Sunday, August 26, 2012

Perasaan

Okey, aku ada masa lagi 2 minggu sahaja lagi sebelum sambung belajar. Sebelum ni masa berhenti kerja rasa macam ok, aku ada lagi masa 2 bulan sebelum "terbang". Tapi sekarang tinggal 2 minggu?Hurmm.. Kalau korang tanya apa perasaan aku sekarang, serius aku tak tahu. Rasa macam percaya tak percaya lagi. Kalau nak tanya soal preparation, aku memang tak prepare apa-apa lagi. Aku lagi pentingkan PC mahupun laptop yang aku nak bawak. Kena upgrade ke apa, tambah software ke sebab yang tu paling mustahak untuk aku sambung study. Baju-baju, etc, takpe lagi, kat sana boleh cari. 

Sekarang ke mana-mana aku pergi aku akan ambil feel. Feel dengan suasana, makanan, keramahan orang-orang sekeliling, keharmonian negara Malaysia.(patriotik ni sebab dah nak merdeka.Haha..) Esok baru aku dapat buat visa. Aku harap takde halangan untuk siap walaupun aku takut lah jugak siap lambat. T__T 

Of course, aku harap dapat kongsikan cerita macam mana aku boleh decide nak sambung study ke luar negara walaupun pada mulanya aku tak bercita-cita sangat pun nak sambung luar. Nak share juga kenapa aku pilih UK bukan Australia mahupun New Zealand. Tapi, bila dah betul-betul menjejakkan kaki kat bumi UK baru aku cerita lah. Takmau cerita banyak dulu takut tak sampai.huhu..

Apa-apa hal pun, bila dah sampai sana nanti, perkara pertama aku nak buat ialah tampar pipi aku dulu. Untuk pastikan aku tak bermimpi. =)





Saturday, August 25, 2012

The Power Of Makeup. Genuine vs Fake

Sebenarnya nak muatkan entri ni dalam entri sebelumnya tapi macam panjang je kan. Nampak sangatlah in real life pun I boleh tahan talkative jugelah.Hahaha.. dan suka gelak juge.Hahahaha.. *perlu ke nak hahaha disini??

 So aku bahagikanlah entri sebelum ni kepada dua. Bolehlah kembangkan idea lagi. Ok, macam dalam entri sebelum ni aku dah letak gambar aku tanpa pakai mekap.(Daaa, banyak je gambar aku tak pakai mekap dalam blog ni especially kalau buat aktiviti di pulau.ok,wahateverla Sophie..) 
So gambar yang sama di bawah ni adalah gambar latest la kan.

*gambar mak minah baru pulang dari pasar*


And now let me show you what makeup can do to your face:
No need foundation. No contact lens, blusher etc.Just a thin layer of compact powder, eyeliner and lip gloss. Ooo, baru perasan. Beza ok gambar pakai make up dengan tak pakai. Hati-hati lah dengan penipuan kuasa mekap yer brader-brader di luar sane. 


So what more can makeup do to your face? 
Ok, so, me in this picture look so hurmm..fake kot? Oh, extra lighting gituh..See, I pakai contact lens mata besar. Pakai foundation, blusher, lipstick, eyeliner. 
Cuma untungnya I tak payah pakai bulu mata palesu kot sebab kalau pakai mascara pun selalu juga orang ingatkan I pakai bulu mata palesu. Huhu.. See, the power of makeup brader-brader & sister-sister! 

So sebenarnya, bila berbicara kuasa kuasa makeup ni.. Bila kita rasa orang-orang dalam iklan, majalah mahupun internet cantik, cuba kamu tanya diri sendiri, kalau mereka tak pakai mekap langsung, bagaimana agaknya wajah mereka ye? Barangkali seperti wajah I yang baru pulang dari pasar kah? Ahaks. Bagi aku, sedikit makeup untuk kelihatan lebih segar okey lagilah. Nanti orang kata macam baru bangun tidur atau tak mandi pulak kan.  You know, just to look a little bit more presentable. Tapi kalau makeup tebal tu sampai dah tak nampak kulit muka, hanya nampak lapisan foundation & bedak, hurmmm.. macam pondan jee.. Ehh!

Tak semua orang dikurniakan wajah yang cantik semula jadi, betul? Kadang-kadang wanita dieksplotasi oleh media dengan sangat dahsyat (walaupun wanita tu bertudung). Hanya sedikit sentuhan makeup mampu mengubah wajah seseorang. Apatah lagi kalau makeup tebal dengan mata pakai contact lens & berbulu mata palsu? 

