Thursday, January 27, 2011

Don't Miss Me!

Hyeeeeeeeeeeeee!!!  =) =) =)


*gambar zaman rugged. Chewah~*

Saat entry ni dipublish aku dah pun bersiap nak ke Langkawi. Bas bertolak jam 12.30 malam. Kena berkumpul di UiTM dulu. Satu perkara yang aku tak suka tentang bas ialah pemandu dia suka bawa laju-laju. Aku harap perjalanan kali ini selamat. Aku harap latihan di laut nanti, mintak-mintak ombak tak besar. Kalau kau tanya aku, jujur aku rasa takut. Laut bukan boleh bawa main. T_T  tapi perkara yang aku takut tu lah yang aku nak buat. At least sebelum tua aku nak buat semua perkara yang aku nak buat.


Program ni merupakan program bersama Lifeguard UiTM dengan kerjasama JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia). Latihan ala-ala yang pernah aku ceritakan dalam entri sebelum ni tapi lebih susah kot sebab ada unit JPAM ni. So doakan lah aku selamat. Dan selamat beli cokelet banyak-banyak. Fiuh! Huhu. Mintak ampun maaf semua kalau aku ada terkecikkan hati sesiapa. Jangan rindu aku eh. Muahahahahahahahhaa <--- bajet macam hape je. Aku yang akan rindu blog ni. =( Sorry tau kalau tak sempat terjah blog korang balik. Sebab lately aku agak busy.

Ahad aku balik la. InsyaAllah. So, bye-bye semua!!

p/s: sebenarnya nak anjurkan contest tapi alahai.. tak sempat aje. (alasan) Dan sebenarnya aku nak post entry berkaitan gambar di bawah ni. Ada cerita di sebalik gambar ni.Hihihi..: 

 *kalau korang perasan ni gambar dalam banner aku yang kecik tu =) *

So tunggu jelah aku balik dulu dan habiskan melantak cekelat-cekelat aku dulu eh. So yeah, don't miss me.    =8)   <---bagi hidung kembang dulu.   Adiosss!!


Nota Kecil Hari Ini:
Aku dah mula hantar resume. Mungkin dah bersedia kot nak masuk kerja kat  firm. Aku harap ada rezeki. Kalau takde, rezeki aku pada class swimming lah kot sementara waktu ni. hehe. Semoga dapat kerja. Amin~

Latihan Lifeguard UiTM

Hye.
Ni cerita sabtu lepas yang aku baru nak cerita kat blog sekarang. Huhu. Mungkin faktor busy atau femalas nak edit gambar letak watermark segala maka sebab itulah aku lambat update. (alasan semata-mata)

Okey aku pernah bagitahu kan aku akan ke Langkawi hujung minggu ni. So sebab tu aku kena siapkan stamina. Sebab nanti ke Langkawi bukanlah untuk bercuti semata-mata tetapi untuk buat latihan di laut terbuka.

So yeah, berkat latihan gigih aku (kononnya) aku rasa aku dah dapat balik kot stamina yang dah lama aku tinggalkan. Sebelum latihan simulasi lifeguard hari sabtu tu, aku dah buat latihan sendiri lah kiranya supaya tak pancit. Kang pancit kang malulah aku selaku orang lama kan. Ecewahhh.. Kalau tak poyo memang tak sah.

Hurm. Nak cerita panjang macam nanti jadi panjang sangat so aku buat dalam point form lah k apa latihan yang dah dibuat. Tak semua lah aku cerita sebab aku pun tak berapa ingat dah.hahaha..

~ Mula-mula sekali warm up 300m non stop kena berenang.

~ Front crawl (berenang kepala keluar) 100m

~ Berenang pecut 23m, selamatkan mangsa menggunakan chin tow atau arm cross dan patah balik.
*kat atas ni selamatkan mangsa pakai teknik arm cross.*

*ni masa tengah selamatkan mangsa. kena tarik mangsa ketepi.*

~ Berenang memakai baju dan seluar biasa di luar (berat kot) dan selamatkan mangsa. Ni kena pakai baju biasa kat luar sebab nak samakan dengan situasi kelemasan sebenar.

~ Mata ditutup dengan kain yang diikat, berenang ke tengah (dengan mata tak nampak), selamatkan mangsa, dan bawa ketepi (susah giler yang nih. Tiba-tiba rasa macam berada di laut bila mata ditutup.huhu.)

