahya


Hye semua!!! Gempak tak tajuk aku ni? hehe. Okeylah,entri ni aku buat khas sebab dah ramai sangat yang bertanyakan hubungan aku dengan Scha Al-Yahya nie. Sebab nama family sama kan? Sampaikan kawan kat facebook pun siap tag aku kat gambar Scha Al-Yahya.huhu.. Jadi di kesempatan ini..biarlah aku berterus terang saja supaya takde lagi orang nak tanya. Sebenarnya, aku dengan Scha Al-Yahya ni...

Tuesday, September 28, 2010

Seriously Korang Semua Patut Menonton Filem "Magika"

Aku baru lepas submission projek dan secara rawaknya terus decide untuk menonton wayang movie "Magika"

Mula-mula aku macam..Magika? apa tuh? Hah? Cerita Melayu? Naaaahhh..Tak nak lah kot.. Tapi bila dengar KRU yang bikin, dan lepas tengok trailer,tergerak hati pulak nak tengok.. Ha,sila tengok trailer dulu okeyh..



Antara watak yang paling aku suka ialah Nenek Kebayan lakonan Ziana Zain dan Puteri Gunung Ledang lakonan Ning Baizura. Ni filem muzikal Malaysia yang paling berjaya dalam hati aku setakat ni. Dan lagu-lagu dalam dia filem ni memang best sangat-sangat! Rasa maam nak beli aje kalau ada OST. Tahu tak macam tengok cerita dulu-dulu macam Snow White segala yang ada nyanyi-nyanyi tu tapi dalam version Melayu? Yes,cerita Melayu. Ouhhh..impressivenyaaaaa abang Edry ku sayang.(sekarang baru nak menagku sayang blah lu Sophie).

Jalan cerita sangat tak pening kepala,plot cerita simple, ending best. M.Nasir handsome gilerr(orang tua pun jadi haku nehh tak senonoh juga yer..) Ouh yahhh,tak sangka Mawi jadi Badang.Erkk!! Badang? kurus kot Mawi tuh nak jadi Badang celah mana kan.Tapi dalam cerita tu dia dengan gaya bengis dan rambut panjang macam ditaja Pantene tuh ahh,terus terdiam aku.terpaku,terjatuh cinta..Nyanyian Mawi dan Diana Danielle ouh, tak sangkanya Diana Danielle punya suara sedap.Huwaaaa... Aku jatuh cinta sama ini movie.Movie Melayu pertama yang aku benar-benar falling.Balik studio terus kecoh kat semua orang suruh tengok cerita ni dan WAJIB bawak aku lagi.Sebab aku sanggup nak tengok lagi sekali..Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............TAMMAT

Monday, September 27, 2010

8 Personaliti Bertudung Malaysia Menawan Di Mataku.

Sebenarnya nak cukupkan 10 tapi tak dapat pikir dah siapa. Ok jom review personaliti mana yang masuk dalam list aku ni.

1. Mestiiilah Datin Norjuma.Sejak dia ada dalam video klip lagu nasyid kumpulan InTeam lagi dah aku suka usha muka dia. Comel plus gojess giler! Tak payah mekap tebal pun dah comel giler. (^_^) Oh bolehkah aku jadi cantik macam dia kalau pipiku tak tembam? lalalala..


2. Wardina Safiyyah. Dia menawan dimataku kerana wajahnya yang manis. Selain itu susah nak dengar kontroversi buruk tentang dia. Aku rasa evolusi tudung di Malaysia ni bermula dengan Wardina lah.Ingat tak dulu-dulu masa dia mula-mula pakai tudung? Semua lah nak pakai tudung stail dia. Aku tengok dia pakai tudung lilit macam mana pun cantik.

3.Farah Deeba. Siapa lah tak kenal pengacara TV9 yang sangat petah ni.Bukan sahaja cantik menawan malahan juga petah.Yelah,lawyer kan.

4. Yuna. Aku sangat respek dengan Yuna ni sebab dia berjaya menjadi seorang penyanyi yang mempunyai identiti sendiri. Aku juga suka tengok gayanya yang bersahaja, sempoi,tetapi menawan. Tak gedik gitu, I like..Fashion dia pun stylo.

5.Azizah Ariffin. Dulu dia tak bertudung. Sekarang dah bertudung ni semakin menawan pula.Aku rasa wajahnya penuh keibuan lah.Itu pendapat aku ajela. Tapi rasanya betul la,lagipun dia seorang ibu kan.

6.Ziela Jalil. Ziela Jalil juga begitu.Dulu tak bertudung.Bila bertudung semakin menawan. Ada macam pesona anggun lah kira. Aku juga merasakan yang dia mempunyai wajah yang unik.kan?kan?kan? Comel walaupun dah agak berumur.