Antara contoh selebriti bermekap tipis & nampak lebih natural yang aku suka:


p/s: brader-brader di luar sana,kalau tak percaya apa yang makeup mampu lakukan pada wajah anda, cer try cer try. Gerenti punya pondan mengaku kau geng diorang. Class kau nokk!!

*jelingan manjew gituww~*



Thursday, August 23, 2012

Pengalaman Muka Berjerawat & Tips Merawat

Siapa lah dalam dunia ni taknak muka flawless kan? Dengan adanya majalah kecantikan yang berlambak-lambak di pasaran, dengan kehebatan pihak media meng-edit gambar sampai muka model nampak licin gila, putih gila, membuatkan kita yang mempunyai masalah muka ni terasa hodoh gituww. Betul tak? Mesti rasa macam eh, nak beli lah produk dalam magazine ni. Nak cantik macam model ni.

Hello~ wake up boys and girls!!
Kalau kamu duduk dalam Malaysia, dengan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun, dengan pembiakan bakteria yang maju jaya dengan cuaca begini, bukanlah mudah untuk mendapat kulit yang cantik, flawless gitu. Melainkan keturunan kamu mempunyai genetik kulit cantik. Melainkan dari kecil kamu memang sangat prihatin dengan sebarang cacat cela pada wajah kamu, kan.

Jadi, aku nak share pasal pengalaman aku sendiri lah. Aku mula ada masalah jerawat masa di sekolah menengah. (adakah jerawat gatal? huahuaaaa) sampailah aku study di UiTM. Nak kata tak cuci muka, hari-hari pun aku cuci muka pakai pembersih muka. Sampai dah tak tahu kenapa dah muka aku ni taknak stop pertumbuhan jerawat tu. Macam-macam pencuci muka aku try untuk tahu mana satu yang sesuai dengan kulit aku.

Ni gambar-gambar masa zaman study di UiTM. Teruk. Tapi masa sekolah lagi teruk. Ada masanya rasa sangat rimas dengan benda asing yang tumbuh kat muka nih. T__T

Walaupun muka aku berjerawat, tapi kulit aku kurang sesuai dengan produk yang memang dikhaskan untuk jerawat seperti Oxy mahupun T3. Sebab kulit aku jadi kering dan gatal-gatal. Pernah gak try produk yang memang untuk jerawat yang beratus-ratus harganya tapi takde kesan langsung.Oleh itu, ni antara produk pencuci muka yang aku ok:

Walaupun pencuci muka Eversoft ni bukanlah untuk jerawat tapi aku mendapati ia berjaya mengurangkan jerawat aku tanpa membuatkan kulit aku kering. Aku pernah pakai yang nourish (avocado) dengan whiten & firm.

Ni aku pakai masa Form 4-5. Pun aku suka. Memang untuk jerawat & tak buatkan kulit jadi kering. Biasanya kalau aku suka produk tu aku akan guna lama. Kalau macam so-so je, lepas sebotol aku tak beli dahlah produk tu.

Tapi sekarang ni aku macam dah jatuh cinta dengan pencuci muka ni: 
Mula-mula aku rasa pelik feelingnya masa cuci muka pakai Cetaphil ni sebab macam licin semacam & takde buih sabun. Rasa macam cuci muka pakai losyen. Haha. Tapi lama-lama, dah biasa & orang asyik tanya pulak aku pakai produk apa jerawat makin kurang & texture kulit makin elok. Mak aku pun impress. Haha.. Sekarang dah nak habis 2 botol dalam masa hampir 6 bulan.

Toner pula aku gunakan produk Safi Balqis. Memang suka. Sebab nama dekat-dekat. 
Sophie, Safi. Ok lah tu.. ;p Tipu je koghojenye.. Produk Safi lain yang aku pernah guna ialah krim-krim muka, krim siang, krim malam, krim kecantikan. Semua ok. Cuma banyak betul krimnya. 

Jadi sekarang aku guna krim:

Fair & Lovely Anti-Marks. Bila pakai tak rasa berminyak. Kulit aku agak kering sekarang ni. Kadang-kadang perit je rasa. So bila pakai krim ni rasa muka tu best jela.hoho..

Tips lain yang sangat berkesan:

-Minum banyak air putih 

-Jaga makan. Kurangkan makanan manis a.k.a berkalori tinggi macam yang ada pada cake & ice cream dan makanan berminyak. Oh, dah ingat dah dulu masa sekolah hampir tiap hari makan keropok lekor. Ishhh..berminyak sangat tuu.. Aku perasan kulit aku ni kalau banyak makan makanan berminyak, nanti muka pun jadi berminyak. So sekarang muka dah kering pulak. hehe.