~ Buat bulatan di tengah, water treading (teknik apungan dalam air) tahan terapung selama 15 minit. (paling best walaupun penat sebab kat tempat dalam.hihi.) Tapi bos kata,"you touch the floor, YOU FAIL! You touch the wall, YOU FAIL! bajet dalam movie Guardian.

~ belajar CPR

Ermm..macam-macam lagilaaahhhh!!


*dua-dua sebelah aku tuh swimmer. apo nak dikato..*

* walaupun nampak macam kami riang mengangkat tangan di atas, padahal kedalaman adalah 2meter, maka kaki memang takkan sampai. Oleh itu, inilah yang dinamakan water treading. Tipu giler ketua kami. Mula-mula kata tahan sampai 10 minit je. Tapi pastu kena tambah jadi 15 minit. hukhuk. tapi takpelaaa.. Enjoy jugak buat benda nih..*

*ni belajar pasal pool maintenance. Haaa.. nak tahu air kolam berapa kali ditukar? adelaaa..kalau bagitahu nanti korang tak sanggup mandi kolam dah kang..lalalalalala..*
*kononnya semua dah lemas sebab tak sempat diselamatkan. heh heh. ada macam dugong tersadai tak? *

* ok teknik di atas dinamakan Chin tow. anda berenang menarik mangsa. Tetapi sebelah tangan anda diletakkan pada dagu mangsa. Bukan pada leher. kalau kat leher gerenti kiok dah sebelum sampai tebing. Teknik ni applicable pada mangsa yang sudah lemau @ tak sedar dah. Kalau dia struggle dan tak tenangkan diri, susah nak bawa begini. kena pakai cara lain. Paham ke? huhu.*

* ok ni bukan saja-saja nak baring macam ni. Kalau anda berada dalam situasi kecemasan, lepas bagi CPR, anda haruslah meletakkan mangsa pada Recovery Position, yakni badan mangsa dipusingkan sebelah kanan. Jangan belah kiri tau. Tak tahu nak explain macam mana.hehe.. Tapi macam supaya jantung yang kat belah kiri tu dapat pump oksigen la. (ish kalu salah term kang malu lak..) so pandai-pandai lah korang research.*

Okey, sebenarnya banyak lagi latihan kami. Bayangkan lah dari pagi pukul 9 sampai pukul 5 petang. Break tengahari untuk lunch dan solat Zohor. Penat memang penat lah. Asyik kena berenang laju-laju.hukhuk. Yela, kalau ada orang lemas betul-betul mana buleh berenang slow-slow kan. Ingat renang berirama ke apa.

So kesimpulannya, walaupun penat, tapi puas hati la. Sebab walaupun kami lifeguard, kami tak pernah lagi la handle kes lemas (mati). Macam ni latihan supaya kami tahu apa yang perlu dibuat pada situasi-situasi kecemasan. Latihan ala-ala movie Guardian lakonan Ashton Kutcher.

Semoga latihan ni bagi persiapan pada kami untuk ke Langkawi dan menjalani latihan di laut terbuka di Langkawi bersama unit JPAM. (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) Huhu..aku dah bayangkan latihan ala-ala askar aje.. T_T  takpe, mesti boleh. GO GO GO!!!!

Wednesday, January 26, 2011

Short Post - Offshore Engineer Vacancy

Hye. Salam all.

A message from my brother who is an engineer -

Looking for field engineer for offshore construction. Engineering background, related experience added bonus, email your CV to mustaffa@alam-hidro.com.my

Closing date 31 Jan 2011. Please pass on, especially for those interested.

Thanks.

Monday, January 24, 2011

Speechless dan Berangan Lepas Dengar Video Ni.

Ni semua gara-gara Itik Kejam. Aku nak melawat dia sebab nak cakap thanks atas pemberian hadiah saguhati contest dia yang aku dapat. tapi tiba-tiba terlihat latest entry dia. Christina Grimmie aku kenal. Sam Tsui? Wait. Tak kenal. Siapakah? Kenapakah? Kenapa kacak? (^_^) ah gatal.

