Friday, August 10, 2012

Email:Junior Yang Memerlukan Kata-kata Semangat





Aku baru terima email lagi dari seorang pelajar. Title email tu: Junior yang memerlukan kata-kata semangat. Fuiyooo..! Masa tengah fikir nak reply apa tu tiba-tiba terfikir, why not share aje kat blog semoga boleh jadi pedoman juga pada orang lain yang mungkin ada masalah yang sama dengan adik ni. Ok emailnya berbunyi begini (ada part kena hide sikit lah bagi menjaga nama baik adik ni)

Assalamualaikum kak sophie..
saya nak mintak pertolongan kak sophie sikit, boleh?

nama saya Fatimah (bukan nama sebenar)..saya pelajar Bachelor of Interior Architecture di (dirahsiakan)..
actually, baru2 ni result saya keluar..
dan perkara yg mengejutkan saya, saya FAILED subject design..
memang sedih sangat kak..sebab sebelum ni saya tak pernah failed subject ni..

perasaan saya sekarang ni rasa macam down sangat2..
kawan2 saya pun tak tahu saya failed sebab saya tak beritahu pun lagi..
saya masih terkejut dengan result tu..

saya nak mintak pertolongan akak sebagai senior untuk bagi sikit kata2 yg dapat menaikkan semangat saya sebagai studio base student ni..
although kita berlainan course, tapi rasanya kehidupan sebagai budak studio sama je kan? 

terimakasih pada akak sebab sudi baca..
kenapa saya cerita pada someone yg saya tak kenal  macam akak,
sebab kalau saya cerita pada org yg kenal saya, diorang akan judge itu ini..
saya dah buat yg terbaik, tapi saya terkandas..sedih sangat..
yg lagi perit, bila dapat tau kawan saya yg buat acuh x acuh boleh lulus..huhu..
stress kak..
wua...rasa macam nak tikam kucing kat depan rumah..huhu

terimakasih..


Fiuuuuuuuu~ tarik nafas panjang-panjang seperti biasa bila terima email begini. Ok, start!

Waalaikumussalam
Kehadapan adik Fatimah (bukan nama sebenar),

Saya bukanlah student yang gempak masa study architecture dulu. Walaupun saya tak pernah fail apa-apa subject selama saya belajar architecture, tapi itu tak bermakna saya tak dapat faham situasi awak. Sebab sebenarnya saya ada bestfriend yang hadapi situasi macam awak. Dia pun sembunyikan dari pengetahuan kawan-kawan. Tapi, benda macam ni, lambat laun orang akan tahu juga jadi firstly pesan saya : Terima hakikat. Terima hakikat & terima hakikat. Jangan lari dari kebenaran. Lepas tu Fight! Fight! Fight! 

Saya perasan, pelajar yang repeat design ni ada dua jenis mainly:
1) Yang betul-betul nak menebus balik rasa frust. Oleh itu mereka strive hard untuk excel & buktikan pada pensyarah yang mereka bukanlah tak boleh buat kerja ke apa. Repeaters macam ni bagus. 
2) Yang dah fail, lepas tu mungkin rasa lost, lepas tu membiarkan diri dihanyutkan rasa lost sampai akhirnya kena repeat beberapa sem. Ini bahaya. Bukanlah rasa lost macam mana. Design kan lain, kena stay di studio selalu. Mungkin dia tak dapat nak ngam dengan studiomate baru ke,mungkin ada masalah lain ke. Wallahualam. Taknak judge lebih-lebih.

Jadi sebenarnya saya harap Fatimah silalah jadi yang golongan no.1 or even better. Kalau awak fail, janganlah ingat awak tak bijak. Ada kalanya dalam hidup ni tak jadi macam yang kita nakkan walaupun kita dah cuba sehabis baik sebab Allah lebih tahu. Jangan fikir diri sendiri adalah loser atau failure . Cuba tukar sikit pemikiran tu macam ni: Bila awak tak lepas, bersyukur lah juga sebab sekurang-kurangnya awak ada masa lebih bagi semester yang sama untuk improve diri awak. Sekurang-kurangnya dah tahu apa kelemahan awak untuk semester tu jadi seharusnya lebih bersedia untuk score design sem tu. 