7. Heliza. Siapa lah tak kenal dengan si gadis molek yang lincah ni? Dahla putih melepak. Aku pernah terserempak dengan Heliza kat KL.Memang cantik. Suka tengok Syurga Cinta sebab dia.

8.Aida Rahim. Aida Rahim ni dari dulu sampai sekarang tak banyak berubah. Dalam lakonan dia,aku suka tengok pertuturan dia yang sopan ala-ala lembut gitu. Tak ke menawan? Sekarang pun dah betudung litup. Tetap menawan di mataku walaupun dah berumur.



Haaaa..itu ajelah yang mampu aku masukkan dalam list.

p/s : personaliti bertudung yang lain macam Waheeda dan Ekin tak masuk dalam list aku.Kenapa yer? Sebab ni list yang menawan dimataku.Bermaksud mereka mungkin menawan dimata orang lain tapi bukan dimataku.Harap Maaf.

Monday, September 20, 2010

Bagaimana Mahu Menangis?

Bagaimana mahu menangis? Yaaa..kenapa lah aku post entri macam ni tiba-tiba. Aku sedang bertungkus lumus siapkan kerja ni.Rehat sebentar jadi taip entri kejap.Aduhai,dah nak submission projek.Tapi demam panas pula. Nasib baik doktor bagi ubat yang kuat. Bila telan ubat tak lama lepas tu berfeluh-feluh keluar haba. Dahla tak lalu nak makan. Bila makan rasa nak muntah. Pening kepala.

Aku rasa setiap sem bila nak submission projek dan exam ada aje dugaan menimpa. Setiap sem. Sampai aku dah jadi heartless dah dengan apa yang nak jadi. Sem lepas mama aku acident kena langar motor.Masuk wad neuro sebab kepala injured. Mama tak sedarkan diri langsung.Tapi bersyukur mama selamat.Aku tak pergi second practical sebab jaga Mama kat rumah. Sebab takde orang nak jaga rumah dengan makan minum adik. Sem ni kehilangan sahabat baik.

Kadang-kadang bila benda dah jadi.. aku sedih.Memang tersangat dan terlampau sedih. Tapi masalahnya aku tak dapat nak nangis lama-lama.Atau tak dapat menangis langsung.  Walid aku kata aku memang tak kuat menangis dari kecil. Aku pelik kenapa. Bestfriend aku kata aku hati batu.Macam takde perasaan.(Padahal dalam hati aku ada je flora & faunanya)  Kadang-kadang aku harap lebih baik aku nangis supaya kurang sikit rasa sedih ni. Tapi tak dapat.

Aku tengah sedih kerana beberapa perkara sebenarnya. Aku teringin nak nangis sungguh-sungguh macam bayi.Atau macam perempuan yang kuat menangis.Ish,giler betul ada kemahuan sebegini. Takpelah,nak sambung buat kerja. Nanti aku free sikit aku buatlah entri. Dah ada sebenarnya cuma kena tekan post aje tapi takpelah. Mood pause seketika. Jadi siapa tahu bagaimana mahu menangis? Sila bagitahu. Jangan suruh letak ubat eye drops macam eye moist tu sudehh..

p/s: terima kasih yang tak terhingga kepada yang komen di entri lepas. Terima kasih sebab concern.

Sunday, September 19, 2010

Perginya Seorang Paan Zailani Dari Hidupku..

Salam kepada semua yang baca entri ini. Maaf, entri kali ini panjang dan mungkin berbaur sedih.Aku tujukan khas buat yang mengenali arwah. Entri pendek aku yang lalu aku telah katakan bahawa kawan baik aku telah meninggal dunia. Entri sebelum itu iaitu hari aku ke Melaka untuk melawat teman aku di hospital, aku tidak menceritakan secara jelas dia sakit apa kerana aku tidak mahu entri itu berbaur sedih. Hakikatnya waktu itu dia sudah berada dalam keadaan kritikal. Cuma wajahnya yang ceria sewaktu aku dan rakan-rakan lain yang datang memang benar-benar dapat sembunyikan kesengsaraan yang beliau alami.


Paan Zailani,seorang sahabat baik aku yang genius.Daripada seorang pelajar enineering yang bakal ke Jepun,beliau tolak lalu tukar course ke Architecture.Di situ kami mengenali santara satu sama lain. Architecture bukan di hati beliau lalu beliau tukar lagi course kepada CAT Profesional (Accountancy). Dari situ Paan mula membina nama kerana berjaya menduduki tempat pertama dalam Malaysia dalam Ujian CAT,dan tempat keempat dalam ranking dunia.Sunguh,beliau sangat bijak. Walaupun dia sudah tukar course,hubungan kami masih baik hingga di saat dia pergi.