Dan aku rasa mulut aku ternganga dan mula berangan yang nyanyi itu adalah aku selepas tengok video ini. hihi huhu..but it was just a dream~





Sebenarnya dari dulu lagi aku suka sangat usha video dari Christina Grimmie ni. Sekarang ni dah femes giler ah kat Youtube. Aku lagi suka usha video dia daripada usha video artist. hehe.Pengakuan jujur aku ni. Aku suka dia sebab suara dia power, nyanyian dia bersahaja, dan dia pandai main piano. Oh tak dilupakan juga dia adalah seorang yang comel dan gaya tak bajet hot. So aku memang suka lah yang sempoi-sempoi macam dia. Sam Tsui ni pulak, hurmmm.. nak tahu lebih lanjut gi lah baca entri Itik Kejam ni. Aku harap aku boleh berkenalan dengan Sam Tsai sebab dia pun minat melukis. Nak jadi sahabat pena dia lah. (-_-') wtf I know..  T_T

p/s: dah lama teringin nak sign up kelas piano. Aku rasa macam dah terlambat. Tapi akak ipar aku kata it's never too late to learn something new. Sebenarnya nak berangan jadi cam Christina Grimme gak. Walaupun sedar suara cengkerik lebih merdu dari suaraku. Iskk!!!

Saturday, January 22, 2011

Pergh! Emosi Tiba-tiba Nak Main Layang-layang macam JULIET.

Nak tahu satu rahsia tak? Lepas ni takkan jadi rahsia dah.
Aku tak pernah main layang-layang. Sejak kecil sampailah sekarang.
Setakat tengok orang main pernah lah.
Padahal hati teringin sangat-sangat.
Tapi tak tahu nak main macam mana. =( nak lah orang ajarkan.
Nak lah juga berangan main layang-layang kat tepi pantai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Aku teringat masa aku jadi student. Masa tu junior handle Archikite.
Pertandingan main layang-layang la di tepi sawah. Tapi kena buat sendiri.
Ada dua kategori, satu layang-layang 2D. satu layang-layang 3D.
Yang 2D macam biasa sangat kot.yang selalu orang jual. Yang 3d batch aku menang. =) =) =)
Sebab walaupun 3d tapi beliau boleh dinaikkan.
Nama layang-layang 3d batch aku ialah JULIET. Sebab budak laki yang buat so nama layang-layang mestilah nama perempuan. (huh perlukah layang-layang ada jantina?)

Mungkin bila aku ada layang-layang sendiri aku nak namakan beliau Dr. Rozmey.
Mungkin juga Alfonso de'Alburquque (aku dah lupa nak eja nama dia.hahaha.)



 *picture credit to Khairuddin Sabri. My studio-mate*

So gambar di atas ni ialah JULIET 2. Sekarang ni budak-budak laki kelas aku rajin main layang-layang buatan mereka ni di Seksyen 7 Shah Alam.(tapi tak sure area mana,mungkin tasik baru) Kalau ada sesiapa yang nampak tu ha dia dah la si JULIET. Jangan korang terjerit-jerit JULIET! JULIET! bila nampak si JULIET ni eh.

Btw, ada budak-budak lain juga yang berminat dengan layang-layang ni. Lalu kawan-kawan aku jual dengan harga RM50. Takpe, boleh buat lagi. Amacam? Menarik tak JULIET ni? Sebenarnya aku nak join diorang main. Tapi tunggu dulu lah bila aku free petang-petang. Haha..

Friday, January 21, 2011

KANTOI ! Isu Blogwalking Pakai Software




Hye. salam semua.

Aku tak tahu lah sama ada kamu tahu atau tak. Isu blogwalking pakai software ni bukannya baru pun dalam arena blogging tanah air ni. Chewah arena gitu.So apa isu yang aku nak ketengahkan ni? Pagi-pagi lagi aku dah baca beberapa blog lah yang mengkantoikan siapa mereka yang pakai auto blogwalking ni. Memang rata-rata yang nama mereka dinaikkan tu ada shout di blog aku gak so aku kenal la jugak beberapa blogger tu.


Dan aku pun baru lepas baca entri salah seorang yang kantoi ni. Sebab dia bagi explanation yang panjang lebar jadi aku pun rasa macam terpanggil nak melinkan seorang brader ni. Suhaisweet.Aku rasa malas nak linkan blog yang mula-mula sekali mengkantoikan mereka yang menggunakan autoblogwalking ni. Korang nak tahu pandai-pandai godek la blog Bro Suhaisweet ni.


Apa yang aku nak tegaskan disini lah, memang lah siapa tak bengang doh? dah blogwalking blog kita then kite ramai-ramai terjah blog dia dan dia dapat traffic padahal dia mungkin tak pernah terjah blog kita pun. Memang tak adil kan? Kadang-kadang sampai rasa bersalah kalau tak terjah balik mereka yang shout sedangkan dia tak pernah terjah blog kite kot?? kan?