Jangan fikir situasi tak adil bila kawan awak boleh lulus walaupun dia acuh tak acuh. Time belajar mungkin dia lepas semua. Time kerja? sifat acuh tak acuh itu akan menjadi azab bila nak masuk alam pekerjaan. Trust me. Sebab saya rasa saya pun agak macam acuh tak acuh jugelah masa belajar. Jadi bila mula alam pekerjaan tu..Ya Allah..masalahnyee.. rasa macam menyesal la tak focus masa study, etc. Sebab ambil mudah banyak benda. Lagipun,mungkin juga walaupun kawan awak nampak macam acuh tak acuh, tapi dia lepas semua requirement design & concept design dia strong.

Kadang-kadang, bila keadaan tak jadi macam yang kita nak, mungkin kita rasa sangat kecewa rasa macam nak tikam kucing depan rumah kan. Tapi janganlah lupa juga, setiap yang jadi ada hikmahnya. yaa, agak cliche. Tapi itu hakikat. Sekarang mungkin awak tak nampak hikmahnya lagi. Tapi satu hari nanti, awak akan jumpa hikmah tu & waktu tu, awak akan rasa bersyukur kenapa benda ni jadi kat awak. Sebagai contoh, masa saya mula kerja dulu, company tu memang besar & ternama la. Saya rasa stress sangat. Memang mencabar bila fresh graduate nak mula kerja. Saya sedih sebab kawan-kawan lain yang kerja kat firm lebih kecil macam happy, rileks-rileks, projek pun ada takde je. Firm saya kerja pula bila firm besar tahu ajelah projek besar mana. Mau menangis menghadap drawing sama aje.huhu. Dahlah rasa macam tak tahu apa-apa.Pernah rasa stress sangat sampaikan menitis air mata masa berdoa pada Allah lepas solat. --->sampai gituh sekali yer.huhu. Saya doakan, kalau ada hikmah kenapa saya ada di firm tu, maka Allah tolonglah beri kesabaran yang maha tinggi pada saya untuk menghadapi setiap dugaan yang bakal mendatang. Sebab pernah ada time betul-betul rasa nak resign.

 Masa pun berlalu & saya apply sambung belajar untuk ke luar negara. Masa mat salleh dari universiti yang saya bakal pergi ni datang dari UK untuk interview student Malaysia, kami sama-sama browse through portfolio dari saya belajar sampailah kerja & dia impress dengan proses peningkatan saya. Tambahan pula bila dah bekerja confident level & communication skill jadi lebih bagus jadi dia terima saya masuk U tu, dan saya lepas jadi pelajar tajaan MARA mungkin sebab saya ada pengalaman kerja setahun lebih. Sebab kalau nak harap pointer aje macam kurang layak jeww..ramai lagi yang hebat-hebat. Jadi, itulah dia hikmah yang saya tertanya-tanya masa stress gila duk sobs3 T__T duk opis sampai lewat malam & sekarang dah terjawab. Saya rasa dengan pengalaman kerja di firm tu buatkan saya lebih bersedia untuk sambung belajar.Hikmah yang terjadi pada setiap orang tu berbeza. Tunggu giliran awak. Yang penting awak tak putus asa, tak salahkan orang lain & berusaha lebih keras. Mesti ada sesuatu yang lebih baik menanti. InsyaAllah. =)

Sekarang ni, anggap aje awak diberikan peluang untuk belajar lebih berbanding orang lain sebagai persediaan untuk bekerja nanti. Lagi satu, saya faham, mungkin ada perasaan malu berdepan orang ramai, junior yang bakal 1 batch ke, kawan-kawan original batch ke. Tapi janganlah rasa malu ke apa sebab kadang-kadang kita terlalu memikirkan apa yang orang fikir pasal kita. Padahal sebenarnya tak pun, orang lain banyak lagi benda nak fikir. & selama saya kenal budak-budak repeaters pun saya tak pernah pandang rendah mereka sebab saya tahu ability setiap orang berbeza,siapa tahu nanti yang repeat tu yang jadi arkitek berjaya & ternama kan.Tapi kalau mereka sendiri yang pandang rendah diri mereka, saya nak buat macam mana kan? Sebab tu Fatimah (bukan nama sebenar), jangan pandang rendah diri sendiri bila takde orang pun yang pandang rendah pada awak sebenarnya. It's you against yourself initially. Lagi satu,bos saya pesan, untuk course macam kita ni, jangan diam aje, banyakkan bertanya. Tak tahu tanya. Jangan buat-buat tahu semua. Kalau tak faham, cakap je tak faham. Jangan buat-buat faham.