Walaupun dia sudah tiada, ingin saja aku katakan..


Saturday, September 18, 2010

Kawan Baik Saya Baru Meninggal.Tolong Sedekahkan Al-Fatihah.

Aku sangat sedih sekarang.Terlalu sedih.Dugaan apakah ni? Aku akan update nanti.Tolong sedekahkan al-Fatihah untuk sahabat aku. Aku harus ke Melaka.

Friday, September 17, 2010

Bad Romance Parody from UiTM (Bad Design)

Video ini dibuat untuk pertandingan dalam Architectural Workshop Archustic di UKM baru-baru ini.Workshop ni menggabungkan pelajar-pelajar senibina dari pelbagai Universiti dan Kolej di Malaysia. Dalam workshop ni ada macam-macam pertandingan dan juga pameran.Ohya, Video ni menang Jury's Award.Proud of you guys.

Lokasi : studio 08 last sem.sekarang dah jadi studio aku.hehe..

Pelakon: senior dan junior student architecture UiTM Shah Alam.









*sila biar loading dulu baru tengok.Elak tengok sambil stuck-stuck.Sakit jiwa kan..*

untuk pengetahuan, video ni menggambarkan kehidupan di studio. Aku pasti merindui kehidupan di setudio sebab ini sem terakhir aku di UiTM.huhu.. Memang penuh dengan barang. Nak buat pantry sendiri pun boleh. Yang wajib ada : selipar jepun, tempat tidur bawah meja, cerek, cawan, milo & nescafe,bantal busuk.

istilah mock up dalam video bermaksud model yang dibuat untuk mendapatkan bentuk terakhir dalam design. mock up perlu dibuat banyak kali supaya nampak progress & supaya lecturer nampak dari mana datangnya bentuk bangunan yang kita design.

Design ialah subjek major dalam senibina. Subjek ni ada 6 jam kredit. Sebab tu kena puloooonnnn...Memang parah kalau tak dapat idea untuk design. Sebab tu kadang-kadang tak tidur. Bila dah dapat design nak lukis pulak.Lukis bukan macam lukisan kartun. kena proportion, ikut skala...tapi bukan lukis macam lukisan tapi kena pakai software.


*ni antara kerja yang aku dah buat. Hurmm..biasa aje. Sebab aku bukanlah excellent student tetapi bukanlah juga student yang corot. Average aje.Yang penting practicality dan supaya aku grad on time (alhamdulillah tak kena repeat apa-apa paper lagi setakat ni.Supaya sem 8 ni aku lebih rajin untuk naikkan CGPA) *


Nota kecil hari ini :
1. Sebenarnya aku nak buat post pasal aku ke Genting Highlands Rabu lepas tapi gambar-gambar ada di laptop di Shah Alam. Sekarang ni aku kat Subang Jaya.

2. Malam ni ada makan-makan,majlis pertunangan orang tapi tak tahu nak pergi ke tak.Ada kerja nak buat.

Thursday, September 16, 2010

Oh Liyana Lunia !! Benarkah Ini?

Hye semua! Aku tengah berfeluh-feluh ni. Rasa macam tak percaya pun ada. Mesti kamu semua kenal sama ini blogger Liyana Lunia. Sebenarnya,sebelum jadi seorang blogger lagi aku suka baca blog-blog orang lain.Liyana Lunia antara yang aku selalu tersesat dalam blog dia sebab blog dia selalu dilinkan kat blog orang lain. Aku selalu ingat blog orang lain berdasarkan template dan design blog. Selama ni aku selalu jadi silent reader dia saja sebab entry dia best,sempoi dan banyak info.Jadi baru-baru ni aku ada kekuatan untuk tegur dia (secara malu-malu,yes.) kat shout out dia. Yela, aku orang baru maah.Masih malu tapi mahu.*eheks*


Tup tup harini bila tengok follower yang semakin bertambah aku pun saja lah usha siapa yang follow ni yer.Aku ternampak Liyana.com? waah! dot com? Bila aku klik website ni keluar.


Aku macam..Ehhhh?? betul ke ni.Aku kelik sampai 3 kali sebab macam tak percaya.huhu. Mungkin bagi orang lain tak teruja macam aku kot sebab aku tak sehebat orang lain. Lagipun blogger baru macam aku ni agak sukar mendapatkan perhatian dari blogger-blogger otai.(ceh ayat macam kurang kasih sayang pulak).Kalau mereka singgah pun belum tentu mereka akan follow.Aku shout kat dia tanya betul ke dia follow aku ni?Macam tak percaya.