-Jangan stress atau nak rawat dalam keadaan rush. Amalkan rutin pakai pembersih muka, toner & moisturizer. Hari berganti hari, tahu-tahu orang dah tegur dah kulit kamu makin cantik.

-Aku ada masalah resdung.Semua orang ada sinus. Bezanya samada teruk ataupun tidak. Aku rawat dengan cara guna lilin resdung. Lilin resdung yang aku ok adalah dari kedai "Pesona" kat PKNS. tingkat atas dekat dengan escalator. Kalau kulit aku naik gatal & jerawat mula nak naik, kain penawar resdung ni lah yang aku guna:
*ni gambarnya. Dulu aku buat rawatan resdung kat kedai dia. Tapi RM25 untuk dua batang. Rasa macam membazir je. So aku beli aje dua kotak RM25 ada 10 batang. Ada orang tak percaya dengan keberkesanan llin resdung ni. Tapi tak cuba mana nak tahu. So far, brand ni je aku guna sebab kalau beli kat pasar-pasar malam, lagi gatal pulak muka aku.huhu. Yang dari kedai ni ok sangat dengan muka aku, hilang gatal-gatal area T-zone & jerawat yang baru tumbuh pun cepat je mengecut. Kat kotak ni tertulis 
"dapatkan rawatan menggunakan kain penawar yang telah dibacakan doa resdung oleh Hajjah Fatimah Sham" Wallahualam betul ke tak tapi so far aku pakai ok je so I have no complaints against it.


So how do I look now without any makeup on.Ni takde edit-edit gambar nih. Of course, parut chicken pox & parut kebuasan masa kecik-kecik masih ada. hoho. Cuma dalam gambar kadang-kadang nampak kadang-kadang tak nampak. Ai pun konfiuss..

Muka baru balik pasar yer kawan-kawan. Ni gambar sehari sebelum raya. Agak pucat sikit lah fenat angkat barang dapur mak I beli-daging-sukahati-dia-je-beli-banyak-kilo-yang-angkatnya-aku-yang-puasa-ni!. (Eh tak ikhlas gila angkat barang.)
Erm, still ada lagi lah parut jerawat, liang pori besar ke apa. Tapi sekurang-kurangnya tak seteruk dulu dah. 

Ok, ni pun muka tak pakai apa-apa langsung kat muka mahupun edit ke apa..Sebab ni gambar dalam rumah. Orang datang beraye. Banyak perubahan tak? Hihi..
Tak mustahil masalah jerawat boleh dirawat. Cuma jangan fikir sangat aje. Kalau ok dengan sesuatu produk, konsisten aje guna.

p/s: lega muka dah pulih dari sun burn pergi Pulau Redang & Melaka haritu. Haha. Pakailah Fair & Lovely. Huahua. Anyway, kalau korang ada kawan-kawan yang ada masalah jerawat, keep them motivated ok. Jangan asyik suka buat orang rasa down. Takde orang minta untuk ada jerawat ok. Tak semua orang gifted dengan kulit yang cantik.Feel free to share this entry to anyone who have the same problem like me. Aku berjaya membuktikan masih ada sinar harapan untuk merawat masalah jerawat. *mata bersinar-sinar sambil genggam tangan!* 


PERHATIAN! Entri di atas telah ditulis pada tahun 2012. Tahun 2016 ni, saya ada tulis pengalaman saya dalam penjagaan wajah. Saya kongsi tentang masker favourite saya yang membantu kurangkan jerawat. 


Baca pengalaman saya sendiri di entri bawah ni:







Friday, August 10, 2012

Email:Junior Yang Memerlukan Kata-kata Semangat





Aku baru terima email lagi dari seorang pelajar. Title email tu: Junior yang memerlukan kata-kata semangat. Fuiyooo..! Masa tengah fikir nak reply apa tu tiba-tiba terfikir, why not share aje kat blog semoga boleh jadi pedoman juga pada orang lain yang mungkin ada masalah yang sama dengan adik ni. Ok emailnya berbunyi begini (ada part kena hide sikit lah bagi menjaga nama baik adik ni)

Assalamualaikum kak sophie..
saya nak mintak pertolongan kak sophie sikit, boleh?