Memandangkan awak student interior achitecture, saya nak suggest pada awak dan orang lain juga untuk pergi usha blog akak interior designer ni. Dia memang berpengalaman, humble & tak lokek dengan nasihat. Kalau perlukan pendapat dia ke apa insyaAllah dia boleh tolong. 
Boleh ke blog  Airaniez's Life mahupun blog Ilusi-Hafiezd (blog kak Airaniez dengan bakal husband) cuma mungkin mereka busy sikit sekarang sebab bakal berkahwin tak lama lagi. =)


Tertarik dengan puisi bertajuk "Senyumlah Wahai Hati Yang Sedih" by EB Junaidi. Sesuai buat hati-hati yang sedang sedih.

p/s: Amboiiii!! Pandai je aku nak nasihat orang.Dah macam kaunselor ke apa.hihi..Padahal tak tahu, entah-entah bila kecewa, aku gak yang pergi tikam semut di halaman rumah. huahuaaa...

11 comments:

  1. ok..patutlah email tu cam kenal je..haha...pandai ye Sophie...main *passing* sesi kaunseling..haha...

    akak pun nak minta sesi kaunseling sophie gak ni..mcm mana nak terer berenang cam Sophie?adakah syaratnya kena rajin mandi?haha...gurau je..

    Thanks ye adikku Sophie..hope to meet u soon..^_^

    ReplyDelete
  2. baiklah akak senior.. tq for your advice heee :)

    ReplyDelete
  3. hai kak sophie.. ni sy yg kt skype tu..lame x dpt respon kak sophie.. penat tggu.. T___T sy bc entry ni.. sy dpt rs frustnye sbb dlu sem1 sy pon hampir2 kecundang psl design nie..

    ReplyDelete
  4. wah, suka sangat baca nasihat ni.. Ya ada hikmahnya setiap kejadian. Yang penting, kita kena terima dgn lapang dada, insya Allah akan jumpa hikmah di sebaliknya

    ReplyDelete
  5. dulu pun dani down sangat sebab gagal 1 subjek. masa tu budak repeaters memang selalunya dipandang rendah. orang dok panggil budak repeat budak repeat.

    agak rasa malas dah nak fokus masa tu. tapi berkat doa mak ayah, kekuatan daripada dioranglah dani cuba.

    lulus jugak akhirnya.

    ReplyDelete
  6. waa pandainya motivate org..heh..high imagination ni...

    ReplyDelete
  7. wahhh..
    kita yg bukan bdak studio pun TERmotivate :)

    ReplyDelete
  8. Airaniez Wirdani:
    Haaa? ape pulak kena rajin mandi. Tipsnya: kena berani. =) kalau takut pun kena lawan rasa takut tu.

    Nuruashia:
    No problem.. =)

    Anonymous:
    Semua orang mesti ada time frust masing2 masa belajar..

    Sha My Heart:
    Yup, insyaAllah..

    Nurdani:
    Alhamdulillah.. Takpe, kalau repeat tak semestinya tak boleh berjaya dalam hidup.

    Apit:
    High imagination? wallaweeiii.. eh, mestii, nak jadi arkitek kena imaginasi tu tinggi..

    Ishiko:
    Hahaha.. bagus2.. =)

    ReplyDelete
  9. dalam byk2 entry saya paling suka ini. Sangat kena dengan diri sendiri mungkin. Thanks sophie!

    *btw sy tgh cari kls renang tp ter-jumpa blog awk and Im glad!

    ReplyDelete
  10. akak ni mmg hebat lah bekata kata .. saya yang baru apply uk course ni di uitm pon rasa tersentuh and bersemangat

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ,akak ,saya nak tanya , masa interview kat uitm , klu english kita broken sikit x pe ke?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...