Aku lagi lah rasa nak pengsan bila Liyana Lunia shout kembali kat aku begini:

 Dia suka baca blog aku?*pengsan*. Walaupun aku tak pasti apa yang aku merapu dalam blog aku yang pasti dalam blog ni ialah apa yang ada dalam otak aku.Cara penulisan adalah sama macam cara aku bercakap. Disini aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap followers blog aku yang tak seberapa ni. T_T serius terharu dah meleleh hingus ni haa.Walaupun tak sampai ratus,aku tetap bersyukur. =)

p/s: kan aku dah kata kalau blogwalking tu agak-agak la kalau nak copy paste pun.hehe.tak baik tipu whoaa..aku belum ada nuff lagi lah cayril..Tapi selalunya siapa yang bernasib baik aku akan singgah kembali dan klik nuff dia. =)  baik tak I?

p/s/s: tak rugi berblogwalking.

One Day Out To Malacca!

 Masa:15 September 2010
Yang Giler Kentang : Sophie Al-Yahya, Joe & Yvonne, Lai,Shan.

Salam semua!! Hye! First of all, aku nak bagitahu yang aku bukannya berjalan-jalan makan angin di Melaka okey.Tujuan utama kami ke Melaka ialah untuk melawat rakan baik kami yang terlantar di Hospital Pantai kat Melaka (tak sure pula area mana.huhu..) Hurm,agak serius lah sakit dia ni.tak mahu cerita panjang.Apa-apa hal pun sangat-sangat berharap dia cepat sembuh sebab dia adalah seorang yang ceria.Jadi bila dia sakit ada rasa kekurangan sedikit.Dahla waktu-waktu raya pula kan..

Anti Racism: Sabahan, Malay, Chinese =)

Pagi itu berkumpul di rumah Joe kat Subang Jaya jugak. Breakfast bersama ibu dan adik-adiknya dan gerak ke Melaka terus. Sampai di Hospital Pantai dalam tengahari tak ingat pukul berapa tapi dalam sejam aje.Punyalah laju si Joe ni bawak kereta.


Ni lah Paan.Kalau ada sesiapa pernah baca entri aku masa pergi Genting mesti cam muka si Paan ni. Huhu..makin cengkung aje dia. Tengoklah kawan baik di belakang.Tolong urut belakang. Hihi,kami selalu buat macam ni.Tapi laki dengan laki lah,perempuan dengan perempuan laah.. (-_-') Ada sesiapa pikir bukan-bukan ke? sila sucikan otak anda.

Wednesday, September 15, 2010

Iklan Tiba-tiba (Part 2)

Ini tidak adil! Aku rasa mungkin ramai kot yang dah baca post aku bertajuk "Tentang Amri". Baru aje post kelmarin. Tapi respon yang aku dapat sangat memberangsangkan sampailah menjadi ranking first dalam statistik aku.Mengalahkan entri-entri lain dengan lajunya. Waaah! Ramai betul nak tahu pasal Amri ni.


p/s: Pageviews dirahsiakan lah.Malu la,aku tak sehebat korang,tak sampai ribu riban orang nak view pun. Aku cuma nak tunjuk ranking si Amri ni aje. Ok,sekian.Aku nak buat homework.Isnin hantar.Bye.

Iklan Tiba-tiba

Ni entri tiba-tiba.Sekadar mengekspresskan keterujaan aku sebab letakkan background air kat plug in ikan ni. Ouh rindunya pulau. Barulah nampak real sikit eh ikan ni? kikiki..kononnya warna ikan hitam sebab ala-ala bayang dia la.Sebenarnya nak buat ada dua aja ikan warna merah sebab konon cam kapel-kapel punya ikan la.Ahah gediks!   >_<     Ok aku tahu.nak kata aku kuat berimaginasi lah tu kan. Tapi kalau korang bosan bolehlah bagi ikan aku makan. Kalau rindu kat aku ke. *muntah weyh*.


Nota Kecil Tiba-tiba:
 Sebenarnya aku teringatkan sesuatu yang kelakar. Aku faham tugas-tugas blogwalking nih.Tapi bila copy paste ayat je tuh yang slek sikit tuh. Macam "singgah sini klik2 nuff". Ermmm..sejak bila eh aku punya blog ada nuff? korang perasan tak? Aku belum letak lagi.Mungkin aku tak mahu letak.Dah jangan tanya kenapa. Jom tidur sambil buat peta.