nama saya Fatimah (bukan nama sebenar)..saya pelajar Bachelor of Interior Architecture di (dirahsiakan)..
actually, baru2 ni result saya keluar..
dan perkara yg mengejutkan saya, saya FAILED subject design..
memang sedih sangat kak..sebab sebelum ni saya tak pernah failed subject ni..

perasaan saya sekarang ni rasa macam down sangat2..
kawan2 saya pun tak tahu saya failed sebab saya tak beritahu pun lagi..
saya masih terkejut dengan result tu..

saya nak mintak pertolongan akak sebagai senior untuk bagi sikit kata2 yg dapat menaikkan semangat saya sebagai studio base student ni..
although kita berlainan course, tapi rasanya kehidupan sebagai budak studio sama je kan? 

terimakasih pada akak sebab sudi baca..
kenapa saya cerita pada someone yg saya tak kenal  macam akak,
sebab kalau saya cerita pada org yg kenal saya, diorang akan judge itu ini..
saya dah buat yg terbaik, tapi saya terkandas..sedih sangat..
yg lagi perit, bila dapat tau kawan saya yg buat acuh x acuh boleh lulus..huhu..
stress kak..
wua...rasa macam nak tikam kucing kat depan rumah..huhu

terimakasih..


Fiuuuuuuuu~ tarik nafas panjang-panjang seperti biasa bila terima email begini. Ok, start!

Waalaikumussalam
Kehadapan adik Fatimah (bukan nama sebenar),

Saya bukanlah student yang gempak masa study architecture dulu. Walaupun saya tak pernah fail apa-apa subject selama saya belajar architecture, tapi itu tak bermakna saya tak dapat faham situasi awak. Sebab sebenarnya saya ada bestfriend yang hadapi situasi macam awak. Dia pun sembunyikan dari pengetahuan kawan-kawan. Tapi, benda macam ni, lambat laun orang akan tahu juga jadi firstly pesan saya : Terima hakikat. Terima hakikat & terima hakikat. Jangan lari dari kebenaran. Lepas tu Fight! Fight! Fight! 

Saya perasan, pelajar yang repeat design ni ada dua jenis mainly:
1) Yang betul-betul nak menebus balik rasa frust. Oleh itu mereka strive hard untuk excel & buktikan pada pensyarah yang mereka bukanlah tak boleh buat kerja ke apa. Repeaters macam ni bagus. 
2) Yang dah fail, lepas tu mungkin rasa lost, lepas tu membiarkan diri dihanyutkan rasa lost sampai akhirnya kena repeat beberapa sem. Ini bahaya. Bukanlah rasa lost macam mana. Design kan lain, kena stay di studio selalu. Mungkin dia tak dapat nak ngam dengan studiomate baru ke,mungkin ada masalah lain ke. Wallahualam. Taknak judge lebih-lebih.

Jadi sebenarnya saya harap Fatimah silalah jadi yang golongan no.1 or even better. Kalau awak fail, janganlah ingat awak tak bijak. Ada kalanya dalam hidup ni tak jadi macam yang kita nakkan walaupun kita dah cuba sehabis baik sebab Allah lebih tahu. Jangan fikir diri sendiri adalah loser atau failure . Cuba tukar sikit pemikiran tu macam ni: Bila awak tak lepas, bersyukur lah juga sebab sekurang-kurangnya awak ada masa lebih bagi semester yang sama untuk improve diri awak. Sekurang-kurangnya dah tahu apa kelemahan awak untuk semester tu jadi seharusnya lebih bersedia untuk score design sem tu. 

Jangan fikir situasi tak adil bila kawan awak boleh lulus walaupun dia acuh tak acuh. Time belajar mungkin dia lepas semua. Time kerja? sifat acuh tak acuh itu akan menjadi azab bila nak masuk alam pekerjaan. Trust me. Sebab saya rasa saya pun agak macam acuh tak acuh jugelah masa belajar. Jadi bila mula alam pekerjaan tu..Ya Allah..masalahnyee.. rasa macam menyesal la tak focus masa study, etc. Sebab ambil mudah banyak benda. Lagipun,mungkin juga walaupun kawan awak nampak macam acuh tak acuh, tapi dia lepas semua requirement design & concept design dia strong.