So aku rasa pada yang dah kantoi tu seeloknya rendahkan lah egois anda sedikit. Kalau buat salah susah sangat ke nak buat entri minta maaf? barulah orang lain sejuk hati. Ni ada yang macam taknak mengaku bersalah aje. Lepas tu nak kaitkan dengan orang lain pulak. Ape kes ni weh? 


Sejujurnya mereka yang pakai autoblogwalking ni memang follower mereka agak ramai lah. Tak dinafikan juga entri mereka kebanyakannya best-best walaupun copy paste ke apa I don't give a damn lah as long as they give credit to whichever blogs they copy pasted it.. Tapi dalam arena berblogging ni, kita kenalah saling support antara satu sama lain. Kalau mereka dah minta maaf, kita janganlah kutuk lebih-lebih. Berikan mereka peluang. Tak payah lah sampai nak tutup blog. Dalam yang menjatuhkan kita, pasti ada yang menyokong kita. Menjadi blogger bukan bermaksud anda kena menjadi writer yang perfect dan takkan buat silap kan.


Tu jelah, kalau rasa buat salah, minta maaf. Kalau rasa nak keras kepala. Itu suka hati individu tu la. Cuma readers bukannya bodoh untuk membezakan blogger mana yang patut disokong dan blogger mana yang patut  dipandang enteng (wow, aku guna perkataan 'enteng')


Ok. Tu je nak kupas. Aku terasa macam wartawan blog pulak kali ni. Thanks for reading =)


p/s : oh lupa nak cakap. dalam 700 ++ yang menggunakan software autoblogwalking ni, kenapa dalam 15 blogger je yang kena tempias? mana lagi 700 ? nantikanlah di ruangan shoutbox anda yer. Harap-harap mereka ni fikir lah sikit. Kalau boleh aku pun nak cara yang mudah. Kalau ada lift buat apa nak naik tangga kan? Tapi jujur tu penting. =)

Thursday, January 20, 2011

[Movie Review] KHURAFAT *thumbs up*


Haluuuu! Cuti Thaipussam ni kamu semua buat apa? Harini aku ke Summit USJ tengok wayang dengan 3 lagi rakan. Belanja mereka kali ni. Hihi. Selepas membaca review dari wartawan dan blogger lain tentang Khurafat ni, aku rasa aku patut lah pergi tengok. Siapa pernah tengok filem seram Melayu yang lain mesti boleh buat ranking sendiri tahap best movie lain macam mana. Kadang-kadang ending rasa macam annoying. Kadang-kadang bila dah habis tengok rasa macam "ekelehhhh.." Macam-macam lah perasaan tak enak tu kan lepas tengok.

Kalau kamu dah baca sinopsis movie ni,mungkin  masa tengok movie ni akan membuatkan kamu semua terfikir la. Sebab aku pun terpikir gak.

1.Siapa gerangan mak cik scarry tukang sapu sampah yang asyik bagi kuih tu?

2. Kenapa Anna (lakonan Sabrina Ali) ni macam tak faham bahasa? Orang dah taknak kat dia dah tu dahla.

3. Kenapa Johan(lakonan Syamsul Yusof) beriya-iya angkat mayat yang dah dibungkus tu kemana-mana selepas accident? kenapa tak ditinggalkan aje mayat tu dulu?

4. Siapa sebenarnya yang kacau Johan dan Aisyah (lakonan Liyana Jasmay)? Hantu dari Anna ke Pak Aziz?

5. Kenapa rasa cepat sangat habis cerita nih? haha <--- sebab best dan rasa tak lagging cerita ni.


Kesimpulannya, semua persoalan aku sewaktu movie ni terjawab la. Memang best lah wa cakap luw. Sampai beberapa kali gak la terjerit bila hantu keluar *malu nak ngaku*. Haaaaaa.. Aku rasa jalan cerita dia memang best. Simple, mula-mula twisted sikit tapi ending dia akan buatkan korang faham laaa. So pendek kata aku nak bagitahu sesiapa yang rasa-rasa macam filem seram Melayu ni tak best, aku nak bagitahu Khurafat ni bagi aku best. Buatkan aku teringat cerita keempat dalam Phobia (filem seram Thai). Cerita keempat tu pasal kena deal dengan mayat untuk transfer ke tempat asal. 

p/s: Syamsul Yusof handsome dan macho. T_T




Dalam Blog Pun Boleh Dapat Award =)

Aku dapat dua award =)


First sekali thanks sangat-sangat kepada Mizzlullaby sebab bagi award ni kat aku.Creative Blogger Award pulak tu. Heeee.. =)  =)  =)





PENGERTIAN TENTANG AWARD INI ADALAH:-

PENCIL Yang Besar
Menunjukkan Kesenian Yang Begitu Peka Terhadap Blog Anda Dan Mencerminkan Sesuatu Nilai Penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD Ini Di FOWARD Kepada Bloggerist Yang Betul-Betul Layak Menerima.