Tuesday, September 14, 2010

Tentang Amri

Hye!! Mesti ada yang tertanya-tanya siapakah Amri ini? Adakah beliau pakwe aku? Ohh tidakk!! Bukan,bukan. Kang kucik hati pakwe I nanti.Haritu sewaktu aku sedang sibuk membuat kerja di studio (bukan studio rakaman Sri Pentas okey),kawan aku si Apam dan Laida suruh dengar lagu dari Amri kat Youtube. Aku pun terpikirlaaa,Amri mana ni? Apa yang bestnya si Amri ni?

Monday, September 13, 2010

Tips Membeli/Menyewa Rumah dari Pakar Macam Saya

Salam semua! Harap-harap anda semua sihat. Okeh apa pula yang aku mahu bebelkan hari ini? Oh yes~ Tips membeli atau menyewa rumah. Kenapa aku nak bagi tips macam ni? Aku bukan siapa-siapa *malu*. Aku cuma terpanggil untuk buat entri ni sebab yelah, aku kan pelajar senibina, kadang-kadang menyedihkan juga kalau tengok orang beriya-iya aje mahu beli /sewa rumah.Tapi tak tahu apa-apa tentang baik buruk rumah tersebut. Asal cantik aje nak.Asal buruk aje taknak pandang. Buruk memang la,aku pun tak mahu rumah buruk kan.huhu. Ok dah,diam dari membebel. Jom zasss tips dari aku.

*sebenarnya aku nak lukis kasi korang paham tapi barang-barang melukis tiada sekarang*

1. Orientation (bukan orientasi macam mingu orientasi) tetapi ialah kedudukan rumah tersebut mengikut kompas. Ha,nak beli rumah bawak kompas! Tanya pada diri sendiri arah matahari terbit dan terbenam. Terbit dari Timur dan terbenam di Barat. Kamu hendaklah tahu bahawa cahaya matahari petang jauh lebih panas dari cahaya matahari pagi. Jadi elakkan membeli rumah yang kebanyakan tingkapnya lebih-lebih lagi tingkap bilik tidur menghadap arah Barat kerana bahangnya akan membuat anda over tanned dalam masa setahun. Kalau tandas atau dapur yang menghadap barat takpe,cepat sikit kering.Kurang busuk.
*paham tak gambar rajah ni? Bahagian dinding yang memanjang dan banyak tingkap haruslah menghadap North atau South.* Ni hanya sesuai untuk iklim panas macam Malaysia.Kalau di overseas yang sejuk tu lain.Mereka lagiiilah mahukan panas.

Mari Buang Toksin Macam Saya!

Hye!! Apa khabar semua orang? Anda sihat? Eh betul ke ni sihat? Pasti? Haaaaa..jangan tak tahu, walaupun luaran kita nampak sihat, tapi dalam badan..Ya Allah..Tuhan aje tahu apa segala racun dan benda kotor dalam badan kita tau.

Apa toksin tu? Toksin tu ialah bahan buangan beracun dalam badan kita. Kenapa kita perlu buang toksin? Kerana toksin akan bertindak menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita dan fungsi normal tubuh badan. Kerana toksin jugalah kita bakal mendapat cancer. 

Aku tertarik dengan entri Nurain Hassan ni. Aku memang dah lama nampak foot detox kat Uptown Shah Alam.Tapi tak yakin nak beli sebab takut tak berkesan.Yelah,nak beli Kinohimitsu mahal sangat. Jadi bila aku pergi lagi sekali lepas baca entri Ain ni, dan ternampak pula abang yang jual foot patch untuk detox ni aku pun rembat lah 5 terus sebab dia bagi 5=RM20. Satu pasang=RM5 taw. Aku pun bereksperimen dengan diri sendiri.Sanggup tunggu 5 hari tau untuk post entri ni.hihi.semangat! Nah dengan ini aku tunjuk gambar hasil eksperimen aku.

Pembolehubah dimalarkan : saya selaku tikus ekperimen
Pemboleh ubah dimanipulasi : Hari dan masa
Pemboleh ubah bergerak balas : tahap kehitaman dan lendir di  foot patch

Cara pakai : kena pakai 4-8 jam sewaktu tidur.

Hari pertama: Hasil lepas tidur 4 jam.

 
 Malam kedua : Hasil lepas tidur 7 jam. Macam kurang sikit.Eh yeke?

 
Malam ketiga: Yang belah kiri ni pakai tak berapa betul.tu yang putih kat tengah tu. Hasil 7 jam
  
Malam keempat : Hasil 3 jam je.Mungkin sebab tu tak penuh.