Kadang-kadang, bila keadaan tak jadi macam yang kita nak, mungkin kita rasa sangat kecewa rasa macam nak tikam kucing depan rumah kan. Tapi janganlah lupa juga, setiap yang jadi ada hikmahnya. yaa, agak cliche. Tapi itu hakikat. Sekarang mungkin awak tak nampak hikmahnya lagi. Tapi satu hari nanti, awak akan jumpa hikmah tu & waktu tu, awak akan rasa bersyukur kenapa benda ni jadi kat awak. Sebagai contoh, masa saya mula kerja dulu, company tu memang besar & ternama la. Saya rasa stress sangat. Memang mencabar bila fresh graduate nak mula kerja. Saya sedih sebab kawan-kawan lain yang kerja kat firm lebih kecil macam happy, rileks-rileks, projek pun ada takde je. Firm saya kerja pula bila firm besar tahu ajelah projek besar mana. Mau menangis menghadap drawing sama aje.huhu. Dahlah rasa macam tak tahu apa-apa.Pernah rasa stress sangat sampaikan menitis air mata masa berdoa pada Allah lepas solat. --->sampai gituh sekali yer.huhu. Saya doakan, kalau ada hikmah kenapa saya ada di firm tu, maka Allah tolonglah beri kesabaran yang maha tinggi pada saya untuk menghadapi setiap dugaan yang bakal mendatang. Sebab pernah ada time betul-betul rasa nak resign.

 Masa pun berlalu & saya apply sambung belajar untuk ke luar negara. Masa mat salleh dari universiti yang saya bakal pergi ni datang dari UK untuk interview student Malaysia, kami sama-sama browse through portfolio dari saya belajar sampailah kerja & dia impress dengan proses peningkatan saya. Tambahan pula bila dah bekerja confident level & communication skill jadi lebih bagus jadi dia terima saya masuk U tu, dan saya lepas jadi pelajar tajaan MARA mungkin sebab saya ada pengalaman kerja setahun lebih. Sebab kalau nak harap pointer aje macam kurang layak jeww..ramai lagi yang hebat-hebat. Jadi, itulah dia hikmah yang saya tertanya-tanya masa stress gila duk sobs3 T__T duk opis sampai lewat malam & sekarang dah terjawab. Saya rasa dengan pengalaman kerja di firm tu buatkan saya lebih bersedia untuk sambung belajar.Hikmah yang terjadi pada setiap orang tu berbeza. Tunggu giliran awak. Yang penting awak tak putus asa, tak salahkan orang lain & berusaha lebih keras. Mesti ada sesuatu yang lebih baik menanti. InsyaAllah. =)

Sekarang ni, anggap aje awak diberikan peluang untuk belajar lebih berbanding orang lain sebagai persediaan untuk bekerja nanti. Lagi satu, saya faham, mungkin ada perasaan malu berdepan orang ramai, junior yang bakal 1 batch ke, kawan-kawan original batch ke. Tapi janganlah rasa malu ke apa sebab kadang-kadang kita terlalu memikirkan apa yang orang fikir pasal kita. Padahal sebenarnya tak pun, orang lain banyak lagi benda nak fikir. & selama saya kenal budak-budak repeaters pun saya tak pernah pandang rendah mereka sebab saya tahu ability setiap orang berbeza,siapa tahu nanti yang repeat tu yang jadi arkitek berjaya & ternama kan.Tapi kalau mereka sendiri yang pandang rendah diri mereka, saya nak buat macam mana kan? Sebab tu Fatimah (bukan nama sebenar), jangan pandang rendah diri sendiri bila takde orang pun yang pandang rendah pada awak sebenarnya. It's you against yourself initially. Lagi satu,bos saya pesan, untuk course macam kita ni, jangan diam aje, banyakkan bertanya. Tak tahu tanya. Jangan buat-buat tahu semua. Kalau tak faham, cakap je tak faham. Jangan buat-buat faham.

Memandangkan awak student interior achitecture, saya nak suggest pada awak dan orang lain juga untuk pergi usha blog akak interior designer ni. Dia memang berpengalaman, humble & tak lokek dengan nasihat. Kalau perlukan pendapat dia ke apa insyaAllah dia boleh tolong. 
Boleh ke blog  Airaniez's Life mahupun blog Ilusi-Hafiezd (blog kak Airaniez dengan bakal husband) cuma mungkin mereka busy sikit sekarang sebab bakal berkahwin tak lama lagi. =)


Tertarik dengan puisi bertajuk "Senyumlah Wahai Hati Yang Sedih" by EB Junaidi. Sesuai buat hati-hati yang sedang sedih.

p/s: Amboiiii!! Pandai je aku nak nasihat orang.Dah macam kaunselor ke apa.hihi..Padahal tak tahu, entah-entah bila kecewa, aku gak yang pergi tikam semut di halaman rumah. huahuaaa...