LOGO Bulat Berkelip-kelip
Jika Di Perhatikan Betul-Betul, Ia Adalah Manusia Yang Berkepalakan Monitor Komputer. Ini Membawa Maksud Anda Adalah Seorang Yang Begitu Bijak Menguasai Dunia Alam Maya Ke Globalisasi.

Untuk Maklum Balas Penerima AWARD Ini, Ikhlaskan Hati Untuk Membuat Entri/Posting Berkenaan AWARD Ini Dengan Kreatif Dan Penuh Estatik Beserta FOWARD Kepada 5 Orang Yang Betul - Betul Layak Menerima AWARD Ini. Anda Juga Boleh Meletakkan AWARD Ini Di Side Bar Atau Di Mana - Mana Yang Bersesuaian. Tinggalkan Comment Untuk Ucapan Manis Anda.
 
Oleh itu saya mahu tag:



Ok award kedua datangnya dari Topan. 
Nampaknya masih baru dalam beblogging so kita support dia. Ni award yang dia bagi kat aku. The only me yang dapat? (^_^)V  peaceeee!! tengkiu.tengkiu. Katanya aku dapat award di sebagai pengomen paling cool dan sopan. haha. Thanks yer Topan. Semoga jangan putus asa lah berblogging.



Contest Blog Paling Comel

Salam.
Aku terlepas tarikh nak join contest by Gayahspears yang ditag oleh Dila dan Fifiey jadi kali ni aku kena complete kan contest yang ditag oleh Budak Cekelat dan seorang lagi cik gadis Aina Nadhirah. 
Tajuk contest ialah Contest Blog Paling Comel. Hehe. Comel ke blog I ni awak-awak? Tapi takpelah, nak jugak join.Terasa muda remaja sikit bila join contest comel-comel ni. Heeee~    =B


Boleh klik gambar diatas untuk ke blog penganjur =)

Macam biasa lah contest kena tag orang kan. Kena tag 4 orang. Jadi saya mahu tag mereka yang mempunyai blog yang comel iaitu jeng jeng jengggg:

4. Dila

orang lain nak join pun boleyhhh  =) 

Wednesday, January 19, 2011

BUSY KE?

Aku sedikit busy sebab kena setelkan design banner dan t-shirt untuk ke Langkawi 27-30hb ni.
Takutnyeeeee..ada latihan lifeguard di sana. Latihan di laut terbuka. Gulp~ laut terbuka.
Ketua aku kata ada program yang ala-ala program burung hantu, ditinggalkan sorang-sorang di tengah laut beberapa lama then baru boleh naik.
Entahlah. Yang aku tahu training kali ni pasti tough sikit. Sebab training dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Kat laut pula tu.Ombak tak tahu lah besar mana. Gerenti sunburn nanti. Tapi takpela.


Sabtu ni pula ada latihan dalaman untuk lifeguard. Nak check stamina lah nie. Huwaaaa..mati waa..dah pancit kot lama tak buat lap.

Oleh itu, maaf kalau tak sempat post entry baru dan tak sempat reply.. Sebab akan meluangkan lebih banyak masa di kolam untuk dapatkan stamina. Cewah, gaya cakap konon macam atlit.

p/s: owh semalam baru nampak perenang kebangsaan Raja Azlina berenang di kolam UiTM. Perghhh!!! laju gilerrrrrrrr...boleh nganga jela tengok dia swim. Ohya, dia disitu sebab tak silap dia budak Law kat UiTM. Sesiapa student UiTM Shah Alam nak ambil sijil lifeguard boleh lah email saya di sophiealyahya@gmail.com  Syarat: kena tahu at least satu stroke renang. Preferable breastroke atau freestyle. Till then, goodbye.

Sunday, January 16, 2011

Tersentuh Hati Dipeluk Anak Murid

Salam. Hye. Aku baru pulang dari kolam. Erm. pagi tadi aku aku ada kelas dengan budak-budak. Kelas terakhir lah kiranya. Sepatutnya aku bawa mereka bersama Kasyfi ke Akuarium haritu tapi mereka tak datang pulak.