Malam kelima : Hasil tidur 8 jam. Waahhh! Banyak balik.(time ni kamera bateri low jadi gambar kabur sedikit.maaf)

Hipothesis: Semakin lama saya tidur semakin hitam foot patch tersebut. Kesimpulannya dalam badan saya banyak sangat toksin lalu saya harus membeli lagi foot patch ni sampai lah takde kesan hitam di foot patch tersebut.Ada sesiapa mahu kirim kah?

Apa ada kat benda hitam berlendir tuh? : heavy metals, metabolic wastes, toxins,parasites & chemicals.

Ohya,ni number Abang Wan yang tertera di pek Foot Detox tu : 0108902848. Kalau rasa nak borong ke apa boleh kontek dia. Sukahati aje aku publish kat sini.Tapi dah setiap pek tu ada number dia maknanya dia nak orang call dan oder lah kan. Semoga rezeki awak murah Abang Wan. =)

p/s: Jangan geli tengok.Belum tahu korang punya macam mana lagi.Ada berani try?

eh lupa nak bagitahu, kalau Nurain Hassan rasa sakit perut lepas pakai dan kaki cramp masa pakai, aku pulak tak rasa pape. Cuma bila bangun banyak pulak angin keluar. Asyik nak sendawa dan proot proooot kentut aje.heheh! Tapi badan rasa lebih segar dan ringan la..Bestttt!!

Sunday, September 12, 2010

Kisah Hari Raya Kedua Saya (2010)

Seperti yang aku katakan pada entri lepas. Aku nak letak gambar tapi cable hp ade kat studio jadi tak dapat lah nak letak gambar. Kenapa yer aku beriya nak letak gambar beraya tu? Sebab masa tu beraya rumah bos lama ayah aku. Dia kaya whoah.Jutawan. So nak tunjuk rumah dia yang santek gilerr tuh dengan ade swimming pool macam yang dalam drama Melayu suka buat shoot rumah-rumah orang kaya tuuuuu.. Tapi takpelah, tak jadi nak letak sebab nanti dia kene culik kang macam Datuk Sosilawati,aku pulak yang dipersalahkan. Tapi serius aku teruja.Mungkin sebab aku pelajar architecture maka keterujaan aku tak dirasai langsung oleh orang lain kot. (-_-') Perghh! Apa punya bahasa aku guna ni?Nak sebut pun berbelit lidah.Nasib baik kena baca aje. Dah! enough of merepeking.

*ni bukan tetamu yang datang rumah aku*

Saturday, September 11, 2010

Kenapa Perempuan Suka Mandi Lama-lama?

Selalu aku dengar mak aku marah abang aku sebab dia selalu mandi lama. Mak aku mesti cakap dia mandi macam perempuan. Aku pun terfikir kenapa laaa perempuan selalu dikaitkan dengan mandi lama-lama. Rupanya sebab nie :

1. Mesti nak belek muka,rambut dan badan dulu. Nak tengok lemak kat mana terkurang dan terlebih, rambut cun ke tak, ada macam Rozita Che Wan tak? muka naik jerawat ke tak, kulit makin cerah ke gelap,makin halus ke tak.Semua ni mesti ambil masa tak kurang dari 5 minit.


Kisah Raya Pertama Saya (2010)

Selamat menyambut Aidilfitri semua! Haaa..apa macam? Ala-ala meriah tak baju raya aku tahun ni? (ish bila memakai pakaian sopan sebegini terasa kekok membahasakan diri sebagai "aku") Tapi takpelah,sebab aku anggap blog ni macam dairi jadi aku tak kisah sebab dalam dairi aku takkan membahasakan diri aku "saya".
Sebenarnya bila dah semakin besar aku tak semangat sangat nak beli baju raya banyak-banyak.Jadi kali ni beli sepasang aje.Beli kat Jakel,tengah sale. Nampak terus try,ok terus beli.Takde nak banyak cekadak sangat nak glamour-glamour bling sana bling sini. Cuma memang aku target nak baju kurung warna cerah.Ni kain cotton ada sulam.tapi mesti lah tak nampak eh sulam dia dalam gambar.

Agaknya bagaimana raya orang lain yer tahun ni? Mesti meriah kan kat kampung? (nada sedih..) Hurmmm..aku tak balik Perak tahun ni.Beraya kat rumah aku aje kat  USJ Subang Jaya ni haa..Sedih gilerrrrr.....Jangan tanya kenapa.


Friday, September 10, 2010

Mahu Famous? Tiru Macam Magibon! Eh siapa Magibon?

Kalau anda rasa anda tak hebat untuk jadi artis tetapi tetap mahu famous, anda bolehlah tiru cara Magibon nie. Eh, siapa Magibon ni? haaa..Sebut baik-baik,Magibon taw bukan Majebonnn.. Ok pergi Youtube type nama Magibon sekarang!