Thursday, August 9, 2012

Melaka-Yang Tersimpan Dalam Video

Disebabkan aku tahu aku nak sambung belajar, tu yang macam semangat berjalan-jalan dalam negara. Lagipun nak spend time juga dengan BFFs. Erm, kawan sekolah memang ramai, tapi kitorang bertiga ni memang rapat benor sampai family pun dah kenal. Kalau nak gi mana-mana mak tanya dengan siapa, sebut nama diorang ni mak aku approve je. Ha sampai gitulah friendship kitorang. So, kawan aku kata video ni macam agak sedih bagi diorang. Macam tacing laaa.. Huhu. Sorry babes, aku tak sengaja. But I really had fun with the three of you including Amar. =) Amar pun BFF dah sekarang. LOL.. Chill ok! Sila kumpul duit & datang melawat aku nanti.  V(^___^)V

Wednesday, August 8, 2012

Melaka- Bandaraya Bersejarah

Hari pertama di Melaka kami ke Jonker Street dan Pantai Klebang. Jadi Hari Kedua pula, selepas menziarah Ummi Paan dan pusing-pusing rumah baru mereka, aku dan kawan-kawan lain berjalan-jalan di Bandaraya Melaka pula. Ada orang tu nama je study kat Melaka tapi tak pernah naik Menara Taming Sari. Ooops! Sorry Mira! Aku asyik nak kutuk kau je dalam blog aku nih. ;p 


OMG..Nampak sangat muka excited first time nak naik. 

Aku dah pernah naik dah masa tahun 2009. Tapi dulu smooth je naik. Ni second time aku naik, Taming Sari ni tak servis ke apa? boleh pulak tersekat-sekat masa kat atas. Hello, jangan buat lawak pula di angkasa ok. Aku dah terbayang dah Final Destination tuh takut dah naik tinggi tetiba jatuh terhempas. Ishhh!! Dasyatnye imaginasi aku. Aku rasa ada dalam 3 kali jugak lah benda alah ni tersekat-sekat. Takut gila. Lepas ni aku tak nak naik dah. huhu..

Anyway, apa yang boleh nampak dari atas ni?
Obviously mata aku cepat je terpandang nih. Haha..

Dataran Pahlawan


Semestinya bumbung ini. Bagi aku, bumbung adalah salah satu part pada bangunan yang agak rumit nak design. Tak semudah yang dilihat. So,aku ambil gambar ni sebab kalau aku ambil dari bawah memang taklah kan nak nampak design bumbung ni.

Okey, selepas dikejutkan dengan beberapa gegaran yang tak kelakar sewaktu di dalam Menara Taming Sari itu, kami pun berjalan ke arah Bangunan Stadthuys. Tak lah sampai naik bukit sebab dah pernah naik dah dulu. Sekadar pusing-pusing, sekali terbau cempedak goreng dari jauh. Cempedak goreng itu sangatlah nikmat kan.. So dengan kuasa deria bau kami yang tiba-tiba hebat mengalahkan tikus, kami pun sampai lah tempat cempedak goreng tu. Rupanya kat tempat Cendol yang femes tu. Cendol Clock Tower. Jadi, kami pun beli lah cempedak goreng & again, cendol.. Hemoh-hemoh.. (^__^)

Mestilah cendol pulut durian. Wajibulghunnah ni kalau datang Melaka.

Lepas pekena cendol dan cempedak goreng, semangat kami yang kus sebab gegaran di Menara Taming Sari berjaya dipulihkan... *over! over!* So, berjalan-jalan lah lagi. 

Hello brader sister, korang ni nak photoshoot cover album Najwa Latip dengan Sleeq "Untuk Dia" ke nak photoshoot pre-wed ni? eh! eh! uhuks! uhukss!
Eh tapi korang nampak comey lagi soo suweet dalam gambar nih. Ikhlas! =)

Cak!! Bergambar ala bajet chomels ni memang we'olls suka noq! rasa macam kembali ke zaman remaja gituh!


Tolong saye! Tolong saye! saye konfius nak buat apa nih!!

Gempak betul batu yang Portugis guna untuk buat kubu nih. 500 tahun dah tapi masih kukuh..Walaupun surface dia aku yakin tak sama dengan dulu, tapi terserlah kekuatan kubu ni. Haih.beza betul dengan bangunan sekarang kan? Kalau rumah kita berumur 500 tahun, apa yang tinggal agaknye?

Alololo.. 

Kincir angin. 

Jalan punya jalan, jumpa lah Muzium Samudera. Ala, yang kat tepi jalan ada replika kapal besar tetiba. Hihih. Itu muzium sebenarnya. Yang ni wajib masuk sebab dulu-dulu aku tak pernah masuk.