Jadi lepas kelas mereka menuntut la balik nak ke Akuarium seperti yang dijanjikan.
Family yang belajar berenang dengan aku ni terdiri daripada 2 orang adik beradik yang campur darah (mix Melayu+Scotland), seorang maid mereka dan seorang lagi kakak saudara mereka. So dalam kelas tu memang kebanyakan masanya kena speaking lah. Cakap  Melayu diorang pelat. hehehe. Cakap English aku pulak yang pelat kan.huahua.

Ok, jadi aku pun bawa mereka ke Akuarium selepas kelas tadi. Ohh! Mereka sangatlah excited. Aku belanja ais krim dan belikan makanan ikan supaya mereka boleh bagi ikan koi makan. Entah kenapa, aku rasa tersentuh hati la. T_T  sebenarnya setiap kali kelas terakhir dengan budak kan, aku mesti tersentuh hati. Sebab macam dah jatuh sayang. huhu. Selalunya aku bagi pendekatan bahawasanya aku ialah kawan mereka, bukan cikgu. Sebab tu aku suka layan mereka pot pet pot pet cerita pasal tadika, sekolah.

Rasa comel sangat tadi lintas jalan besar sama-sama. Bila dah takde kereta. jerit "RUN!!!!" sambil lari-lari pegang tangan dan melintas. Haisyhh..apesal la kali ni aku tak teringat nak bawa camera.

Sebelum balik Ashlee yang berumur 10 tahun sempat cakap "Now our class has ended, we'll never see you again, coach. So sad." Sambil muka nak sayu. Bila aku tanya dia, rupanya ibu dan ayahnya busy kerja. Pergi pool pun maid dia yang drive. Memang maid dia disuruh ambil lesen kereta supaya senang bawa anak ke mana-mana.

Lepas tu Ashlee peluk aku dan cakap "You're the best coach..". Aww~ So sweet lah this girl. Aku pulak yang terharu. Budak kecil peluk I. Then adik dia Keisha pun salam dan peluk aku. Diikuti akak saudara mereka dan maid. Aku cakap kalau nak hangout lain kali contact ajela. Huhu.

Seriously harini aku rasa happy. Happy dengan kerja aku      =)

*biasanya kalau aku sempat aku akan sediakan macam goodie bag untuk student aku. Takpun bawa mereka berjalan ke Akuarium.hehe. Kalau sempat jela. Dan kalau ada duit nak sediakan goodie bag. hohoh..Gambar kat atas ni goodie bag yang aku pernah bagi kat students.*

Mat Salleh Pun Belum Tentu Pandai Mengeja in English.

Al-kisah ni cerita pasal abang sulung aku masa kecik-kecik. Dulu-dulu ayah aku study di UK. Makanya abang aku sempat lah bersekolah kat sana. Nak dijadikan cerita, cikgu suruh seorang murid ni yakni anak orang puteh la mengeja.


Ayat dia macam ni: I knocked my knee with knife. (semestinya lah kan huruf 'k' tu tak bunyi)

Budak tu baca : I kenock my kenee with kenife. (siap bunyik lagi huruf 'k' tu)

Haru. Abang aku balik rumah pergi cerita kat Mama aku. Dibantainya gelak. Syiok sangatlah tu kononnya lagi pandai membaca daripada anak mat salleh tu. hehehe.. Sebenarnya sampai sekarang abang aku masih dengan sikap sarcastic beliau. Sekarang menurun kat anak dia yang umur baru 2 tahun tapi petah dan joyah. Serius joyah wehhh. padahal lelaki.

*Ayah kesayangan dengan cucu sulung yang joyah. Oh! aku mewarisi lesung pipit dari ayah aku.hihihihi..Comel kan ayah saya kalau takde jambang ?? =) =) =)  *


*cuba korang zoom sikit atas bibir dia. Nampak tak ada tahi lalat? tahu tak tandanya apa? tahu tak?? Tandanya banyak cakap. Serius budak ni sangat kelakar. Tapi satu perkara yang aku impress, dia pandai cakap dah.Tak pelat pulak tu.*

p/s: kalau nak anak muka cam Korea silalah tengok banyak drama Korea masa mengandung.Kuikuikui..Kakak ipar aku suka tengok citer korea.

Friday, January 14, 2011

PERHATIAN!! Kelas Renang Hari Ahad. Siapa Mahu Join?

Salam.Hye semua.
Harini aku buat-buat rajin sikit nak post sampai 3 entri.haha.