Okeylah aku cerita sikit pasal gadis comel ni. Beliau sebenarnya dari Florida tapi aku tak tahulah kenapa dia suka beraksi ala-ala Cikaro Jepun. Dia mempunyai 90 lebih video di Youtube tapi hanya video menayang muka dan membulatkan mata dan senyum tanpa berkata apa-apa.Eh peliknya manusia ni!! Walaupun ramai yang tak suka Magibon ni sampaikan buat parody video Magibon, tetapi orang yang view dia tetap sangatlah ramai bebb! Tak percaya gi usha.

Walaupun dia nampak comel tetapi ada satu isu tentang dirinya yang jadi perbualan hangat.Iaitu gigi beliau.huhu..Aku rasa kesian pulak kat dia. *tiba-tiba

Tak kisah lah orang benci & meluat tahap apa pun kat dia tapi dia nih famous betul sampai lah nama dia dah bertapak kat dalam Wikipedia.Haaa..jangan tak percaya sehh! Bodoh-bodoh video dia pun boleh masuk wikipedia.Kita ada apa?

Ok, dengan baik hatinya aku dah cari video dia supaya kamu dapat menonton video Magibon ni. Tak payah nak menyampah ke apa,dia tak kacau kita pun. Dia bagi hiburan aje kat kita.Hehehe..

Thursday, September 9, 2010

AKU MALUU!!!!!



Hye!! Aku ternampak entri ni di blog Kata Kila. Aku join untuk menyokong contest Kila memandangkan aku memang dah follow dia sebelum nampak contest ni lagi.Tambahan pula aku ni pulak memang suka buat perkara-perkara yang memalukan diri sendiri.Jadi apa salahnya join kan.. (Cakap jelah kau nak menang RM50 Sophie..hahahaha..) Ok diam dan baca dengan tekun.

Chop!!  Kila tak kata pulak kena buat satu cerita aja makanya aku kumpul aje pengalaman-pengalaman aku dan muatkan dalam 1 entri. Banyak lagi sebenarnya cerita memalukan tapi takpelah,mana boleh jatuhkan saham lebih-lebih.

Contest Senyuman Maneh.

Ni yang aku suka blogwalking ni.Jalan-jalan jumpa contest. Dan terjumpa pula contest yang dianjurkan oleh
Gadis Kampung Separa Bandar (klik untuk view blog beliau). 



Syarat-syarat Pertandingan

Mestilah menjadi followers blog Gadis Kampung Separa Bandar
Mesti buat N3 pasal contest ni.
Pic yang dipertandingkan mestilah hak milik sendiri.
Anda diwajibkan berada dalam gambar tersebut dan bebas sama ada nak gambar sorang, bersama kawan ataupun family.
Hanya satu pic saja dibenarkan untuk dipertandingkan.
Letakkan dan link banner contest di side bar blog anda dan tinggalkan link anda di komen ini.
Tag minimum 2 atau lebih rakan anda.
Tarikh tutup adalah pada 10-10-2010.
Hadiah adalah topup bernilai RM30.
Jika pemenang menggunakan line prabayar, nilai tersebut akan ditukarkan kepada wang tunai dan akan di bank-in kan ke dalam akaun anda.

Best kan hadiah dia? Boleh tahan sebulan top up kalau menang nie.. =)
Disebabkan agak malu nak letakkan gambar senyum terlebih lebar ni sorang-sorang, makanya aku letak gambar bersama bestriend dari sekolah.Kesian dia pun jadi mangsa.Takpe,dia comel.hehe..Ohya,aku yang belah kiri.Jangan konpius pula yer..


Sekarang aku mahu tag :

1) ila

CONTEST BAJU RAYA ITIK KEJAM.



Akhirnya aku jumpa juga contest yang masih belum tarikh tutup. Macam fun juga yer join contest kat blog nih.
Kali ni aku mahu join contest yang dianjurkan oleh Itik Kejam.(klik untuk baca syarat-syaratnya).Sebab aku rasa macam mudah aje nak join. 

 Tempoh peraduan sepanjang 1 SEPT hingga 17 SEPT 2010. 2 pemenang dengan gambar paling kreatif akan diumumkan pada 19 SEPT 2010.

Makanya dengan ini aku mempertaruhkan gambar raya tahun lepas di kampung.Takdelah kreatif sangat pun.Sekadar meng-camouflage-kan diri dengan warna dinding secara kebetulan..hehehe..

Have fun! Selamat mencuba rakan-rakan..

Saya mahu tag
1) ila
2)Ieyna
3) Ain

Mari Pakai Tudung Seminit!