Nak masuk pun sempat nak posing ala manjew. Tourist kat belakang pun pandang kitorang macam "Seriously, at the staircase?!"


Perempuan-perempuan ini lah..seriously? di mana-mana sahaja? selangkah bergambar, dan selangkah lagi, bergambar lagi.
*patung tu pun meluat agaknya tengok kitorang posing.Haha. Well, sejarah menarik, tapi muzium? huhuh..aku memang selalu ada goosebumps lah kalau masuk muzium. Sebab tu macam (-____-) bila nak masuk muzium. Patung-patung tu pun scary juga yer kawan-kawan*

Dalam muzium ni, ada papan kenyataan gitu bagi menceritakan kisah Melaka, dari zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, hinggalah zaman kejatuhannya dan hubungkait bagaimana Belanda, Portugis dan Inggeris masuk ke Melaka, sehinggalah ke zaman penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Ada juga lukisan, artifak pasal perdagangan zaman dulu. Sadiss sekali kalau baca sejarah. Sebab tulah kawan-kawan, sejarah itu sangatlah penting walaupun macam bosan kan nak baca. Tapi ini serius! sangat serius! Kalau mengerti sejarah tanah melayu sampai hari kemerdekaan, kamu akan sangat sayangkan negara kita. & siapa yang minta negara kita jadi negara Republik itu memang.hurm..lahanat sungguh yer..patut dibuang negara.
Eh, ok. ter-emo sikit. Biasalah dah nak hari Merdeka ni semangat patriotik pula. 

Malamnya, selepas dinner di rumah Ummi Paan, kami ke Bandar Hilir semula untuk ke Muara Sungai Melaka. Sebabnya, kami nak naik cruise. Siang-siang tak nampak cantik. Sebab takde lampu-lampu. Lagipun air sungai tu idak ler bersih.


Naik cruise ni RM10 seorang (dewasa) Ohya, menara Taming Sari pun nak masuk kena bayar RM10.

Banyak masterpiece kat bangunan-bangunan yang ada di kiri dan kanan sungai ni. Err, mungkin sebab aku ni pun minat seni kan, jadi aku memang layan lah tengok mural tu semua.



Penat gila dah muka aku sebab dari pagi berjalan. Sebenarnya time ni, penat pergi Redang pun tak hilang lagi.  Inikan pula berjalan lagi tak hingat dunia.

Sebelum pulang ke hotel, disebabkan makan durian menjadi salah satu agenda ketika berada di Melaka, maka kami pun tercari-cari di mana lah orang jual durian kan. Sekali jumpalah kat Klebang.


Oit, muka feeling gila. Tahulah ni nikmat dunia. hahahaha..

Ok, aku memang peminat durian. Sekian, terima kasih. 

p/s: kawan-kawan, berjalan, berjalan juga, solat jangan tinggal yer. Yang boleh jamak tu jamak ler taqdim ke taakhir, jangan jamak takyah terus pula ok. 

#9 Wordless Wednesday- Sweet

Monday, August 6, 2012

Melaka- Ke Jonker Street dan Klebang

[AMARAN: INI ADALAH ENTRI YANG PANJANG. ALA, MACAM TAK BIASA PULAK!]

Melaka memang salah satu negeri di Semenanjung Malaysia yang menarik untuk kita pergi. Aku dari kecil dah selalu dah pergi Melaka tapi sampai sekarang kalau sesiapa ajak pergi Melaka aku nak aje pergi lagi. Heheh. Kali ni aku pegi dengan besties aku dari sekolah menengah dulu.

Kami menginap di budget hotel. Place 2 Stay ni masih baru. Terletak di Kota Syahbandar. Satu bilik satu malam dapatlah RM68. Banyak aje lagi budget hotel di Melaka ni. Nak dapat yang lagi murah pun banyak. Tapi kebanyakannya tandas terletak di luar bilik. You know, macam style duduk hostel tuh. So sebab tu kami pilih Place 2 Stay.

Destinasi kami yang pertama selepas check-in adalah untuk ke Jonker Street. Jonker Street ni menarik. Rasa macam bukan kat Malaysia lah kalau jalan sepanjang Jonker Street nih! *over gila Sophie ni!!*


Kalau pergi Melaka ni ada sikit lah feeling macam pergi Pulau Pinang. Pulau Pinang tu negeri kelahiran & tempat membesar I taw u'olls. Tapi kenapa Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP?! *hentak meja!!!*.
Ok, dah dah. Ini bukan blog politik. Syhhhh.. Sambung cerita...