I'll make it  quick and short.
Siapa yang bergelar perempuan/wanita/gegurl. atas 12 tahun,
bagi yang berminat nak join kelas renang,
Sophie buka satu kelas baru Ahad ni, 16 hb Januari 2011.  9am-11am.
Kolam renang UiTM Shah Alam.

Sophie perlukan dalam 3,4 orang lagi untuk lengkapkan kelas.
Kalau berminat bolehlah email Sophie di   sophiealyahya@gmail.com

Memang swimming class ni untuk mereka yang betul-betul tak tahu berenang, fobia. Kalau dah pandai saya tak ajar ler. Jadi jangan takut, jangan segan. Sebab time ni memang khas untuk perempuan, indoor dan takde lelaki. Kalau ada kita kasi wachaaa! sebijik. Ok harap maklum. First come first serve. Ajak lah kawan kalau segan. Till then..papaiii! nak gi BBQ pool.   (^_^)V

Movie Yang Paling Aku Takut Tengok Dulu-dulu

Pennywise The Clown. a.k.a It  the Clown. (Stephen King punya cerita)

Siapa ingat cerita ni? dulu takut sangat cerita ni sampaikan abang aku asyik mengusik je. Kalau dalam bilik tu gelap dia kata "haaa, It dah datang." Jahat giler abang akuh. Sebab cerita ni la aku tak suka clown sampai sekarang. Scary.  Cerita ni masa aku darjah 1,2 camtu kot.

Tapi baru-baru ni aku ada tengok balik. Perghhh.Siap boleh tertidur pulak tu. Tak takut lah pulak. Siap rasa bosan lagi Hehe. Macam mana lah masa kecik-kecik dulu boleh takut giler-giler dengan It ni.



p/s: Ohya adik aku pun ada blog sebenarnya.  Deko Al-Yahya . 
Kalau dia mencarut lebih-lebih report aku eh. kuang3..

3 Perkara Rawak Hari Ini

Satu
Pagi-pagi biasanya Mama aku akan memaksa menyuruh aku ke ceramah agama. Tapi pagi ni ustaz favourite aku mengajar jadi aku on ajelah. Masa nak balik aku masuk dalam kereta dan hidupkan enjin. Dari dalam kereta aku terlihat seorang lelaki tua meminta sedekah pada seorang makcik ni.Mak Cik ni naik kereta Merc pulak tuh. Mak Cik ni tak bagi apa-apa. Orang tua tersebut beralih pada aku. Aku kesian sebab dia tunjukkan kaki dia bengkak. Untuk medicine katanya. Aku tak bawa banyak duit. Aku hulurkan RM2 aje. Kemudian Pak Cik tua ke sebuah lagi kereta di sebelah. Kereta BMW. Pun mak cik tu tak hulur apa-apa.. "Eh pelik." Kata aku dalam hati. Naik Merc, naik BMW, takkan seringgit dua pun nak berkira? Aku naik kancil buruk aje kot. Setakat RM2, tak luak kot duit. Bagi aku kalau pak cik tu nak tipu, tu antara dia dengan Allah. Tapi kalau memang untuk ubat, aku harap aku dapat pahala.Dan dimurahkan rejeki    =)

Dua
Lepas ke masjid, aku ke Mydin Subang sorang-sorang. Aku pergilah ATM nak keluarkan duit. Bila aku cek resit. Ehhh! Semalam aku baru cek account. Apesal harini bertambah pulak? Tak luak pulak tu duit yang sememangnya dalam account malah bertambah lepas aku keluarkan duit.. Ishh. pening kepala. Entah siapa pula yang baik hati nak bagi aku duit? tak mungkin gaji sebab aku tak claim lagi. Jenuh tanya ayah aku (walaupun tahu tak mungkin ayah aku nak buang tebiat bagi duit kat account), tanya ketua aku. Musykil sampai sekarang. Takkan sebab aku sedekah kat Pak Cik tu terus masuk duit pulak? Ini bukan sinetron Indonesia. Hurm.siapalaaa yang tersalah masuk account ni. Aku rasa dah kali kedua kot dapat.