Salam semua kepada readers tak kira dari ceruk mana anda berada. Serta kawan-kawanku sendiri yang rajin berkunjung dan tak pernah berkunjung sebelum ini. (ooooOo..aku ingatkan korang tak tahu aku ada belog tapi sebenarnya korang rajin singgah eh.Bila kita jumpa nak bukak cerita pasal entri-entri aku la eh...) Anyway,tetap trimasss!!

So harini aku nak bercakap tentang tudung seminit. Kenapa seminit? Sebab memang ekspress! Tak sampai seminit dah siap pakai. Alaaa..tudung sarung tu.Yang kain cotton tu. Aku teruja beb! Sebab first time beli tudung macam ni. Selalunya kalau beli selendang mesti nak kena lilit-lilit. Payahhh..amek masa.Aku punya lifestyle pulak selalu rushing sana sini.Mana sempat beb nak melilit-lilit, nak kasi kemas lagi,pin sana sini. (aku tahu,nak cantik memang perlukan pengorbanan kan? kikiki..) Dengan halaju aku berjalan 50km/jam mesti terbang-terbang dah kan selendang lilitan aku tuh. Arhhh,takde masa lah..

Haaa..jadi aku nak tunjuk tudung seminit yang aku beli di kedai Bellamar di Seksyen 7 dekat dengan Wisma Jakel.(dpan kedai Upin Ipin)Lain kali aku nak beli lagi.Banyak-banyk warna sikit. Harga RM20 (apakah aku promosi tanpa dapat komisyen apa-apa dari Bellamar ni?? huh takpe,pahala di bulan Ramadhan.aku sedekah)---> kalau tak poyo memang tak sah.hihihi..

Jeng jengggg..ha ni lah dia tudung seminit tu. Chop, tudung seminit tu bukan brand dia seperti Tudung Seminit (dalam kata nama khas tu dengan sebutan ala-ala Yusof Taiyyyooooob) atau macam Tudung Ekin ke apa. Ni ialah tudung seminit (kata nama am) ok,paham tak?

Aku nak bagitahu lagi, aku rasa tudung ni bukan sahaja ekspress,malahan pula nampak kemas.Kalau nak beriadah ke atau nak buat aktiviti santai memang sesuai lah! ok,dah habis.



eh chop! masa ni keluar dengan adik aku ,tengok wayang.Waktu dalam panggung sebelum orang ramai datang sempat snap gambar dengan adik. Gelap kan jadi gambar tak clear.

Cuba zoom kat gigi dan mata aku.Macam vampire tak? Tiba-tiba gigi aku macam ada taring panjang.kikiki..dengan mata macam tuh.Aiyooo! Mentang-mentanglah pergi tengok Vampire Sucks.



Nota Kecil Hari Ini :
Tak perlu lah tengok cerita Vampire Suks tu yer tawan-tawan. Aku memang tahu cerita tu annoying (tengok trailer dah tahu)tapi sebab adik nak tengok aku temankan ajelaaa (ceh alasannnn.). Lepas tuh dia nak bambu-bambu pulak tak suka cerita tuh.Hahahaha...(tulaaa,sebenarnya mak aku marah sebab gi tengok wayang time bulan puasa..lalalala..)

Wednesday, September 8, 2010

Siapalah Yang Sanggup Buang Baby?

My sister & my 2 years old nephew. Aren't they such adorable creatures? (^_^) ..heart them.

Cody Simpson VS Justin Bieber VS Justin Bibir


Sebenarnya aku tak kenal pun siapa Cody Simpson ni sampai lah adik aku yang masih bersekolah tanya aku "kak,pernah dengar tak lagu Cody Simpson?" Aku macam."Huh? Apakah??" Jadi aku pun tanyalah dia siapa Cody Simpson ni.Dah lah nyanyi-nyanyi iYiYi (mesti korang tak paham unless orang Google sendiri) Siap adik aku tunjuk lagi video clip beliau. Hurmmm... Cody Simpson ni ala-ala Justin Bieber lah style dia.Muda remaja, video clip pun lebih kurang macam video klip Justin Bieber. Pendek kata memang sepesen lahh..Macam rival gituw ala-ala Britney Spears dengan Christina Aguilera dulu-dulu.

Haa,jom usha sekejap ..


 
Gaya pun lebih kurang..
.
.
.
.
.
.
.
.


Dressing pun?
 

seriously gambar di bawah sangat kantoi sama.
Kesimpulannya, aku rasa aku lebih suka Justin Bieber walaupun ramai yang tak suka. =)

Justin Bieber tau..bukan Justin Bibir. 
(-_-")

Siapa dapat tengok video nih tanpa gelak memang sangat hebat. (^_^)V



Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...