Kalau korang orang luar, harap maklum, tak payahlah tercari-cari mesin masukkan duit syiling ketika nak parking yer. Kat area Bandaraya Melaka ni pakai kupon. Kalau luar dari bandaraya aku pun tak tahu pakai syiling ke tak. Orang Melaka silalah beri info ye. Terima kasih.

Kalau korang pergi Jonker Street, aku highly suggest korang pergi kedai "Jonker 88". Restoran Baba Nyonya. Try lah asam laksa. Aku bukanlah peminat asam laksa tapi bila sekali terkena rasa nak lagi. T__T
Kau letak dadah apeee aunty?? 

Jangan lupa try cendol dia sekali. Agak lain. Ais dia lagi halus macam salji 
(macamlah aku pernah tengok salji..huahua..hiperbola je keje..)

BFF from school till now. Dulu, bestfriends aku ni dua-dua free hair. Sekarang dah bertudung. Alhamdulillah..sejuk mata bakal husband korang *tiba-tiba* 

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. I lah tu yang suka hati lepas kenyang tu. Harharhar..
Cendol salji kan.ahaks!

Mula-mula Nisa beli belon air tu tau. Aku macam "What?? motif beli??"
Haih tapi sekali kau tengok jelah siapa yang semangat nak meniup-niup belon ituh!

Lepas makan kami berjalan sekejap di Jonker Street. Tak berapa ramai orang sebab weekdays. Hari Khamis kan.

Siapa lahir tahun naga? Jiwa harus macam naga! 

Oh ye kepada anak-anak dara bawah jagaan mak ayah tu kalau keluar jangan lupa report kat mak, dah sampai ke apa. Ni candid from Amar. Dalam masa yang sama kitorang tiga-tiga contact parents. Aww~ kantoi anak manje keww? Tak, tak, ini tanggungjawab namanya. ;)
Saje nak tunjuk korang aku ni anak yang baik. Naik sikit saham. Muahaha..

Walaupun sakan berjalan tapi kami kena simpan sedikit tenaga untuk petang nanti! Sebelum tu, pergi Melaka ni WAJIB cuba coconut shake yer kawan-kawan. Kami  beli yang di Klebang.

U'olls, panjang tau nak beratur walaupun weekdays. Bayangkan weekend? 

Coconut shake ni dia blend dengan vanilla ice cream. Memang masyuk bila minum ketika cuaca tengah panas. Hurm, rupanya agak terliur berbicara soal ini ketika di bulan puasa yer. (-_-')

Kami ke Klebang untuk bermain layang-layang. Disebabkan I ni orang bandar yang tak pernah main layang-layang (nampak sangat zaman kanak-kanak kau tak best Sophie! Dulu main Lego dengan Lassy dengan roller blade je keje) jadi aku pun nak lah mencuba bermain layang-layang.

Tidakkah anda nampak betapa panasnya cuaca ketika itu? Terima kasih lah sebab menambah ke-sunburn-an muka I yang baru pulang dari Redang.

Walau bagaimanapun, aku berbangga dengan diri aku. Sebab walaupun pertama kali bermain layang-layang, aku berjaya menaikkan beliau tinggi pada percubaan pertama! woahhhh! Teruja gilaaaa ok kawan-kawan! Senang aje main, seperti mengaplikasi hukum Fizik dalam permainan layang-layang. 
(Hukum Fizik? pun boleyhhh!) 

Suka gambar ni.=)

 
Bermain sampai dah nak senja. Tunggu matahari terbenam. Feeling sunset gituh.


Wee~ nama layang-layang Amiera= Jericho. Masalahnya perlu ke dia letak nama kat layang-layang?
;p Sorry Mira terkutuk kau. 

The three musketeers.

Pergi mana-mana pun kalau happy mesti nak tangkap gambar melompat. Kenapa entah.

Malam tu, kami makan di Alai ikan bakar. Macam-macam kami ambil. Kalau makan ikan bakar kat Klang atau di Umbai, Melaka aku rasa mesti kena mahal dalam RM200. Sekali makan kat Alai ni cuma kena RM98 aje. Terkejut we'ollz noq~ 4 orang makan & ada 6 jenis hidangan.

Memang best pergi Melaka dengan kawan-kawan mahupun keluarga! Asalkan tahu apa nak dibuat pergi Melaka. Ada orang pergi bercuti tapi duduk dalam hotel aje. Serius tak paham. (-_-')

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...