Tiga
Aku ke Mydin sebab nak beli krim muka, kulit aku ni rasa kering semacam. Masa nak beli krim Safi Balqis, ada lah seorang akak India ni tarik aku promote produk minyak apa entah untuk kulit muka kasi hilang parut kulit berseri segala. Siap gaya nak paksa-paksa. Hurmm.hampir terbeli jugak lah. Tapi bila tengok kulit dia pun berlubang-lubang, haisyhh malas ah nak beli.Dah lah mahal. Aku cakap "akak belilah untuk akak sendiri yer, saya nak cari krim,tak nak minyak"




Nota Kecil Hari Ini:
Lately aku macam tak berapa busy jadi Mama aku memang mewajibkan aku pergi ceramah agama la. Mula-mula biaselaaa,malas-malas manje gitu. Lama-lama rela hati aje nak pergi. Tapi best. Aku paling suka Ustaz Dasuki. Glemer gak dia kat area ni. Kalau kelas dia aje, selalu tempat parking penuh. Tak muat-muat dah nak parking. Harini belajar pasal Alam Barzakh : hubungan roh sesama roh di alam barzakh. =)

Thursday, January 13, 2011

Siapa Taknak Masuk Magazine dan Dapat Payment, Rugilaa.


Hye, salam semua pembaca, hari ini aku mahu berkongsi satu benda dengan kamu semua. Bulan lepas, aku telah diemail oleh seseorang yang bernama Encik Sahar. Katanya berminat dengan gambar yang aku ambil di Pulau Tioman. Dan beliau bertanyakan kalau aku berminat nak tulis artikel pasal Tioman. Sebab pihak beliau dalam proses menerbitkan satu majalah berbentuk travel Malaysia. Aku telah pun menghantar artikel aku. Cuma first edition tu lambat sikit keluar. Dalam bulan March katanya. Majalah tu bertajuk "MY Cuti-cuti".

Masa mula-mula dapat jemputan tu, aku excited lah kan, sebab ada juga orang yang appreciate gambar-gambar yang aku ambil. heheheehe.. So aku tak tanya lah pasal payment ke apa, ingatkan untuk suka-suka aje. Lepas tu En.Sahar suruh cari ada sesiapa berminat tak untuk menulis bagi edisi Adventure. Edisi ni macam, kena cerita lah pengalaman macam meredah hutan ke, paragliding ke, hiking kat gunung ke. In Malaysia la tapi. 


Dan Encik Sahar kata, artikel yang berjaya dipublish dalam magazine tu akan dibayar RM200-RM500. Depends on article. Since magazine tu belum keluar so aku tak dapat la lagi payment itu.hihihi. Cuma nak share dengan korang la. Kalau berminat why not. Mana tahu muka korang masuk majalah ke. Tak semestinya jadi model baru boleh keluar majalah maahh. Best juga dapat share cerita kita kat orang.

Sesiapa yang berminat dan mahu bertanya lebih lanjut bolehlah email Encik Sahar di :
sahar@zmgmediaads.com
(jangan lupa mention nama Sophie.hihihihi..)


Ikut pengalaman aku tulis article untuk En.Sahar ni, dia suruh buat dalam 2 page je (pakai Microsoft Words). Gambar hantar asing-asing.


Ni  antara gambar-gambar yang aku ambil masa ke Pulau Tioman bulan Julai lepas.Mungkin gambar ni lah kot yang menarik minat Encik Sahar. Kalau nak baca serba sikit pengalaman aku bolehlah baca entri  Pengalaman Ke Pulau Tioman Yang Sangat Bermakna.



Wednesday, January 12, 2011

Kalau Dah Bosan dan Perlukan Entertainment.

Ni semua gara-gara ternampak kawan aku upload gambar dia jadi covergirl magazine. Padahal dia adalah seorang lelaki. So aku masuk lah website ni. Macam-macam ghupe dah aku cuba.Hahahah. Kalau bosan dan perlukan entertainment bolehlah cuba ye tawan-tawan. Nescaya anda tetibe boleh jadi artist, movies star, magazine covergirl, halloween. etc. 

* My Favourite!! Sophie Sparrow*
Agak-agak orang takut tak tengok muka tak brutal camni nak jadi lanun.ceh.



 *Awww~ akhirnya dapat peluk Edward Cullen.So suweeet~*











 *hahahaaahaha.. *

*Hye, nama saya Sherek.*






Gambar asal:


Sebenarnya kalau korang perempuan korang boleh try lah nak letak muka korang kat awek-awek hotz. Mana tawu nak merasa macam mana muka korang dengan rambut pelbagai jenis style. Yang lelaki pulak boleh letak muka kat gambar yang ada body ketul-ketul. Kot berangan nak ada six packs ke.

Nak cuba untuk suka-suka boleh pergi ke:


Just for fun okey!!!!  =)

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...